Sunday 26 September 2021

PERJUANGAN ISLAH MASYARAKAT BUKAN MUDAH

Perjuangan memperbaiki sebuah masyarakat (Islah Masyarakat) yang sudah terbiasa dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan lain-lain sifat bobrok bukanlah suatu perjuangan yang mudah.

Ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)". (Al-Maidah (5) : 21).

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)" (Al-Maaidah (5) : 22).

Diantara mereka ada dua lelaki yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman" (Al-Maaidah (5) : 23).

Dua lelaki tersebut telah memberikan cadangan memasuki Palestin melalui pintu yang lain, namun dalam ayat berikutnya mereka tetap menolak cadangan tersebut.

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu" (Al-Maaidah (5) : 24).

Akhirnya Nabi Musa mengadu kepada Allah mengenai karenah Kaumnya yang tetap degil.

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu" (Al-Maaidah (5) : 25).

Akhirnya Allah memutuskan agar Kaum Bani Israel yang degil itu menerima hukuman akibat kedegilan mereka.

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu" (Al-Maaidah (5) : 26).

Sejak ingkarnya kaum Bani Israel terhadap perintah Allah memasuki Palestin, mereka terumbang ambing selama 40 tahun.

Mereka sepatutnya ingat bahwa Firaun , pemerentah yang sangat berkuasa yang disokong oleh:

(1) menteri dan anggota kerajaannya seperti Haman serta tentera kerajaan.

(2) golongan usahawan dan hartawan seperti Qarun.

(3) golongan ahli agama seperti tukang- tukang sihir.

(4) golongan pengamal penghebahan dan pengiklanan (media massa) seperti mereka yang menghebuhkan masa & tempat pertemuan antara Saiyyidina Musa dan ahli- ahli sihir.

Sementara Saiyyidina Musa dibantu oleh saudaranya, Saiyyidina Harun. Baginda dibebani pula dengan pengikut baginda yang banyak keliru dan tidak tetap pendirian, citarasa yang rosak, serta mudah dipengaruhi oleh dakyah yang bertentangan - umpama dakyah sesatnya Samiri.

Sedangkan Saiyyidina Musa membesar dalam segala kemewahan di istana Firaun. Sekiranya dihitung berdasarkan sifir kebendaan - apalah untung Saiyyidina Musa bangun berdepan dengan Firaun yang punya segala kuasa dan kekuatan. Seakan lebih wajar bagi Saiyyidina Musa menikmati kemewahan di Istana daripada mendedahkan dirinya kepada ancaman akibat perjuangan untuk membebaskan kaumnya daripada terus ditindas oleh Firaun, daripada kaumnya hidup dan kehinaan dan perhambaan.

Tetapi keyakinan, tetapi kepatuhan menjunjung kebenaran, tetapi kesetiaan kepada Agama membawa Saiyyidina Musa keluar dari kemewahan istana untuk mendepani kezaliman Firaun, untuk mengepalai kaumnya yang hanyut tanpa keberanian dan keteguhan tekad.

Kemuncaknya Saiyyidina Musa membawa kaumnya keluar dari Masir sebelum subuh , pemergian mereka disedari oleh Firaun. Mereka dikejar oleh pasukan tentera yang lengkap. Sehingga mereka menghampiri laut, di depan laut, dan cerah sinar pagi menampakkan kepada mereka pasukan Firaun yang semakin dekat mengejar mereka dari belakang.

Ketakutan mereka memuncak, sesungguhnya mereka benar- benar terkepung antara laut dan tentera Firaun.

Ketika itu Pertolongan Allah datang, datangnya sebagai keajaiban yang di luar daya upaya manusia. Laut terbelah untuk memberi laluan kepada Saiyyidina Musa dan pengikut baginda.

Laut itulah juga kemudiannya memerangkap Firaun dan tenteranya. Firaun terperangkap di ketika dia telah berjaya memerangkap dan mengepung Saiyyidina Musa dan pengikut baginda - terperangkap di antara tentera yang lengkap oeralatan dan lautan luas yang terbentang.

Pertolongan Allah serta Kejayaan Saiyyidina Musa ini, perjuangan baginda yang penuh perit jerih semada dari kezaliman Firaun mahupun rendah budi serta hemmah kaum baginda.

Firaun serta pembantu-pembantunya sentiasa ada di sepanjang zaman, hanya size, format dan skripnya sedikit berubah. Ada Firaun di dalam diri kita, yang dinamakan nafsu. Ada Firaun di dalam masyarakat kita. Oleh itu kita perlu mengingati, mempelajari, mengamalkan tauladan yang telah ditunjukki oleh Saiyyidina Musa alaihi as-salam.

Inilah sebahagian peringatan yang kita sambut setiap tahun. Setahun sekali, kita tambatkan kembali kesedaran dan tekad kita kepada perjuangan, pengorbanan, pembersihan jiwa serta munajat Saiyyidina Musa yang hebat itu.

Inilah Asyura yang kita selalu sambut, Ashura yang malam dan siangnya kita penuhi dengan ketaatan dan zikir kepada Allah, berselawat ke atas Rasul kita Sollallahu alaihi wassallam dan para anbiya terdahulu.

#jatidirimelayuislam

DrIsbah, Teras Jernang, 26-09-2021

Saturday 25 September 2021

BAGAIMANA UMAT ISLAM DIKALAHKAN

Allah menyebut dengan jelas bahwa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selama-lamanya terhadap orang-orang Islam sehingga orang-orang Islam mengikut jalan hidup mereka.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-rang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120).

Penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain memberi alasan mencari rempah ratus ketika mereka bergerak menakluki negara-negara di bahagian timur dunia, namun hakikat sebenarnya ialah mereka benci kepada perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan jayanya. Mereka ingin menghapuskan cahaya Islam yang dipegang teguh oleh Nabi Muhammad SAW dan menyekat penyebaran Islam agar tidak meluas.

Gerakan menentang Islam bermula sejak peristiwa perang Ahzab pada zaman Rasulullah SAW kerana kebenciaan dan permusuhan golongan Yahudi dan Nasrani yg tidak berpuashati dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yg berpengkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yg tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yg dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yang terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yg lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Kempen jahat mereka ini telah didedahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah An-Nisa', ayat 51 hingga 55 yg bermaksud:

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada Jibt dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." (An-Nisa':51)

Kini mereka membentuk golongan Ahzab versi baru yang bernama Zionis dengan peralatan teknologi dan kaedah yang lebih canggih dengan menguasai ICT, perniagaan dan politik dunia bersama Amerika Syarikat dan Negara-Negara Arab yang condong kepada pengaruh Zionis dan Barat.

Banyak syarikat besar di dunia seperti KFC, McD, Pizza Hut, dan ribuan yang lain-lain dikuasai oleh Yahudi terutamanya kelompok Zionis. Perniagaan ini sudah pun bertapak di Kota Mekah dan Madinah. Di Jeddah pun sudah diadakan konsert penyanyi Barat yang etika dan cara hidup mereka sangat bertentangan dengan Islam. Inilah serangan-serangan yang paling hebat yang sedang memecahbelahkan masyarakat Islam di dunia. Anak-anak muda Islam sudah banyak yang terpengaruh dengan budaya hidup Barat yang bertentangan dengan Islam.

Marilah kita menjaga setidak-tidaknya keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran kita daripada terjebak dengan jerat-jerat Zionis yang sangat halus melalui pemakanan, gaya hidup, Pendidikan dan lain-lain aspek kehidupan. Mungkin kita terpaksa mengambil pengalaman pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang lari bersembunyi dalam gua agar keimanan mereka terjaga dengan baik. Semoga Allah memberikan kita kekuatan Iman dan Taqwa.

Baru-baru ini terbit berita agar senate Amerika meluluskan rang undang-undang yang melindungi Negara Haram Israel daripada sebarang kecaman dan boikot.

Pada 5 Februari 2019, Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Bagaimanapun, penerimaannya masih belum dapat dipastikan kerana dewan perwakilan dikuasai parti Demokratik, terutama dikalangan ahli parlimen liberal yang cukup sensitif dengan pendekatan yang melanggar hak kebebasan bersuara.

Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi terbabit.

Penaja utama langkah itu, Senator Republikan Marco Rubio, berkata beliau memperjuangkan apa yang disifatkannya sebagai satu “kempen perang diskriminasi ekonomi terhadap Israel.”

Ramai sudah maklum bahwa politik Amerika sangat dipengaruhi oleh para pelobi Isreal, terutamanya peranan Zionis Rothchild yang berkeliaran dalam pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat. Hampir semua Presiden Amerika yang menang mesti ada peranan Zionis di belakangnya.

Kesan Peperangan Ahzab yang berlaku pada Zaman Rasulullah semakin menjadi-jadi kini kerana negara-negara Islam tidak bersatu melawan Zionis Israel. Sampai bila kes begini akan berlanjutan?

Pada zaman moden ini Perdana Menteri, Winston Churchill mendedahkan teknik orang kafir mengalahkan Umat Islam.

Suatu ketika, Winston Churchill berdiri di hadapan kolam depan Istana, beliau dikelilingi panglima-panglima perangnya yang terbaik. Dia memerintahkan 10 orang tenteranya yg terbaik untuk menangkap ikan didalam kolam. Berkali-kali, mereka cuba menangkap, tetapi mereka tetap gagal. Ikan amat tangkas dalam air dan sentiasa lepas dari tangan.

Setelah tentera tersebut kepenatan dan masih gagal menangkap ikan, maka Winston Churchill berdiri dan mengatakan bahwa "ikan tersebut tidak akan berjaya ditangkap atau dibunuh jika ikan tersebut TETAP berada didalam air."

Kemudian Winston Churchill perintahkan "keringkan kolam dengan gayung". Maka tentera berkenaan segera mengambil gayung dan dengan perlahan-lahan kolam itu kering. Walaupun memakan waktu yang lama, tapi akhirnya ikan tersebut menggelepar, laksana “Fish out of water". Hanya menunggu masa untuk ditangkap dan menunggu saat kematiannya.

Begitulah cara Winston Churchill, seorang lagenda pahlawan perang dunia ke-2, mengajar umat Kristian yang lebih ramai dari umat Islam bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan umat Islam yg mengamalkan keIslamannya.

Mereka yang mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya, yang menjadikan mereka mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap dunia, bahkan melebihi cinta terhadap diri sendiri dengan menjadikan syahid sebagai impian.

Dia melanjutkan, untuk menghancurkan Islam itu amat mudah, "keringkan air nya!". Keringkan "akidahnya". Keringkan "keimanannya". Keringkan "ilmunya". Keringkan "ekonominya,". Keringkan "amalannya". Jauhkan mereka dari al-Quran, jauhkan mereka dari as-Sunnah, jauhkan dari masjid dan jauhkan dari menteladani Rasulullah, jauhkan dari majlis ilmu.

Muslim yang sudah terpesong akidah, jauh dari al-Quran, jauh dari as-Sunnah, jauh dari solat, jauh dari rukun Islam, jauh dari rukun Iman, jauh dari masjid, dan jauh dari majlis ilmu, bagaikan ikan yg sedang menggelepar kekeringan. Umat Islam hanya menunggu saat kematian yang amat HINA.

Dan itulah yang sudah terjadi sekarang ini...!!! Astaghfirullah...

Moga kita semua insaf dan kembali kepada janji-janji kita kepada Allah swt. Ingat semula, kita telah bersumpah dan berjanji setiap hari bahawa : "sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji bahawa aku akan mengikut semua perintah Allah yang tertulis didalam Al-Quran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, susah dan senang, siang dan malam, sehingga mati." itulah makna sumpah dan janji kita ketika mengucapkan dua kalimah syahadat.

DrIsbah, Teras Jernang, 25-09-2021

Monday 13 September 2021

PENYELIDIKAN TIDAK KENAL SEMPADAN

Dewasa ini curahan ilmu melalui berbagai media terlalu banyak, ada yang benar dan ada yang palsu. Maka di sinilah kita memerlukan penyelidikan merentas sempadan, malah penyelidikan kini tidak kenal lagi sempadan. Ianya akan Kembali kepada zaman kegemilangan Islam dahulu di mana ilmuan akan belajar semua ilmu termasuk juga ilmu alat yang dapat membantu pencarian ilmu asas.

Contohnya, bidang matematik dan sains computer sangat membantu kita membuat penyelidikan dalam sains tulen dan juga dalam bidang sains social. Malah sekarang dalam bidang apa sahaja pun peranan computer sangat membantu, minimal dalam penulisan tesis.

Sekarang ini penyelidikan dengan dibantu alat-alat seperti computer, sensors, perisian, dan aplikasi-aplikasi tertentu lebih mempercepatkan proses penyelidikan. Cuba bayangkan kalau kita masih menggunakan mesin taip dalam membuat tesis berkajang-kajang kertas kita akan habiskan kerana mungkin setiap baris yang kita tulis ada kesilapan (errors) yang perlu kita lakukan. Melalui computer kita boleh delete, paste, copy, and replace sahaja. Ini sangat menjimatkan kertas dan masa.

Penyelidikan sangat membantu dalam mengembangkan ilmu kerana penyelidikan memerlukan penyelidik membaca, menulis, menganalisa dan menulis semula. Tanpa penyelidikan tiada ilmu atau pengetahuan baru dapat dijanakan.

Suatu Ketika dulu timbul idea seorang pensyarah boleh memilih untuk mengajar sahaja, atau menyelidik sahaja atau mengajar dan menyelidik sekaligus. Saya berpendapat idea itu tidak tepat sebab sebagai seorang pensyarah (ilmuan) proses penyelidikan dan pengajaran tidak dapat dipisahkan.

Malah dalam kehidupan sehari-hari pun kita terpaksa menyelidik terlebih dahulu (tabayyun) apabila menerima sesuatu berita dan memastikan berita yang diterima itu benar atau palsu. Ini melibatkan proses penyelidikan, baru kemudian kita mendapat ilmu tentang sesuatu yang kita tidak tahu atau tidak pasti.

Ketika saya akan ke United Kingdom tahun 1976 untuk membuat master, terjadi sedikit perbincangan dengan dekan ketika itu tentang bidang yang fakulti mahu saya lakukan. Saya memilih untuk membuat master dalam bidang sains computer dan dekan mahu saya lanjutkan bidang matematik seperti yang saya buat ketika mendapatkan Ijazah Sarjana Muda.

Akhirnya kami memutuskan agar saya membuat master dalam bidang sains computer kerana melihat masa depan yang memerlukan pakar dalam bidang itu.

Ternyata ramalan saya tepat bahwa bidang sains computer sangat diperlukan sehingga ketika membuat doctor falsafah, saya kombinasikan bidang matematik dan sains computer untuk mendapatkan teori-teori baru dalam bidang matematik. Usaha saya mempelajari atau setidak-tidaknya berjinak dengan bidang sains computer dan teknologi maklumat sangat membantu.

Semoga kita menjadi sebuah masyarakat yang mengamalkan penyelidikan agar semua berita atau ilmu yang berlegar di sekeliling kita adalah benar semata-mata. Aamiin!!!...

DrIsbah, Teras Jernang, 13-09-2021

Friday 3 September 2021

Memahami makna sabar

Ketika kita menghadapi musibah, ramai yang berkata “bersabarlah…”, tetapi bahu yang memikul lebih berat daripada yang memandang.

Apa itu Kesabaran? Kesabaran adalah kebajikan yang terdiri daripada menentang musibah, pekerjaan, kesalahan, dll, tanpa penyesalan .

Menurut ahli falsafah dan saintis, Aristoteles, kesabaran adalah salah satu yang membolehkan individu mengatasi emosi kuat yang ditimbulkan oleh musibah atau penderitaan.

Dengan ini, dapat dikatakan bahawa kesabaran dikaitkan dengan keperibadian manusia yang matang, berpendidikan dan berperibadi kerana ia memberi kuasa kepada manusia untuk menjadi perhatian, tahu bagaimana mendengar, berbicara dan berhati-hati dalam setiap tindakan dan keputusannya untuk mengambil.

Namun, tidak mudah untuk mengembangkan kesabaran pada setiap kesempatan, dan lebih-lebih lagi sekarang bahawa individu itu diganggu dengan tugas dan tugas, ditambah pula dengan tekanan harian yang disebabkan oleh kekacauan lalu lintas, ekonomi, politik dan sosial, antara sebab-sebab lain.

Atas sebab ini, sangat penting bahawa manusia mengembangkan kesabaran sebagai kemampuan individu untuk menghadapi kesulitan dengan kegigihan dan tanpa penyesalan.

Dengan cara yang sama, kesabaran juga merujuk kepada penyampaian dan ketenangan dalam perkara-perkara yang sangat diinginkan. Ini mewakili kemampuan belajar untuk menunggu seseorang atau sesuatu, misalnya: "Dia sangat sabar dalam pekerjaannya sehingga dia dinaikkan pangkat."

Kesabaran, sebaliknya, menunjukkan kelambatan dan kelewatan dalam melaksanakan sesuatu tujuan. Akibatnya, tindakan bersabar bermaksud bertekun dalam hubungan dengan sesuatu yang tidak mempunyai tarikh untuk terwujud.

Sehubungan dengan situasi ini terdapat banyak contoh, seperti memiliki taman yang indah, anda mesti melakukan setiap langkah dengan sabar.

Kesabaran adalah nilai positif dari manusia yang harus ada dalam semua konteks manusia, agar dapat menghadapi masalah yang mungkin timbul dengan lebih baik untuk merefleksikan dan mengambil kedudukan yang terbaik.

Begitu juga, bersama dengan kesabaran, kebajikan lain dikembangkan seperti toleransi, rasa hormat, ketekunan, ketenangan. Pada ketenangan, antara lain yang memungkinkan individu untuk mengawal dan dapat mengatasi semua rintangan yang timbul dari hari ke hari.

Sebaliknya, kata pesakit adalah kata sifat yang menunjukkan seseorang yang sabar atau, melakukan sesuatu dengan sabar.

Orang yang sabar dikaitkan dengan kedamaian, ketenangan, toleransi dan ketekunan, yang dicirikan dengan mengetahui bagaimana menunggu dan mengambil sesuatu dengan tenang, menghadapi masalah atau hidup dengan cara yang tenang, optimis dan selalu mencari keharmonian dan penyelesaian terbaik.

Walau bagaimanapun, seseorang yang sabar tidak boleh dikelirukan dengan individu yang tidak peduli atau pasif, kerana ciri-ciri terakhir ini mendorong individu untuk menerima sesuatu dan tidak memperjuangkan objektif yang dinyatakan.

Apa sebenarnya makna sabar? Dalam menjalani kehidupan di dunia, seringkali manusia diberikan ujian dari Allah SWT. Berhasil atau tidaknya manusia, tergantung pada pribadinya masing-masing. Akan tetapi, Allah SWT menawarkan cara dalam menghadapi ujian tersebut dengan bersabar. Pertanyaannya kemudian, apa yang dimaksud dengan sabar?

Kata sabar berasal dari bahasa arab iaitu as-Shabru, merupakan masdar dari fi’il madhi yang berarti menahan diri dari keluh kesah. Ada juga yang mengatakan as-Shibru dengan mengkasrahkan shadnya yang berarti obat yang sangat pahit dan tidak enak. Imam Jauhari memahami kata sabar yang bentuk jamaknya berupa lafad صُبُرٌ dengan menahan diri ketika dalam keadaaan sedih atau susah.

Ar-Raghib Al-Asfihani berpandangan bahwa sabar adalah kuat atau tahan ketika dalam keadaan sempit maupun sulit. Menurutnya, sabar juga berarti menahan hawa nafsu dari sesuatu yang dapat merusak akal dan syari’at. Sabar dalam pandangan M. Quraish Shihab adalah menahan diri atau membatasi jiwa dari keinginan demi mencapai sesuatu yang baik atau lebih baik. Adapun dalam pandangan Ibnu Qayyim al-Jauzi sabar adalah menahan diri dari rasa gelisah, cemas dan amarah; menahan lidah dari keluh kesah, menahan tubuh dari kekacauan.

Lebih lanjut, kata sabar sebagaimana dalam Kamus Al-Quran aw Ishlah al-Wujuh wa an-Nadlair fi Al-Quran Al-Karim mempunyai lima makna.

Pertama, sabar bermakna menahan, sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al-Baqarah : 153)

Kedua, sabar bermakna berani, sebagaimana firman-Nya :

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ ۚ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

“Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka.” (QS. Al-Baqarah : 175)

Ketiga, sabar bermakna ketabahan, sebagaimana firman-Nya:

إِنْ كَادَ لَيُضِلُّنَا عَنْ آلِهَتِنَا لَوْلَا أَنْ صَبَرْنَا عَلَيْهَا ۚ وَسَوْفَ يَعْلَمُونَ حِينَ يَرَوْنَ الْعَذَابَ مَنْ أَضَلُّ سَبِيلًا

“Sesungguhnya hampirlah ia menyesatkan kita dari sembahan-sembahan kita, seandainya kita tidak sabar(menyembah)nya” dan mereka kelak akan mengetahui di saat mereka melihat azab, siapa yang paling sesat jalannya.”(QS. Al-Furqan : 42)

Keempat, sabar bermakna ridha, sebagaimana firman-Nya :

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ

“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri” (QS. At-Thur : 48)

Kelima, sabar bermakna sabar itu sendiri, sebagaimana firman-Nya :

وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلَا تَحْنَثْ ۗ إِنَّا وَجَدْنَاهُ صَابِرًا ۚ نِعْمَ الْعَبْدُ ۖ إِنَّهُ أَوَّابٌ

“Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya).” (Q.S Shad: 44)

Semoga Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang sabar menghadapi segala cabaran, ujian dan menjalankan segala perintah Allah SWT. Aamiin!!!...

DrIsbah, Teras Jernang, 03-09-2021 Rujukan {1] https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-paciencia [2] https://www.madaninews.id/8452/makna-sabar-menurut-al-quran.html