Tuesday 5 October 2021

NILAI KEHIDUPAN

Michel de Montaigne pernah “Nilai kehidupan tak bergantung kepada berapa hari kita hidup, tetapi nilainya ada pada apa yang kita buat untuk hidup… Sama ada tercapai kepuasan dalam hidup tidak bergantung berapa lama kita hidup, tetapi pada daya usaha yang kita lakukan. (The value of life lies not in the length of days, but in the use we make of them... Whether you find satisfaction in life depends not on your tale of years, but on your will).

Apatah lagi, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Justeru itu, cuba lihat diri kita ketika ini adalah kita banyak memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya?

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda; “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis itu, Allah SWT memuliakan manusia yang sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah SWT mahupun di sisi manusia.

Tidak perlu risau tentang berapa umur kita kerana ianya hanya sebuah angka, tetapi binalah suasana positif di sekitar kita atau pada lingkungan kita. Jauhkan sifat negative kerana ianya banyak membawa kemudaratan daripada kebaikan.

Paling penting dalam melayari hidup ialah jangan putus hubungan kita dengan Allah SWT melalui amalan-amalan yang baik dan juga jangan putus hubungan kita dengan manusia melalui segala kebaikan. Tidak rugi memberi senyuman kerana ianya percuma (gratis), senyuman lahir daripada hati yang bersih.

Mari kita hidup dengan memberi nilai kebaikan kepada kehidupan dan jangan kita layan sikap-sikap negative yang akhirnya membawa kehancuran kepada kehidupan kita.

Semoga kita termasuk dalam manusia yang berguna kepada manusia yang lain. Aamiin!!!…

#cetusanminda

DrIsbah, Teras Jernang, 05-10-2021

No comments:

Post a Comment