Monday 13 September 2021

PENYELIDIKAN TIDAK KENAL SEMPADAN

Dewasa ini curahan ilmu melalui berbagai media terlalu banyak, ada yang benar dan ada yang palsu. Maka di sinilah kita memerlukan penyelidikan merentas sempadan, malah penyelidikan kini tidak kenal lagi sempadan. Ianya akan Kembali kepada zaman kegemilangan Islam dahulu di mana ilmuan akan belajar semua ilmu termasuk juga ilmu alat yang dapat membantu pencarian ilmu asas.

Contohnya, bidang matematik dan sains computer sangat membantu kita membuat penyelidikan dalam sains tulen dan juga dalam bidang sains social. Malah sekarang dalam bidang apa sahaja pun peranan computer sangat membantu, minimal dalam penulisan tesis.

Sekarang ini penyelidikan dengan dibantu alat-alat seperti computer, sensors, perisian, dan aplikasi-aplikasi tertentu lebih mempercepatkan proses penyelidikan. Cuba bayangkan kalau kita masih menggunakan mesin taip dalam membuat tesis berkajang-kajang kertas kita akan habiskan kerana mungkin setiap baris yang kita tulis ada kesilapan (errors) yang perlu kita lakukan. Melalui computer kita boleh delete, paste, copy, and replace sahaja. Ini sangat menjimatkan kertas dan masa.

Penyelidikan sangat membantu dalam mengembangkan ilmu kerana penyelidikan memerlukan penyelidik membaca, menulis, menganalisa dan menulis semula. Tanpa penyelidikan tiada ilmu atau pengetahuan baru dapat dijanakan.

Suatu Ketika dulu timbul idea seorang pensyarah boleh memilih untuk mengajar sahaja, atau menyelidik sahaja atau mengajar dan menyelidik sekaligus. Saya berpendapat idea itu tidak tepat sebab sebagai seorang pensyarah (ilmuan) proses penyelidikan dan pengajaran tidak dapat dipisahkan.

Malah dalam kehidupan sehari-hari pun kita terpaksa menyelidik terlebih dahulu (tabayyun) apabila menerima sesuatu berita dan memastikan berita yang diterima itu benar atau palsu. Ini melibatkan proses penyelidikan, baru kemudian kita mendapat ilmu tentang sesuatu yang kita tidak tahu atau tidak pasti.

Ketika saya akan ke United Kingdom tahun 1976 untuk membuat master, terjadi sedikit perbincangan dengan dekan ketika itu tentang bidang yang fakulti mahu saya lakukan. Saya memilih untuk membuat master dalam bidang sains computer dan dekan mahu saya lanjutkan bidang matematik seperti yang saya buat ketika mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Akhirnya kami memutuskan agar saya membuat master dalam bidang sains computer kerana melihat masa depan yang memerlukan pakar dalam bidang itu.

Ternyata ramalan saya tepat bahwa bidang sains computer sangat diperlukan sehingga ketika membuat doctor falsafah, saya kombinasikan bidang matematik dan sains computer untuk mendapatkan teori-teori baru dalam bidang matematik. Usaha saya mempelajari atau setidak-tidaknya berjinak dengan bidang sains computer dan teknologi maklumat sangat membantu.

Semoga kita menjadi sebuah masyarakat yang mengamalkan penyelidikan agar semua berita atau ilmu yang berlegar di sekeliling kita adalah benar semata-mata. Aamiin!!!...

DrIsbah, Teras Jernang, 13-09-2021

No comments:

Post a Comment