Monday, 5 February 2018

Empat belas panduan berbicara

Pepatah Melayu ada bermadah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar padahnya”. Melalui pepatah ini kita disuruh berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Juga ada yang bermadah, “terbakar hutan boleh dilihat, terbakar hati siapa yang tahu”.

Banyak yang mengenal ungkapan seperti ini: اللسان ليسات الجو فاء allisan laysat aljawafa'

“Lidah itu memang tidak bertulang”. Ini sesuai dengan salah satu firman Allah SWT, yang memiliki arti: “Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (QS. Al Ahzab : 70)

Jadi, apa saja adab berbicara dalam Islam yang perlu kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari? Di sini dihuraikan empat belas (14) adab yang perlu dipatuhi bagi menjaga hubungan antara manusia:

1. Sebaiknya berpikir dahulu sebelum berbicara.

Ini sesuai dengan sebuah hadits dalam Bukhari-Muslim, menyebutkan bahwa: “Lisan orang memiliki akal timbul dari hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, lebih dahulu dia kembalikan kepada nuraninya. Jika ada manfaat bagi dirinya, dia berbicara dan jika berbahaya, maka dia menahan diri. Sementara itu, hati orang bodoh berada di mulutnya, dia berbicara sesuai apa saja yang dia mau.”(HR. Bukhari-Muslim)

2. Sebaiknya berbicara jelas dan tak berlarut-larut.

Hal ini sesuai dengan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud. “Bahwasanya perkataan Rasulullah saw itu selalu jelas dan dapat dipahami oleh orang yang mendengarnya.” (HR. Abu Daud)

3. Tidak berbicara yang mengandung kebatilan.

Ini sesuai dengan apa yang terdapat dalam sebuah hadits. “Sesungguhnya seorang hamba berkata satu kata yang Allah SWT ridhai dan dia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat Allah SWT, keridhoan-Nya bagi orang tersebut hingga nanti di hari Kiamat. Dan seorang lelaki berkata satu kata yang Allah SWT murkai yang tidak dikiranya akan berkata demikian, maka Allah SWT mencatat yang demikian itu hingga hari Kiamat.” (HR. Tirmidzi)

4. Tidak mencela dan berkata keji

Adab berbicara dalam Islam lainnya adalah menghindarkan diri kita dari kebiasaan mencela dan berkata keji kepada orang lain. “Bukanlah seorang mukmin jika dia suka mencela, melaknat serta mengucapkan kata-kata keji.” (HR. Tirmidzi)

5. Hindari banyak bicara dan tidak sombong.

“Dan sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan paling jauh dari aku nanti di hari Kiamat adalah orang yang banyak bicara, orang pura-pura fasih dan orang yang mutafaihiqun”. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulllah, apa itu mutafaihiqun? Nabi menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR. At-Tirmidzi)

6. Hindari berkata-kata penuh dusta.

Setiap muslim sebaiknya mencirikan seseorang yang jujur dalam setiap perkataan dan perbuatan. Hindari pembicaraan yang mengandung dusta di dalamnya. “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia bicara berdusta, jika dia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah dia berkhianat.” (HR. Bukhari)

7. Hindari ghibah, berkata tentang aib orang dan memanggi; dengan nama yang buruk.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda: “Ghibah adalah kamu menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang dibenci.” Orang itu kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika sesuatu yang diceritakan tersebut memang benar ada padanya ?” Rasulullah SAW kemudian menjawab, “Kalau memang benar, itu namanya ghibah. Bila tidak benar, maka engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ahmad)

8. Minimalkan bercanda dan tertawa.

Allah SWT memperingatkan untuk tidak bercanda dan tertawa yang terlalu berlebihan. Di sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi Allah SWT kelak di hari Kiamat adalah orang-orang yang sering membuat manusia tertawa.” (HR. Bukhari)

9. Jauhi perdebatan sengit yang tidak bermanfaat.

“Aku menjamin rumah di dasar surga untuk orang yang menghindari berdebat walaupun dia benar, dan aku menjamin rumah di tengah surga untuk yang menghindari dusta sekalipun bercanda, dan aku menjamin rumah di puncak surga untuk yang akhlaknya baik.”(HR. Abu Daud)

10. Mengulangi perkataan yang memang penting.

Anas RA telah berkata : “adalah Rasulullah SAW bila berkata maka beliau mengulanginya hingga 3 kali sampai semua yang mendengarkan menjadi paham, dan jika Rasulullah SAW datang ke rumah seseorang maka beliau pun mengucapkan salam 3 kali.” (HR. Bukhari)

11. Sebaiknya adil dan berhati-hati ketika memuji.

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: “Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad dengan berlebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang tersebut, kemudian berkata: Nabi SAW memerintahkan kepada kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang suka memuji.” (HR. Muslim)

12. Tenang dalam berbicara.

Aisyah RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW jika membicarakan suatu perkataan, jika ada orang yang menghitungnya, niscaya dia dapat menghitungnya.” (Mutta-faq’alaih)

13. Hindari membicarakan semua yang didengar.

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda, “Cukup menjadi sebuah dosa untuk seseorang yaitu jika dia membicarakan semua apa yang sudah didengar”. (HR. Muslim)

14. Hindari menguasai pembicaraan dan memotong pembicaraan orang lain.

Jika lawan bicara sedang berbicara, tunggulah sampai dia menyelesaikan pembicaraannya. Sebaiknya tidak langsung memotong atau menyela apa yang dia ucapkan. Ini untuk menjaga perasaan lawan bicara kita agar tidak tersinggung dan kesal. Orang lain akan menganggap diri kita tidak memiliki etika jika terus menyela pembicaraan. Itulah empat belas adab berbicara dalam Islam yang hendaknya kita fahami dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Nukilan Dr Ismail Abdullah, isbah88@yahoo.com, 6 Feb 2018.


Saturday, 11 May 2013


Ahli Matematik Teragung Islam - Al Khawarizmi

ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan tarikh kewfatan beliau yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.

Al-Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x^2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan. Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Khalifah Al-Ma’mun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Kebanyakan karya beliau yang agung berlaku antara tahun 813M sehingga 833M, ketika berada di bawah pemerintahan Khalifah Al-Ma’mun al-Rashid yang sangat menggalakkan penimbaan ilmu dan juga penyebaran ilmu.

Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.

Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang. Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

Semoga kita dapat melahirkan cendiakawan Muslim yang ternama dan menumpukan masa, tenaga dan harta kepada ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang. Semoga kita dapat melahirkan ilmuan yang jujur dan berbakat. Amin.

Ismail Abdullah, Hotel Residence, 11 Mei 2013.


Wednesday, 24 August 2011

Blog Menyemarakan Kegiatan Maya PAPTI

Telah diwujudkan beberapa blog bagi menyemarakan kegiatan ahli PAPTI terlibat lebih dekat dengan PAPTI secara maya. Blog-blog yang telah diwujudkan hingga kini dapat dikategorikan sebagai:

Status terkini

Mengikut kajian saya, blog “Kisah-Kisah Di Indonesia” telah mendapat meningkatan hits yang tinggi sebanyak 483 mata dalam masa 17 hari, kerana pada 8 Ogos 2011 hitsnya ialah 236, tetapi bacaan pada 25 Ogos 2011, ianya meningkat kepada 1,719. Adalah diharapkan jumlah hits ini akan terus meningkat dengan lebih ramai ahli-ahli PAPTI aktif sebagai penulis dan juga sebagai pembaca.

Blog-blog yang lain masih dalam peringkat awal kajian. Mungkin dalam laporan yang akan datang saya akan berikan hasil kajian “hits” blog-blog yang lain.

Dr Ismail Abdullah, Teras Jernang, 25 Ogos 2011.

Sunday, 24 July 2011

Namaku sejak lahir ialah Ismail Bin Abdullah

Dilahirkan pada 4 Ogos 1948 di Kg Lalang, Baling, Kedah. Mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Siong dan tahun 1962 melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Badlishah selama sebulan, kemudian ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh sehingga tahun 1967.

Setelah tamat peperiksaan "Malaysian Certificate of Education (MCE)" dan "Senior Cambridge (SC)" telah melanjutkan Tingkatan Enam di Institut Teknologi Mara, Jalan Othman tahun 1968 dan 1969.

Kemudian mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Bandung pada tahun 1970 dalam bidang Matematik sehingga mendapat Sarjana Matematik pada tahun 1976. Pada tahun 1973, beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Matematik dari universiti yang sama.

Tahun 1976 hingga 1978, telah melanjutkan pelajaran ke Universiti of Newcastle, England.

Mulai tahun 1980 hingga 1985, secara separuh masa beliau telah mengambil Ijazah Master Sains dari Universiti Pertanian Malaysia (kemudian ditukar kepada Universiti Putra Malaysia). Beliau telah memperolehi Master Sains (Pedagogik) pada tahun 1985.

Pada tahun 1993, beliau telah menamatkan Ijazah PhD beliau dalam "Computational Number Theory" dari Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), program PhD beliau telah dimulai pada tahun 1989.

Setelah berkhidmat selama 28 tahun di UPM, beliau telah bersara wajib pada tahun 2004 pada umur 56 tahun.

Pada tahun 2005 hingga 2007, beliau berkhidmat sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Perlis dalam Institut Matematik Kejuruteraan (IMK) dan dilantik sebagai Timbalan Dekan pada tahun 2006.

Mulai tahun November 2007 hingga kini beliau berkhidmat dengan Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai di Program Keselamatan dan Jaminan Maklumat.

Pada masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai Professor Adjung di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC), Cheras sejak Ogos 2004 dan juga sebagai Professor Adjung di Fakultas Teknik, Universitas Indonesia, Jakarta sejak Januari 2009.

Tugas-Tugas Pentadbiran
  • Head of Mathematical Science and Applications Laboratory, Institute for Mathematical Research, UPM
  • Coordinator for Bachelor of Computer Science Degree for Distance Learning, UPM
  • As Chairman of Publicity Committee of FSKTM, UPM.
  • As Committee Member of The Persatuan Pegawai Akademik, UPM
  • Chairman of Kelab Kebajikan dan Sosial, Faculty of Computer Science and Information Technology.
  • Deputy Dean, Institute of Engineering Mathematics, Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, 2005 – 2007.
  • Coordinator for Final Year Thesis at the faculty of Science and Technology, Islamic Science University Malaysia, 2007 – Now.
  • Head of Program of Information Security and Assurance at the faculty of Science and Technology, Islamic Science University Malaysia, from 5th. August 2014 – Now.

Pengalaman Mengajar di Luar Negara

Tugasan pendek di Uzbekistan melalui ihsan Renong Bhd, mengajar "Business Mathematics" di "Tashkent State Technology University" di Tashkent, Uzbekistan bermula 28hb. Disember 1997 hingga 25hb. Januari 1998. Dilantik sebagai "Associate Professor" di Uzbekistan selama masa mengajar tersebut. Pada bulan Ramadhan tersebut cuaca di Tashkent terlalu sejuk sehingga mencecah -10 darjah celcius.

Penyelidikan yang sudah tamat

  1. “Status Penggunaan Komputer di Selangor dan Wilayah Persekutuan” - 1 paper.
  2. “A Computer Approach to the Estimation of Multiple Exponential Sums” - 2 papers published in Journals.
  3. “Newton Polyhedron and its Projections on X-Y Plane”
  4. “A Computer Approach in the Estimation of the Size of Zeros of Two-Variables Polynomials”.
  5. “Business Continuity Planning”, FRGS Research Grant, 2009 – 2011.

Minat Penyelidikan Beliau

  1. Computer Approach in Estimation of Exponential Sums.
  2. Problem-Based Learning in Mathematics and Engineering Mathematics.
  3. E-Learning using small hand-held gadgets.
  4. The flow of Qi in Human Dynamism.
  5. Image Processing – features extractions.
  6. Human Environment Security