Saturday 25 September 2021

BAGAIMANA UMAT ISLAM DIKALAHKAN

Allah menyebut dengan jelas bahwa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selama-lamanya terhadap orang-orang Islam sehingga orang-orang Islam mengikut jalan hidup mereka.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-rang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120).

Penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain memberi alasan mencari rempah ratus ketika mereka bergerak menakluki negara-negara di bahagian timur dunia, namun hakikat sebenarnya ialah mereka benci kepada perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan jayanya. Mereka ingin menghapuskan cahaya Islam yang dipegang teguh oleh Nabi Muhammad SAW dan menyekat penyebaran Islam agar tidak meluas.

Gerakan menentang Islam bermula sejak peristiwa perang Ahzab pada zaman Rasulullah SAW kerana kebenciaan dan permusuhan golongan Yahudi dan Nasrani yg tidak berpuashati dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yg berpengkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yg tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yg dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yang terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yg lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Kempen jahat mereka ini telah didedahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah An-Nisa', ayat 51 hingga 55 yg bermaksud:

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada Jibt dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." (An-Nisa':51)

Kini mereka membentuk golongan Ahzab versi baru yang bernama Zionis dengan peralatan teknologi dan kaedah yang lebih canggih dengan menguasai ICT, perniagaan dan politik dunia bersama Amerika Syarikat dan Negara-Negara Arab yang condong kepada pengaruh Zionis dan Barat.

Banyak syarikat besar di dunia seperti KFC, McD, Pizza Hut, dan ribuan yang lain-lain dikuasai oleh Yahudi terutamanya kelompok Zionis. Perniagaan ini sudah pun bertapak di Kota Mekah dan Madinah. Di Jeddah pun sudah diadakan konsert penyanyi Barat yang etika dan cara hidup mereka sangat bertentangan dengan Islam. Inilah serangan-serangan yang paling hebat yang sedang memecahbelahkan masyarakat Islam di dunia. Anak-anak muda Islam sudah banyak yang terpengaruh dengan budaya hidup Barat yang bertentangan dengan Islam.

Marilah kita menjaga setidak-tidaknya keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran kita daripada terjebak dengan jerat-jerat Zionis yang sangat halus melalui pemakanan, gaya hidup, Pendidikan dan lain-lain aspek kehidupan. Mungkin kita terpaksa mengambil pengalaman pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang lari bersembunyi dalam gua agar keimanan mereka terjaga dengan baik. Semoga Allah memberikan kita kekuatan Iman dan Taqwa.

Baru-baru ini terbit berita agar senate Amerika meluluskan rang undang-undang yang melindungi Negara Haram Israel daripada sebarang kecaman dan boikot.

Pada 5 Februari 2019, Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Bagaimanapun, penerimaannya masih belum dapat dipastikan kerana dewan perwakilan dikuasai parti Demokratik, terutama dikalangan ahli parlimen liberal yang cukup sensitif dengan pendekatan yang melanggar hak kebebasan bersuara.

Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi terbabit.

Penaja utama langkah itu, Senator Republikan Marco Rubio, berkata beliau memperjuangkan apa yang disifatkannya sebagai satu “kempen perang diskriminasi ekonomi terhadap Israel.”

Ramai sudah maklum bahwa politik Amerika sangat dipengaruhi oleh para pelobi Isreal, terutamanya peranan Zionis Rothchild yang berkeliaran dalam pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat. Hampir semua Presiden Amerika yang menang mesti ada peranan Zionis di belakangnya.

Kesan Peperangan Ahzab yang berlaku pada Zaman Rasulullah semakin menjadi-jadi kini kerana negara-negara Islam tidak bersatu melawan Zionis Israel. Sampai bila kes begini akan berlanjutan?

Pada zaman moden ini Perdana Menteri, Winston Churchill mendedahkan teknik orang kafir mengalahkan Umat Islam.

Suatu ketika, Winston Churchill berdiri di hadapan kolam depan Istana, beliau dikelilingi panglima-panglima perangnya yang terbaik. Dia memerintahkan 10 orang tenteranya yg terbaik untuk menangkap ikan didalam kolam. Berkali-kali, mereka cuba menangkap, tetapi mereka tetap gagal. Ikan amat tangkas dalam air dan sentiasa lepas dari tangan.

Setelah tentera tersebut kepenatan dan masih gagal menangkap ikan, maka Winston Churchill berdiri dan mengatakan bahwa "ikan tersebut tidak akan berjaya ditangkap atau dibunuh jika ikan tersebut TETAP berada didalam air."

Kemudian Winston Churchill perintahkan "keringkan kolam dengan gayung". Maka tentera berkenaan segera mengambil gayung dan dengan perlahan-lahan kolam itu kering. Walaupun memakan waktu yang lama, tapi akhirnya ikan tersebut menggelepar, laksana “Fish out of water". Hanya menunggu masa untuk ditangkap dan menunggu saat kematiannya.

Begitulah cara Winston Churchill, seorang lagenda pahlawan perang dunia ke-2, mengajar umat Kristian yang lebih ramai dari umat Islam bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan umat Islam yg mengamalkan keIslamannya.

Mereka yang mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya, yang menjadikan mereka mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap dunia, bahkan melebihi cinta terhadap diri sendiri dengan menjadikan syahid sebagai impian.

Dia melanjutkan, untuk menghancurkan Islam itu amat mudah, "keringkan air nya!". Keringkan "akidahnya". Keringkan "keimanannya". Keringkan "ilmunya". Keringkan "ekonominya,". Keringkan "amalannya". Jauhkan mereka dari al-Quran, jauhkan mereka dari as-Sunnah, jauhkan dari masjid dan jauhkan dari menteladani Rasulullah, jauhkan dari majlis ilmu.

Muslim yang sudah terpesong akidah, jauh dari al-Quran, jauh dari as-Sunnah, jauh dari solat, jauh dari rukun Islam, jauh dari rukun Iman, jauh dari masjid, dan jauh dari majlis ilmu, bagaikan ikan yg sedang menggelepar kekeringan. Umat Islam hanya menunggu saat kematian yang amat HINA.

Dan itulah yang sudah terjadi sekarang ini...!!! Astaghfirullah...

Moga kita semua insaf dan kembali kepada janji-janji kita kepada Allah swt. Ingat semula, kita telah bersumpah dan berjanji setiap hari bahawa : "sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji bahawa aku akan mengikut semua perintah Allah yang tertulis didalam Al-Quran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, susah dan senang, siang dan malam, sehingga mati." itulah makna sumpah dan janji kita ketika mengucapkan dua kalimah syahadat.

DrIsbah, Teras Jernang, 25-09-2021

No comments:

Post a Comment