Thursday, 17 March 2022

PRINSIP CHI (QI) PADA KEDINAMIKAN MANUSIA

Prinsip Yin dan Yang menjadi pegangan kuat kepercayaan kuno orang China selama berabad-abad yang memiliki inti kepercayaan di dalam hukum keseimbangan Yin dan Yang.

Hal ini digambarkan secara jelas dalam I Ching (Kitab Perubahan) yang dimiliki oleh orang China selama berabad-abad. Prinsip Yin Yang ini menekankan akan keharmonian dari alam semesta atau kosmologi (Jung Young Lee, 1996).

Dari prinsip Yin Yang ini muncul energi atau energi “penggerak” dari semua perubahan yang terjadi di dalam alam semesta ini yang disebut dengan “ch’i”. Ch’i inilah yang dianggap nafas atau jiwa manusia yang menjadikan manusia itu hidup dan dinamik.

Konsep pemikiran China tentang Chi dikembangkan oleh para ahli filsuf mereka seperti Lao-tzu, Kong Fu Tzu (Konfusius), Men Zi (Mencius) dan lainnya antara abad enam dan empat sebelum Masehi (Lee, J. Y. 1996). Menurut Kamus Besar China-Indonesia, ch’i (qi) berarti gas, udara, nafas, bau, hawa/cuaca, sikap, semangat, jiwa, kemarahan, dan hina (Mah, 2004).

Menurut Simpkins & Simpkins (2004), kata ch’i sama dengan kata Yunani Pneuma dan kata Sansekerta Prana yang berarti napas, pernapasan, angin, dan spirit yang vital, jiwa. Menurutnya, segala sesuatu di alam semesta, baik yang bergerak dan tidak bergerak, merupakan bagian dari samudra luas ch’i. Segala sesuatu adalah ch’i baik materi padat maupun energy (Kamus Besar China – Indonesia. 1995).

Sedangkan menurut Skinner (2002), “Ch’i, merupakan tenaga yang vital, mengisi dunia pemikiran pengikut filosofi China. Ch’i adalah Tenaga Kosmik yang menghidupkan dan menginfus (memberi nafas) semua hasil cipta alam, memberikan energi kepada manusia, kehidupan kepada alam, pergerakan kepada air dan pertumbuhan kepada tanaman.

Dinamika manusia adalah karena adanya Chi (Qi), sedangkan Ch’i berada di dalam diri orang (Simpkins & Simpkins, 2004).

Menurut Rossbach (1984) ada dua macam Chi (Qi). Dia menyatakan bahwa dalam tulisan Cina Chi membawa dua makna iaitu kosmik dan manusia. Chi kosmik mengandung air, wap, gas, cuaca, dan daya (force). Chi pada manusia pula termasuklah nafas, aura, adab dan tenaga. Kedua-dua jenis Chi ini tidak terpisahkan. Chi pada manusia dipengaruhi oleh langit dan bumi.

Lee (1996) memberikan pengertian Chi bahwa Chi dari segi kosmik dinyatakan sebagai pemikiran Chi, tenaga penting yang merupakan kuasa dan intipati badan. Chi hampir sama dengan ruh, dalam Hebrew dikatakan sebagai “ruach” dan dalam Greek dikatakan sebagai “pneuma” kedua-duanya diterjemahkan sebagai angina atau nafas.

Dari beberapa definisi di atas, maka penulis mengambil kesimpulan bahwa ch’i dapat diartikan sebagai nafas, angin, roh atau jiwa. Chi ini juga menunjuk kepada nafas atau jiwa manusia dan Ruh Kosmis yang menghidupkan dan memberikan energi di dalam mempertahankan kehidupan di dalam dunia ini.

DrIsbah, Teras Jernang,19-03-2022.

Rujukan

Jung Young Lee, J. Y. 1996. The Trinity in Asian Perspective. Nashville : Abingdon Press.

Kamus Besar China – Indonesia. 1995. Beijing : Pustaka Bahasa Asing, ms. 673.

Mah, Yeow-Beng. 2004. “Living in Harmony with One’s Environment : A Christian Response to Feng Shui” dalam The Asia Journal of Theology Volume 18 No. 2, Oktober 2004, 344.

Rossbach, S. 1984. Feng Shui. London : Rider, ms. 23.

Simpkins, C. A. & Simpkins, Annellen. 2004. Belajar Tao dalam Sepuluh Langkah. Yogyakarta : Ar-ruzsz Media Yogyakarta, ms. 106.

Skinner, S. 2002. Feng Shui.Semarang : Dahara Prize, 2002, ms. 39.

Yun, D. C. 1981. Philosophical Taoisme dalam Dictionary of Living Religions (Ed. Keith Crim; Nashville : Abingdon, ms. 738.

38 NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

Dalam buku Imam Al-Ghazali yang bertajul, “Jalan Orang Bijak”, terbitan tahun 2016 oleh Penerbit Zaman, Jakarta Imam Al-Ghazali memberikan kita 38 nasihat.

Buku setebal 332 mukasurat dan berukuran 19cm (Panjang) dan 13cm (lebar) sebaiknya menjadi panduan bagi kita umat Islam agar menjadi panduan hidup di dunia dan mendapat keampunan Allah di akhirat.

Secara ringkas, saya turunkan nasihat-nasihat Imam Al-Ghazali tersebut agarnya ianya menjadi ingatan buat kita bersama.

1. Jangan terlalu leka dengan urusan dunia sehingga lupa akan adanya kematian.

2. Jangan panjang angan-angan. Hiduplah pada dunia nyata dan hadapi reality.

3. Jadilah orang yang kanaah (merasa cukup) dengan pemberian Allah.

4. Rezeki Allah dimakan, tetapi tidak pernah bersyukur kepada-Nya.

5. Jangan meremehkan taubat. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

6. Manusia dicipta untuk mengabdi diri kepada Allah. Teruskan berada pada jalan Allah.

7. Jangan mengutamakan harta benda dalam hidup, utamakan Allah daripada segala-galanya.

8. Allah mencipta manusia bukan sia-sia, manusia diminta bersabar dalam hidup.

9. Jangan melaknat makhluk kerana laknat itu akan kembali kepada yang melaknat.

10. Berbuat baik dan bersilaturahim dengan semua orang, bukan terhadap orang yang berbuat baik kepada kita saahaja.

11. Jangan tertipu dengan kilauan dunia kerana ianya memang mempersonakan, tetapi tempat kembali yang sebenarnya ialah Allah.

12. Penuhilah janji apabila berbuat janji, jangan sekali-kali ingkar janji yang telah dibuat.

13. Jangan ikuti hawa nafsu kerana hawa nafsu jahat tidak mendekatkan kita kepada Allah.

14. Hampirilah Allah pada setiap Ketika dan jangan sekali-kali durhaka kepada-Nya.

15. Baiki agama setiap masa kerana pahala Allah akan bergantung kepada kekuatan pegangan kita kepada Allah.

16. Dalam menyeru orang lain berbuat baik dan meninggalkan maksiat, maka diri sendiri mestilah terlebih dahulu berbuat demikian.

17. Lakukan apa yang Allah perintahkan dan hindarilah apa yang Allah larang.

18. Mengadu apa-apa masalah hanya kepada Allah dengan memanjatkan doa dan pengampunan.

19. Banyak bersabar dan bersikap tawadhu dalam hidup, pati Allah akan memudahkan jalan-jalan kehidupan kita.

20. Jangan ganggu orang lain, Allah muliakan orang yang baik akhlaknya.

21. Hindari segala dosa walau sekecil mana sekali pun. Hidup akan lebih bahagia apabila kita senentiasa melakukan kebaikan.

22. Belajar kemuliaan daripada orang-orang yang mulia dan memuliakan Allah.

23. Selalulah berzikir kepada Allah, ingat segala nikmat yang telah Allah berikan.

24. Musuhilah syaitan kerana dia adalah musuh yang nyata dalam hidupmu.

25. Anutilah Islam kerana Islam adalah satu-satunya agama yang Allah redhai.

26. Banyakkan bekalan untuk menuju akhirat kerana kematian akan menutup segala pintu berbuat baik.

27. Bayangkan betapa panasnya neraka. Ini akan membuat kita menghindari maksiat dan dosa.

28. Bayangkan betapa indahnya syurga bagi orang-orang yang beriman dan berbuat baik di dunia.

29. Ruh adalah milik Allah, segala apa yang kita dapati di dunia hanyalah pinjaman dari Allah.

30. Jangan mati kecuali dalam kedaan bertakwa kepada Allah dan mengharap balasan syurga dari-Nya.

31. Cinta Allah dan cinta dunia tidak akan pernah Bersatu, oleh itu ambillah dunia untuk keperluan mencintai Allah semata-mata.

32. Bersabarlah sebentar di dunia sementara menunggu kesenangan yang kekal di akhirat.

33. Jangan mencari kemasyhuran melalui amal, buat amal secara ikhlas semata-mata bagi mendapat redha Allah.

34. Berwaspada terhadap amalan yang kita buat, jangan terlalu yakin diterima Allah. Bersifatlah dengan sikap takut dan harapan (khauf wa roja’).

35. Jangan terlalu menerima pujian kerana dalam pujian terselindung rasa ta’jub dan riya.

36. Jangan bermusuh denga utusan Allah (Nabi dan Rasul), siapa yang menentang utusan Allah, maka samalah menentang Allah.

37. Cintailah orang lain seperti mana kamu mencintai dirimu sendiri.

38. Kerjakan kebaikan dan hindari kerja buruk, kerana kerja kebaikan akan mengantar kita ke syurga.

Dekimianlah secara ringkas 38 nasihat Imam Al-Ghazali bagi kebaikan kita semua. Semoga kita dapat melaksanakan semua nasihat yang Imam Al-Ghazali berikan. Aamiin!!!...

DrIsbah, Teras Jernang, 18-3-2022.

Saturday, 22 January 2022

HUKUM SEBAB-AKIBAT

Menurut buku Managemen Bisnis Syariah oleh Parakkasi (2021), segala seuatu yang terjadi dan berubah harus ada sebabnya kerana tidak ada sesuatu yang terjadi atau berlaku di dunia ini tanpa adanya sebab.

Dalam al-Qur’an banyak ayat-ayat yang Allah SWT firmankan berkaitan dengan berjalanlah di muka bumi dan lihatlah akibat daripada orang-orang yang derhaka, kufur terhadap perintah Allah, membunuh para nabi, membuat munkar tanpa batas dan berbagai lagi kerosakan yang mereka lakukan. Allah SWT mengazabkan mereka dengan azab yang sangat pedih di dunia lagi melalui berbagai cara.

Hukum sebab-akibat (The Law of Causality) dihasilkan oleh penggunaan akal rasional manusia sejak manusia boleh berfikir logik. Ianya bukan teori ilmiah yang dihasilkan secara ujikaji. Dalam Hukum Sebab-Akibat prinsip “the order of events” (urutan kejadian) menjadi landasan kepada Hukum Sebab-Akibat.

Dalam kuliah matematik peringkat universiti dan sekarang sudah diajar di peringkat sekolah menengah mengenai “The Theory of Logic” (Teori Asas Logik). Teori ini dijadikan bab pertama dalam kuliah selama satu semester (4 bulan) supaya pelajar terbiasa dengan berfikir logik.

Teori logik ini sangat penting dalam Matematik Konstruktif (Constructive Mathematics) kerana kita yang membentuk matematik tersebut seperti teori set, fuzzy set dan sebagainya. Matematik begini dibina dari awal, dan berkembang secara logik.

Dalam konteks epistemologi, Hukum Sebab-Akibat adalah sumbangan terbesar ahli falsafah idealisma Greek yang bernama Plato. Tanpa prinsip sebab-akibat, maka tak ada teori filsafah, tak ada sains dan teknologi, tak ada teologi, tak ada sejarah, serta aturan-aturan hukum pun menjadi tak bermakna.

Hukum Sebab-Akibat ini juga disebut sebagai Sunnatullah yang terjadi kepada setiap kejadian (events), baik dari kejadian yang sederhana (simple) kepada kejadian yang kompleks (complex). Semua itu Allah SWT telah nyatakan bahwa pada setiap akibat ada penyebabnya.

Dalam bahasa yang mudah, “setiap kejadian merupakan akibat yang timbul dari serangkaian perbuatan yang saling berkaitan yang menjadi penyebab timbulnya akibat.”

Dalam Surah Ar-Ruum (30), ayat 41, Allah SWT berfirman, “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Oleh kerana kejahilan manusia dalam mengendalikan urusan persekitaran, masyarakat dan negara maka akibatnya terjadi banjir, kemarau, salah urus kewangan, salah guna kuasa dan sebagainya. Malah dalam memahami kehendak dan syariat Islam pun ada orang terkenal yang tidak dapat membezakan antara agama yang Allah redhai dengan agama-agama syirik sehingga sanggup melakukan ritual agama lain demi meraih simpati dan undi. Ini mala petaka besar kepada masyarakat dan negara.

Kita hanya sekadar mengingatkan bahwa ada tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkuasa yang akan mengakibatkan kemusnahan alam dan kemanusiaan, namun pihak yang menegur dipersalahkan kerana menggangu mereka mengaut kekayaan negara untuk diri sendiri.

Kita sangat berharap agar mereka yang berkuasa akan sedar terhadap akibat daripada perbuatan mereka yang rakus kuasa dan harta. Nilai kemanusiaan itu lebih penting daripada nilai harta yang diperolehi secara tidak betul.

Semoga Allah SWT menyelamatkan negara kita yang tercinta daripada salah urus negara akan nantinya rakyat marhaen akan menerima akibatnya. Aamiin....

#sunnatullah

#hukumsebabakibat

DrIsbah, Teras Jernang, 22-01-2022

Wednesday, 12 January 2022

BENTUK PEMERINTAHAN YANG PATUT DITAATI

Dalam ayat 59, Surah An-Nisaa’ (4), Allah menyeru, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…”

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”(An-Nisaa’(4), ayat 59).

Dalam Tafsir Al-Munir (Jilid 3 - Juzuk 5 & 6, ms. 135 – 144), Prof Wahbah Zuhaili mengupas mengenai tajuk di atas.

Taat kepada Allah dan Rasul-Nya sudah termaktub dalam Rukun Iman yang wajib diyakini oleh orang-orang yang beriman. Kertas ini hanya membincangkan mengenai bentuk pemerintahan (Ulil Amri) yang patut ditaati. Hal ini menjadi kekeliruan masyarakat secara amnya.

Adapun sebab turunnya ayat ini kita dapati dari nukilan Imam Bukhari melalui riwayat Ibnu Abbas berkata, “Ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais semasa Nabi mengutusnya dalam satu pengintaian perang."

Imam ad-Dawudi berkata, "Keterangan ini tidak sah dan tidak dapat dinisbahkan kepada Ibnu Abbas, karena Abdullah bin Hudzafah marah dan menyalakan api. Kemudian dia memerintahkan pasukan untuk masuk ke dalam api tersebut. Sebagian pasukan enggan melaksanakan perintah itu dan sebagian yang lain hendak melaksanakannya".

Ad-Dawudi melanjutkan keterangannya, “Apabila ayat ini turun sebelum kejadian tersebut maka bagaimana mungkin perintah ketaatan hanya dikhususkan kepada Abdullah bin Hudzafah. Apabila turun setelah kejadian tersebut, yang tepat untuk dikatakan kepada para pasukan adalah "ketaatan hanya dalam masalah kebajikan," bukannya kata "kenapa kalian tidak taat (kepada pimpinanmu)?"

Ibnu Hajar menjawab keberatan ad-Dawudi tersebut dan menjelaskan bahwa yang ditekankan dalam kisah di atas adalah perbezaan pendapat yang terjadi di antara pasukan. Apakah mereka mesti mengikuti perintah Abdullah bin Hudzaifah untuk masuk ke dalam api atau tidak.

Oleh sebab itu, sangat tepat apabila dalam keadaan seperti ini turun ayat yang memberi petunjuk untuk jalan keluar bagi perbezaan pendapat yang terjadi di antara mereka, iaitu dengan cara merujuk kepada keputusan Allah dan Rasul-Nya.

Keadilan adalah dasar utama pemerintahan. Dengan keadilan, peradaban, pembangunan, dan kemajuan akan tercapai. Akal manusia pun akan terarah dengan baik apabila keadilan ditegakkan. Dengan demikian, keadilan ditetapkan sebagai salah satu dasar pemerintahan dalam Islam. Dalam suatu masyarakat keadilan merupakan keperluan utama. Dengan keadilan, orang-orang lemah dapat memperoleh haknya dengan tepat dan orang-orang yang kuat tidak akan menganiaya orang-orang lemah sehingga keamanan dan keteraturan sistem dapat terjaga. Agama-agama samawi sepakat dalam masalah kewajiban menegakkan keadilan. Oleh sebab itu, seorang pemimpin dan para pembantunya yang terdiri dari menteri, pegawai dan hakim harus disiplin menegakkan keadilan supaya semua hak dapat terlindungi dan dapat disalurkan.

Banyak ayat Al-Qur'an dan hadits Nabi yang menerangkan pentingnya menegakkan keadilan. Di antaranya adalah firman Allah SWT, antaranya ialah:

1. "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan." (an-Nahl:90).

2. “Apabila kamu berbicara, bicaralah sejujurnya." (al-An'aam:152).

3. "Berlaku adillah. Karena (adil) itu lebih dekat kepada takwa." (al-Maa'idah:8).

4. "Jadilah kamu sebagai penegak keadilan karena Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil." (al-Maa'idah:8).

5. Allah juga memerintahkan Nabi Dawud untuk berlaku adil, iaitu dalam firman-Nya, "Wahai Dawud! Sesungguhnya engkau Kami jadikan khalifah (penguasa) di bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil." (Shaad:26).

6. Anas juga meriwayatkan bahwa Nabi bersabda, "Umat ini akan terus berada dalam kondisi baik, selagi dalam berbicara mereka selalu jujur apabila menetapkan hukum mereka adil dan selagi dimintai rasa kasih sayang mereka mau memberikan rasa kasih sayang itu."

7. Selain daripada itu Allah juga mengancam kezaliman dan juga orang-orang yang berbuat zalim. Di antaranya adalah dalam firman-Nya, "Dan janganlah engkau mengira, bahwa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang yang zalim." (Ibraahiim:42).

8. "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan apa yang dahulu mereka sembah." (ash-Shaaffaat: 22).

Kemudian Allah memerintahkan umat Islam untuk melaksanakan perkara yang dapat menyebabkan dia selalu berdisiplin dalam menjaga amanah dan menetapkan hukum secara adil, iaitu taat kepada Allah dengan cara melaksanakan hukum-hukum-Nya, taat kepada Rasul-Nya yang bertugas menerangkan hukum-hukum Allah, dan taat kepada para pemimpin (Ulil Amri). Ini merupakan prinsip dasar ketiga dalam pemerintahan Islami.

Siapakah yang dimaksud dengan Ulil Amri? Sebagian ahli tafsir berpendapat bahwa yang dimaksud dengan Ulil Amri para pemimpin dan penglima perang. Ada juga yang mengatakan bahwa yang dimaksud dengan Ulul-Amri adalah para ulama yang bertugas menerangkan hukum-hukum syara' kepada manusia.

Semua pendapat tersebut adalah benar dan sesuai dengan makna lahiriah ayat. Oleh sebab itu, taat kepada pemimpin politik pimpinan perang, dan pemimpin yang mengatur urusan negara adalah wajib. Begitu juga wajib hukumnya menaati para ulama yang bertugas menerangkan hukum-hukum agama, mendidik rakyat dalam masalah agama dan juga melakukan amar makruf nahi munkar.

Ibnu al-Arabi berkata, “Menurutku, pendapat yang tepat adalah pendapat yang mengatakan bahwa maksud Ulil Amri adalah para pemimpin dan para ulama. Para pemimpin mempunyai kewajiban untuk memerintah dan menetapkan hukuman. Adapun ulama adalah orang yang berkebolehan untuk ditanya (dalam permasalahan agama). Dia wajib menjawab dan fatwanya wajib dilaksanakan."

Ar-Razi mengatakan bahwa yang dimaksud dengan Ulil Amri adalah Ahl al-Halli wa al-Aqdi (sekumpulan pakar yang mempunyai tugas menetapkan aturan atau membatalkannya). Dengan demikian, ayat tersebut menjadi dalil bagi ijma ulama. Apabila ada pertentangan dan perbedaan pendapat antara kalian dengan Ulil Amri dalam masalah agama dan penyelesaiannya tidak ada dalam Al-Qur'an ataupun Sunnah, hendaknya masalah itu dicarikan rujukan dengan berpatokan kepada kaidah-kaidah umum yang bersumber dari Al-Qur'an dan Sunnah. Pendapat yang sesuai dengan kaidah umum dapat dilaksanakan, sedangkan yang bertentangan dengan kaidah umum tersebut harus ditinggalkan. Cara seperti ini dalam ilmu ushul fiqih diistilahkan dengan prosedur qiyaas.

Penggunaan qiyaas diakui kebenarannya oleh Rasulullah saw. Ketika beliau mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk menjadi Qadhi, beliau bertanya kepadanya, "Bagaimana kamu akan menetapkan hukum jika terjadi suatu permasalahan?" Muaz menjawab, "Saya akan menetapkan hukum dengan berdasar kitab Allah". Kemudian Rasul kembali bertanya, "fika dalam Al-Qur'an tidak ada keterangannya?" Muaz menjawab, "Saya akan putuskan berdasarkan sunnah nabi Allah". Rasul kembali bertanya, 'Apabila tidak ada keterangan baik dalam Al-Qur'an maupun Sunnah Rasulullah?" Muaz menjawab, "Saya akan berijtihad dengan pendapatku dan tidak akan mengabaikannya." Kemudian Rasulullah saw. menepuk dada Muaz dan berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk utusan Rasulullah kepada apa yang diridhai oleh Rasulullah."

Ayat di atas juga memberi isyarat bahwa apabila perkara yang dipertentangkan tersebut ada aturan hukumnya dalam nash syara' (Al-Qur'an dan Sunnah), pihak-pihak yang bersengketa harus mematuhi aturan yang ada dalam nash syara' tersebut. Namun apabila tidak ada keterangan dalam nash syara', boleh melakukan ijtihad.

Allah memerintahkan umat Islam untuk mencari jalan keluar permasalahan yang dipertentangkan dengan cara mencari dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Itu jika memang umat Islam beriman kepada Allah dan hari akhir. Orang yang benar-benar beriman tidak akan mengutamakan hukum selain hukum yang telah Allah tetapkan. Dalam mengambil keputusan dia juga akan selalu mempertimbangkan efek ukhrawinya dan akan lebih mengutamakan keridhaan Allah daripada kemewahan dunia. Dalam ayat ini juga tersirat satu ancaman Allah kepada orang-orang yang melanggar aturan dan tidak mau menaati Allah serta Rasul-Nya. Yang jelas ayat ini memerintahkan umat Islam untuk mengembalikan semua perselisihan yang terjadi kepada aturan Allah dan Rasul-Nya sehingga ayat ini senada dengan firman Allah, "Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan." (an-Nisaa': 65).

Abu Hurairah menceritakan bahwa Nabi Muhammad saw bersabda, "Barangsiapa taat kepadaku, dia taat kepada Allah, dan barangsiapa menentangku, dia menentang Allah, dan barangsiapa taat kepada amirku maka dia taat kepadaku, dan barangsiapa menentang amirku, maka dia menentangku." (HR Bukhari dan Muslim).

Dalam firman Allah, "Yang demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (an-Nisaa': 59).

Ada beberapa kesimpulan yang boleh kita ambil, antaranya ialah:

1. Menetapkan hukuman dengan adil. Ayat di atas memang ditujukan kepada para pemimpin dan hakim, yang juga mencakup semua manusia. Abdullah bin Amr meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Di hari Kiamat, orang-orang yang adil akan berada di mimbar yang terbuat dari cahaya, berada di sebelah kanan Allah yang Maha Pengasih. Mereka juga akan berada di sebelah kanan orang-orang yang adil dalam menetapkan hukum, adil terhadap keluarga dan juga terhadap orang-orang yang menjadi tanggung jawabnya.”

Rasulullah saw. juga bersabda, "Setiap kalian adalah pemelihara dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipelihara. Seorang pemimpin adalah bertugas memelihara (rakyatnya), dan dia akan dimintai pertanggungjawaban mengenai urusan rakyatnya; seorang suami juga bertugas sebagai pemelihara keluarganya, dan dia akan dimintai pertanggungjawaban mengenai urusan keluarganya; seorang istri juga bertugas memelihara rumah suaminya, dia akan dimintai tanggung jawab atas tugasnya; seorang hamba sahaya bertugas memelihara harta tuannya dan dia akan dimintai tanggung jawab atas tugasnya. Ketahuilah setiap kalian adalah pemelihara, dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawaban atas peliharaannya." (HR Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi dari lbnu Amr).

Dalam hadits ini, Rasulullah saw. menjadikan semua orang sebagai pemelihara dan pemimpin sesuai dengan tugas dan tingkatannya. Orang yang pandai juga punya tanggung jawab terhadap tugasnya. Apa yang dilakukan oleh orang alim seperti mengeluarkan fatwa, menetapkan hukum, menerangkan hukum halal dan haram, menjelaskan perkara yang wajib dan sunah, sah dan tidaknya.

Allah SWT adalah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, sebagaimana yang Allah jelaskan, "Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan melihat." (Thaahaa: 46).

Allah mendengar hukuman-hukuman yang diputuskan oleh para hakim, pemimpin dan lain-lain, dan Dia akan membalas keputusan itu. Dia juga melihat apakah seorang hamba menjalankan amanah dengan baik atau mengkhianatinya, dan kemudian Dia akan membalasnya.

2. Setelah Allah memerintahkan para pemimpin dan para hakim untuk menjalankan amanah dengan baik serta menetapkan hukum dengan adil, Allah memerintahkan semua rakyat untuk; pertama, taat kepada-Nya, iaitu dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya, kedua, taat kepada Rasul-Nya, dan ketiga, taat kepada para pemimpin.

Namun perlu ditegaskan bahwa kewajiban menaati pemimpin adalah dalam perintah-perintah yang memang wajib ditaati, bukan dalam perintah untuk bermaksiat kepada Allah. Imam Ali bin Abi Thalib berkata, "Seorang imam wajib melaksanakan pemerintahan dengan adil dan menjalankan amanah dengan benar. Apabila dia sudah melakukannya, kaum Muslimin wajib menaatinya. Hal ini karena Allah memerintahkan kita untuk menjalankan amanah dengan benar dan juga bersikap adil, kemudian Dia memerintahkan kita untuk taat kepada pemimpin."

Taat kepada ahli Al-Qur'an, ahli llmu, ahli fiqih, dan ulama agama juga wajib hukumnya. Ibnu Kaisan berkata, "Mereka adalah orang yang mempunyai akal dan pendapat untuk mengurus urusan-urusan manusia (masyarakat)." Namun pendapat yang tepat adalah pendapat yang pertama karena ulama merupakan sumber penetapan hukum dan perintah. Sementara itu, akal -meskipun merupakan penopang agama dan kehidupan dunia- tidak sesuai dengan makna lahiriah ayat yang kita bahas.

Apabila terjadi perbedaan pendapat di antara umat dan pemimpinnya, jalan keluarnya adalah merujuk kepada Al-Qur’an atau kepada Rasulullah -disaat beliau masih hidup, bisa langsung bertanya kepadanya. Namun setelah beliau meninggal, dengan cara melihat sunnahnya. Dengan demikian, ayat ini senada dengan ayat, "(Padahal) apabila mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya (secara resmi) dari mereka (Rasul dan Ulil Amry'." (an-Nisaa': 83).

Dan juga sesuai dengan firman Allah, "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul-Nya takut akan mendapat cobaan atau ditimpa adzab yang pedih." (an-Nuur:63).

Supaya orang mau merujuk kepada Al-Qur'an dan Sunnah, dalam diri orang tersebut harus ada keimanan kepada Allah dan hari akhir terlebih dahulu. Efek dan akibat yang ditimbulkan dari merujuk kepada Al-Qur'an dan Sunnah lebih baik daripada berkelanjutan dalam sengketa dan pertentangan.

3. Melalui ayat ini, para ulama juga menyimpulkan bahwa sumber hukum dalam Islam ada empat, iaitu Al-Qur'an, Sunnah, ijma dan qiyas. Sebagian hukum ada yang diterangkan secara jelas dalam Al-Qur'an atau Sunnah sehingga kita wajib mematuhinya dan ini sesuai dengan firman Allah (‘athiuullaha wa athiuurasula) Yang dimaksud dengan sunnah adalah semua perkataan, perbuatan dan ketetapan Rasul saw..

Adakalanya juga hukum tersebut merupakan hasil kesepakatan Ahl al-halli wa al-‘Aqdi berdasarkan kepada dalil-dalil syara’ yang mereka gunakan, dan ini sesuai dengan firman Allah (wa ulil amri minkum). Adakalanya hukum tersebut tidak diterangkan secara jelas dalam Al-Qur’an dan juga tidak disepakati ulama sehingga jalan untuk menetapkannya adalah dengan ijtihad dan qiyas iaitu membahas masalah-masalah yang diperselisihkan dengan berpatokan kepada kaidah-kaidah umum yang terdapat dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Ini sesuai dengan firman Allah SWT, (faaintanaza’tum fii shaiinn farudhuuhu ilallahi wa ar-rasuuli).

Adapun sumber-sumber hukum yang lain seperti istihsaan (yang digunakan oleh madzhab Hanafi), maslahah mursalah (yang digunakan oleh madzhab Maliki) dan istishaab (yang digunakan oleh madzhab Syafi'i) pada hakikatnya sudah tercakup dalam sumber hukum yang empat di atas.

#pemerintahanislam

#pemerintahadil

DrIsbah, Teras Jernang, 14-01-2022.

Rujukan:

Tafsir Al-Munir Jilid 3 - Juzuk 5 & 6, ms. 135 - 144.

Tuesday, 5 October 2021

NILAI KEHIDUPAN

Michel de Montaigne pernah “Nilai kehidupan tak bergantung kepada berapa hari kita hidup, tetapi nilainya ada pada apa yang kita buat untuk hidup… Sama ada tercapai kepuasan dalam hidup tidak bergantung berapa lama kita hidup, tetapi pada daya usaha yang kita lakukan. (The value of life lies not in the length of days, but in the use we make of them... Whether you find satisfaction in life depends not on your tale of years, but on your will).

Apatah lagi, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara dan yang kekal adalah di akhirat kelak. Justeru itu, cuba lihat diri kita ketika ini adalah kita banyak memberi manfaat kepada orang lain atau sebaliknya?

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda; “Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Berdasarkan hadis itu, Allah SWT memuliakan manusia yang sentiasa berbuat kebaikan yang memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.

Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukan kita di sisi Allah SWT mahupun di sisi manusia.

Tidak perlu risau tentang berapa umur kita kerana ianya hanya sebuah angka, tetapi binalah suasana positif di sekitar kita atau pada lingkungan kita. Jauhkan sifat negative kerana ianya banyak membawa kemudaratan daripada kebaikan.

Paling penting dalam melayari hidup ialah jangan putus hubungan kita dengan Allah SWT melalui amalan-amalan yang baik dan juga jangan putus hubungan kita dengan manusia melalui segala kebaikan. Tidak rugi memberi senyuman kerana ianya percuma (gratis), senyuman lahir daripada hati yang bersih.

Mari kita hidup dengan memberi nilai kebaikan kepada kehidupan dan jangan kita layan sikap-sikap negative yang akhirnya membawa kehancuran kepada kehidupan kita.

Semoga kita termasuk dalam manusia yang berguna kepada manusia yang lain. Aamiin!!!…

#cetusanminda

DrIsbah, Teras Jernang, 05-10-2021

Sunday, 26 September 2021

PERJUANGAN ISLAH MASYARAKAT BUKAN MUDAH

Perjuangan memperbaiki sebuah masyarakat (Islah Masyarakat) yang sudah terbiasa dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan lain-lain sifat bobrok bukanlah suatu perjuangan yang mudah.

Ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)". (Al-Maidah (5) : 21).

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)" (Al-Maaidah (5) : 22).

Diantara mereka ada dua lelaki yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman" (Al-Maaidah (5) : 23).

Dua lelaki tersebut telah memberikan cadangan memasuki Palestin melalui pintu yang lain, namun dalam ayat berikutnya mereka tetap menolak cadangan tersebut.

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu" (Al-Maaidah (5) : 24).

Akhirnya Nabi Musa mengadu kepada Allah mengenai karenah Kaumnya yang tetap degil.

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu" (Al-Maaidah (5) : 25).

Akhirnya Allah memutuskan agar Kaum Bani Israel yang degil itu menerima hukuman akibat kedegilan mereka.

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu" (Al-Maaidah (5) : 26).

Sejak ingkarnya kaum Bani Israel terhadap perintah Allah memasuki Palestin, mereka terumbang ambing selama 40 tahun.

Mereka sepatutnya ingat bahwa Firaun , pemerentah yang sangat berkuasa yang disokong oleh:

(1) menteri dan anggota kerajaannya seperti Haman serta tentera kerajaan.

(2) golongan usahawan dan hartawan seperti Qarun.

(3) golongan ahli agama seperti tukang- tukang sihir.

(4) golongan pengamal penghebahan dan pengiklanan (media massa) seperti mereka yang menghebuhkan masa & tempat pertemuan antara Saiyyidina Musa dan ahli- ahli sihir.

Sementara Saiyyidina Musa dibantu oleh saudaranya, Saiyyidina Harun. Baginda dibebani pula dengan pengikut baginda yang banyak keliru dan tidak tetap pendirian, citarasa yang rosak, serta mudah dipengaruhi oleh dakyah yang bertentangan - umpama dakyah sesatnya Samiri.

Sedangkan Saiyyidina Musa membesar dalam segala kemewahan di istana Firaun. Sekiranya dihitung berdasarkan sifir kebendaan - apalah untung Saiyyidina Musa bangun berdepan dengan Firaun yang punya segala kuasa dan kekuatan. Seakan lebih wajar bagi Saiyyidina Musa menikmati kemewahan di Istana daripada mendedahkan dirinya kepada ancaman akibat perjuangan untuk membebaskan kaumnya daripada terus ditindas oleh Firaun, daripada kaumnya hidup dan kehinaan dan perhambaan.

Tetapi keyakinan, tetapi kepatuhan menjunjung kebenaran, tetapi kesetiaan kepada Agama membawa Saiyyidina Musa keluar dari kemewahan istana untuk mendepani kezaliman Firaun, untuk mengepalai kaumnya yang hanyut tanpa keberanian dan keteguhan tekad.

Kemuncaknya Saiyyidina Musa membawa kaumnya keluar dari Masir sebelum subuh , pemergian mereka disedari oleh Firaun. Mereka dikejar oleh pasukan tentera yang lengkap. Sehingga mereka menghampiri laut, di depan laut, dan cerah sinar pagi menampakkan kepada mereka pasukan Firaun yang semakin dekat mengejar mereka dari belakang.

Ketakutan mereka memuncak, sesungguhnya mereka benar- benar terkepung antara laut dan tentera Firaun.

Ketika itu Pertolongan Allah datang, datangnya sebagai keajaiban yang di luar daya upaya manusia. Laut terbelah untuk memberi laluan kepada Saiyyidina Musa dan pengikut baginda.

Laut itulah juga kemudiannya memerangkap Firaun dan tenteranya. Firaun terperangkap di ketika dia telah berjaya memerangkap dan mengepung Saiyyidina Musa dan pengikut baginda - terperangkap di antara tentera yang lengkap oeralatan dan lautan luas yang terbentang.

Pertolongan Allah serta Kejayaan Saiyyidina Musa ini, perjuangan baginda yang penuh perit jerih semada dari kezaliman Firaun mahupun rendah budi serta hemmah kaum baginda.

Firaun serta pembantu-pembantunya sentiasa ada di sepanjang zaman, hanya size, format dan skripnya sedikit berubah. Ada Firaun di dalam diri kita, yang dinamakan nafsu. Ada Firaun di dalam masyarakat kita. Oleh itu kita perlu mengingati, mempelajari, mengamalkan tauladan yang telah ditunjukki oleh Saiyyidina Musa alaihi as-salam.

Inilah sebahagian peringatan yang kita sambut setiap tahun. Setahun sekali, kita tambatkan kembali kesedaran dan tekad kita kepada perjuangan, pengorbanan, pembersihan jiwa serta munajat Saiyyidina Musa yang hebat itu.

Inilah Asyura yang kita selalu sambut, Ashura yang malam dan siangnya kita penuhi dengan ketaatan dan zikir kepada Allah, berselawat ke atas Rasul kita Sollallahu alaihi wassallam dan para anbiya terdahulu.

#jatidirimelayuislam

DrIsbah, Teras Jernang, 26-09-2021

Saturday, 25 September 2021

BAGAIMANA UMAT ISLAM DIKALAHKAN

Allah menyebut dengan jelas bahwa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selama-lamanya terhadap orang-orang Islam sehingga orang-orang Islam mengikut jalan hidup mereka.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-rang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120).

Penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain memberi alasan mencari rempah ratus ketika mereka bergerak menakluki negara-negara di bahagian timur dunia, namun hakikat sebenarnya ialah mereka benci kepada perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan jayanya. Mereka ingin menghapuskan cahaya Islam yang dipegang teguh oleh Nabi Muhammad SAW dan menyekat penyebaran Islam agar tidak meluas.

Gerakan menentang Islam bermula sejak peristiwa perang Ahzab pada zaman Rasulullah SAW kerana kebenciaan dan permusuhan golongan Yahudi dan Nasrani yg tidak berpuashati dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yg berpengkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yg tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yg dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yang terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yg lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Kempen jahat mereka ini telah didedahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah An-Nisa', ayat 51 hingga 55 yg bermaksud:

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada Jibt dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." (An-Nisa':51)

Kini mereka membentuk golongan Ahzab versi baru yang bernama Zionis dengan peralatan teknologi dan kaedah yang lebih canggih dengan menguasai ICT, perniagaan dan politik dunia bersama Amerika Syarikat dan Negara-Negara Arab yang condong kepada pengaruh Zionis dan Barat.

Banyak syarikat besar di dunia seperti KFC, McD, Pizza Hut, dan ribuan yang lain-lain dikuasai oleh Yahudi terutamanya kelompok Zionis. Perniagaan ini sudah pun bertapak di Kota Mekah dan Madinah. Di Jeddah pun sudah diadakan konsert penyanyi Barat yang etika dan cara hidup mereka sangat bertentangan dengan Islam. Inilah serangan-serangan yang paling hebat yang sedang memecahbelahkan masyarakat Islam di dunia. Anak-anak muda Islam sudah banyak yang terpengaruh dengan budaya hidup Barat yang bertentangan dengan Islam.

Marilah kita menjaga setidak-tidaknya keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran kita daripada terjebak dengan jerat-jerat Zionis yang sangat halus melalui pemakanan, gaya hidup, Pendidikan dan lain-lain aspek kehidupan. Mungkin kita terpaksa mengambil pengalaman pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang lari bersembunyi dalam gua agar keimanan mereka terjaga dengan baik. Semoga Allah memberikan kita kekuatan Iman dan Taqwa.

Baru-baru ini terbit berita agar senate Amerika meluluskan rang undang-undang yang melindungi Negara Haram Israel daripada sebarang kecaman dan boikot.

Pada 5 Februari 2019, Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Bagaimanapun, penerimaannya masih belum dapat dipastikan kerana dewan perwakilan dikuasai parti Demokratik, terutama dikalangan ahli parlimen liberal yang cukup sensitif dengan pendekatan yang melanggar hak kebebasan bersuara.

Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi terbabit.

Penaja utama langkah itu, Senator Republikan Marco Rubio, berkata beliau memperjuangkan apa yang disifatkannya sebagai satu “kempen perang diskriminasi ekonomi terhadap Israel.”

Ramai sudah maklum bahwa politik Amerika sangat dipengaruhi oleh para pelobi Isreal, terutamanya peranan Zionis Rothchild yang berkeliaran dalam pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat. Hampir semua Presiden Amerika yang menang mesti ada peranan Zionis di belakangnya.

Kesan Peperangan Ahzab yang berlaku pada Zaman Rasulullah semakin menjadi-jadi kini kerana negara-negara Islam tidak bersatu melawan Zionis Israel. Sampai bila kes begini akan berlanjutan?

Pada zaman moden ini Perdana Menteri, Winston Churchill mendedahkan teknik orang kafir mengalahkan Umat Islam.

Suatu ketika, Winston Churchill berdiri di hadapan kolam depan Istana, beliau dikelilingi panglima-panglima perangnya yang terbaik. Dia memerintahkan 10 orang tenteranya yg terbaik untuk menangkap ikan didalam kolam. Berkali-kali, mereka cuba menangkap, tetapi mereka tetap gagal. Ikan amat tangkas dalam air dan sentiasa lepas dari tangan.

Setelah tentera tersebut kepenatan dan masih gagal menangkap ikan, maka Winston Churchill berdiri dan mengatakan bahwa "ikan tersebut tidak akan berjaya ditangkap atau dibunuh jika ikan tersebut TETAP berada didalam air."

Kemudian Winston Churchill perintahkan "keringkan kolam dengan gayung". Maka tentera berkenaan segera mengambil gayung dan dengan perlahan-lahan kolam itu kering. Walaupun memakan waktu yang lama, tapi akhirnya ikan tersebut menggelepar, laksana “Fish out of water". Hanya menunggu masa untuk ditangkap dan menunggu saat kematiannya.

Begitulah cara Winston Churchill, seorang lagenda pahlawan perang dunia ke-2, mengajar umat Kristian yang lebih ramai dari umat Islam bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan umat Islam yg mengamalkan keIslamannya.

Mereka yang mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya, yang menjadikan mereka mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap dunia, bahkan melebihi cinta terhadap diri sendiri dengan menjadikan syahid sebagai impian.

Dia melanjutkan, untuk menghancurkan Islam itu amat mudah, "keringkan air nya!". Keringkan "akidahnya". Keringkan "keimanannya". Keringkan "ilmunya". Keringkan "ekonominya,". Keringkan "amalannya". Jauhkan mereka dari al-Quran, jauhkan mereka dari as-Sunnah, jauhkan dari masjid dan jauhkan dari menteladani Rasulullah, jauhkan dari majlis ilmu.

Muslim yang sudah terpesong akidah, jauh dari al-Quran, jauh dari as-Sunnah, jauh dari solat, jauh dari rukun Islam, jauh dari rukun Iman, jauh dari masjid, dan jauh dari majlis ilmu, bagaikan ikan yg sedang menggelepar kekeringan. Umat Islam hanya menunggu saat kematian yang amat HINA.

Dan itulah yang sudah terjadi sekarang ini...!!! Astaghfirullah...

Moga kita semua insaf dan kembali kepada janji-janji kita kepada Allah swt. Ingat semula, kita telah bersumpah dan berjanji setiap hari bahawa : "sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji bahawa aku akan mengikut semua perintah Allah yang tertulis didalam Al-Quran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, susah dan senang, siang dan malam, sehingga mati." itulah makna sumpah dan janji kita ketika mengucapkan dua kalimah syahadat.

DrIsbah, Teras Jernang, 25-09-2021