Wednesday 21 February 2024

Memahami Enam Tonggak Model Malaysia Madani

*Abstrak:* Sejak dilantik sebagai PMX pada 24 Nov 2023, DSAI mengemukakan Model Malaysia Madani yang turut memuat enam (6) tonggak model Malaysia Madani dan kita sangat berharap agar Masyarakat memahami maksud dari enam tonggak dalam konsep Malaysia Madani.

Sebuah kebangkitan yang segera diperlukan bagi Malaysia dan dalam [1], digariskan istilah kebangkitan (nahdah), ini bermakna Malaysia mesti segera bangkit daripada kejatuhan nilai Masyarakat yang diselaputi dengan rasuah, salahguna kuasa, lemah tata kelola, kronimsa dan berbagai nilai-nilai hidup yang rendah dan bangkit merangkul nilai-nilai mulia dalam Masyarakat.

Apakah Model Malaysia Madani?

Cara-cara lama dalam membuat perubahan tidak lagi dapat digunakan dalam zaman pascanormal yang bercirikan kerumitan (complexity), huru-hara (chaos) dan percanggahan (contradictions), juga terdapat bersamanya 4S iaitu Speed (kelajuan), Simultaneous (Serentak), Scope (Skop), dan Scale (Big Scale). Contoh terbaik ialah COVID-19 yang terjadi dengan cepat (speed), berlaku serentak di seluruh dunia (Simultaneous), skopnya luas (Scope) dan skala besar (Scale).

Jadi, Masyarakat kita perlu kreatif dalam membuat perubahan (change) terhadap cara lama dan diganti dengan cara baru (mungkin belum ada sebelum ini).

Malaysia Madani adalah sebuah konsep terangkuman (inclusive), bukan sahaja aspek fizikal tetapi juga membina modal insan yang berlandaskan *Enam Tonggak*. Enam tonggak itu disingkatkan menjadi SCRIPT (Sustainability, Care & Compassion, Respect, Innovation, Prosperity, and Trust).

Memandangkan kepelbagaian bangsa, kebudayaan, dan agama rakyat Malaysia, maka konsep Malaysia Madani perlu mengambilkira aspek ini agar pembinaan negara bangsa dapat dilakukan dengan teratur dan licin. Tidak berlaku pengabaian terhadap sesuatu bangsa, budaya dan agama.

Kita huraikan apakah SCRIPT? (Rujukan [7]). Secara ringkas SCRIPT ialah visi menyeluruh dan kerangka polisi bagi masa depan Malaysia yang berdaya maju, dinamik dan keterangkuman (a wholistic vision and policy framework for a viable, dynamic and inclusive Malaysia future).

1. *Sustainabilty (Kemampanan):* membangun polisi dan model bagi membangun kelangsungan hidup kemanusiaan; apa keperluan Masyarakat kini dan masa depan, membina persekitaran yang kondusif, berkongsi kemudahan, termasuk fauna dan flora alam dan berinteraksi secara berterusan (langeng).

2. *Care and Compassion (Ihsan):* membangun kemudahan Kesihatan dan Kebajikan untuk rakyat; merasakan penderitaan orang lain di sekitar kita, membantu mereka yang memerlukan, dan membina emosi yang stabil.

3. *Respect (Hormat):* menghormati pendapat, kehendak, dan hak orang lain; mengakui kekuatan individu, kesetiaan, kebolehpercayaan, dan etika (adab).

4. *Innovation (Daya Cipta):* menerima idea, produk, dan proses baru melalui proses daya cipta; cara berkesan perlu difikirkan, berkesan dari segi kos dan sasaran, menggalakkan inovasi, dan menghargai inovasi.

5. *Prosperity (Kesejahteraan):* keadaan hidup yang baik dan selesa; kejayaan dan cukup kewangan, selesa dan selamat, kejayaan melalui kerja keras, tidak perlu lagi memikirkan tentang keperluan kebendaan dan kewangan (mencukupi), dan kekayaan negara dikongsi Bersama Masyarakat.

6. *Trust (Keyakinan):* mempunyai keyakinan diri yang tinggi; menghargai kebenaran, meyakini Keputusan yang bijak dalam urusan harian, mempunyai Semak dan imbang (check and balance) yang mantap, keadilan dilaksanakan, kebenaran disanjung dan fitnah dimusnahkan.

*SCRIPT* ini hanyalah permulaan kepada Model Masyarakat Madani, kita percaya apabila rakyat semakin faham dengan konsep madani, hal-hal yang lebih baik mungkin dapat dijanakan kemudian. Semua aspek SCRIPT dilihat bersama dengan konsep 3C dan 4S seperti yang disebut dalam zaman pasca-norma (Post-Normal Time).

*Bagaimana Jepun Bangun Selepas Pengeboman Nagasaki dan Hiroshima?*

Meiji Restoration: menurut [5], sebuah reformasi politik sejak 1868 hingga 1889, dinamakan sebagai Restorasi Meiji dalam politik, ekonomi, dan perubahan social.

Menurut [3], dua kota besar Jepun dibom pada 6 (Hiroshima) dan 9 (Nagasaki) Ogos 1945, Ketika Perang Dunia kedua. Menurut [4], anggaran kematian, 237,000 di Hiroshima, dan 135,000 di Nagasaki.

Sejak tahun 1958, Pembangunan Kembali rancak dengan penduduk mencecah 410,000 orang (sama dengan keadaan pra-perang dunia kedua).

Selepas itu, Jepun memulakan pemodenan (modernization) dan pembaratan (Westernization).

Menurut [5], bagaimana Jepun boleh membangun semula (reconstruction), dan mencapai kesetabilan (stability)?: (1) membangun ekonomi mampan (economic sustainability) dengan memperbanyakkan barangan ekspot, mereka diberi nasihat oleh Joseph Dodge (American Banker), (2) Peranan Kerajaan dan Swasta dipergiatkan dalam semua bidang perniagaan dipergiat, lama-lama peranan Kerajaan beralih kepada swasta, (3) mempergiatkan bidang pertanian dan peternakan sehingga pengeluaran mencukupi untuk rakyat dan boleh juga diekspot, (4) membangun hydoelectrical power untuk industri dan keperluan rakyat, (5) menghasilkan produk (kereta, alat perkilangan, alat-alat keperluan rumah dan lain-lain) untuk ekspot, (6) Finance dan Banking diperkemas dan dimajukan, (7) membangun infrastruktur pengangkutan (jalanraya, keretapi, dan lapangan terbang) yang terhubung, orang Jepun suka jalan kaki, (8) membangun kemudahan Pelabuhan bagi tujuan impot dan ekspot, (9) membina jaringan telekomunikasi yang mantap (telefon, dan internet), (10) mengamalkan budaya kesopanan dan beragama (Shinto, Buddha, Christianity dan Islam).

Bagi mencapai matlamat Konsep Malaysia Madani, Kerajaan Madani atau Kerajaan Perpaduan melaksanakan hal berikut:

1. PMX menetapkan tata kelola dan pentadbiran secara berkesan yang menekan kepada pemerkasaan ekonomi, dan budaya yang berteraskan kepada nilai, etika atau akhlak.

2. Negara Malaysia dicemarkan dengan pemimpin yang berakhlak rendah dengan amalan rasuah, nepotisma, dan tata kelola kewangan yang lemah.

3. Malaysia Madani akan mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan yang akan menjadi asas penting dalam Falsafah Negara Madani.

4. Konsep Madani meletakkan agama Islam pada kedudukan tertinggi buat umat manusia.

5. Dalam konsep madani berlakunya Keseimbangan dan Kemampanan. Keseimbangan ini memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

6. Malaysia Madani menggunakan konsep keterangkuman yang bermakna bukan Sahaja Pembangunan fizikal ditekankan, malah Pembangunan modal insan diutamakan.

7. Malaysia Madani menumpukan kepada Pembangunan Masyarakat (rakyat marhaen) menuju kepada peradaban manusia (civilized society).

8. Dalam [6], juga disebut enam (6) tonggak utama dalam Model Malaysia Madani yang dapat diringkaskan menjadai *MADANI* iaitu M (KeMampanan), A (KesejahterAan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakinaN), dan I (Ihsan).

9. Banyak masalah perlu ditangani iaitu Rasuah, Gejala Sosial, Kemiskinan, dan Kemusnahan Alam Sekitar. Maka, kita perlu menjalankan tata Kelola pelaksanaan yang baik dan berintegriti.

10. Melalui konsep madani juga, kita ingin melihat kematangan politik ahli-ahli politik. Jangan ashik ingin menjatuhkan kepimpinan negara walaupun dengan cara yang tidak beretika.

11. Alhamdulillah, pemukiman (tarbiyah) para Menteri sudah diadakan bagi menyelaraskan vision, dan tindakan agar sesuai dengan konsep Malaysia Madani.

12. Semua konsep madani perlu diperturunkan kepada Masyarakat agar semua dapat seiring dalam menjayakan model Masyarakat madani yang sungguh indah ini.

13. Jentera sokongan pada setiap peringkat perlu diadakan (diwujudkan) agar kita bersama-sama dapat menjayakan idea murni Masyarakat Madani Malaysia. Ini akan menonjolkan keunggulan Malaysia di peringkat dunia.

*Kesimpulan*

1. *Perubahan Minda:* Bagi menjayakan model Masyarakat madani, seluruh rakyat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama perlu merubah minda (mindset) kepada kemajuan, bukan sahaja dalam hal kebendaan, juga mestilah merubah sikap kepada kebaikan (islah).

2. *Ubah cara interaksi sesama:* perubahan juga perlu dilakukan dalam pergaulan (interaksi) harian, jauhi sikap mementingkan bangsa sendiri dan ditukar kepada meletakkan idealisma negara pada tempat yang paling atas.

3. *Pemimpin dan rakyat* perlu didedahkan segera dengan konsep Masyarakat madani supaya kefahamannya merata.

Semoga rakyat Malaysia cuba bersabar dengan konsep Malaysia Madani yang nampaknya kompleks tetapi menjangkau jangka Panjang demi kemajuan Malaysia mengikut acuannya sendiri. Aamin…

DrIsbah, Teras Jernang, 21-02-2024 / 11-SYB-1445H.

Rujukan:

[1] https://politisimuslim.wordpress.com/2007/04/18/an-nahdhah-kebangkitan/

[2] https://www.utusan.com.my/rencana/2023/01/memahami-konsep-malaysia-madani/

[3] https://thepatriots.asia/semangat-gila-jepun-yang-berjaya-membina-hiroshima-dan-nagasaki-semula/

[4] https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengeboman_atom_Hiroshima_dan_Nagasaki

[5] https://www.britannica.com/money/topic/economy-of-Japan

[6] Anwar Ibrahim (2022), “Membangun Negara Madani – Visi dan Kerangka Dasar Reformasi”, Shah Alam: IDE.

[7] Anwar Ibrahim (2022), “SCRIPT For a Better Malaysia – An Empowering Vision and Policy Framework for Action”, Shah Alam: IDE.

[8] Mark Trowell (2023), “Anwar Triumphs”, Marshall Cavendish Int. Pte. Ltd.

[9] Ronifira Rejab (2023),”PMX Memimpin Negara Di Zaman Pascanormal”, Shah Alam: Jagat Media.

[10] Ziauddin Sardar (2018), “The Postnormal Times Reader”, UK: IIIT.

[11] Mustaffa Kamil Ayob (2023), “Malaysia Madani Langkah Pemantapan Kehadapan”, kertaskerja RAPAT (Persatuan Rapat Rakyat).