Wednesday 21 February 2024

Memahami Enam Tonggak Model Malaysia Madani

*Abstrak:* Sejak dilantik sebagai PMX pada 24 Nov 2023, DSAI mengemukakan Model Malaysia Madani yang turut memuat enam (6) tonggak model Malaysia Madani dan kita sangat berharap agar Masyarakat memahami maksud dari enam tonggak dalam konsep Malaysia Madani.

Sebuah kebangkitan yang segera diperlukan bagi Malaysia dan dalam [1], digariskan istilah kebangkitan (nahdah), ini bermakna Malaysia mesti segera bangkit daripada kejatuhan nilai Masyarakat yang diselaputi dengan rasuah, salahguna kuasa, lemah tata kelola, kronimsa dan berbagai nilai-nilai hidup yang rendah dan bangkit merangkul nilai-nilai mulia dalam Masyarakat.

Apakah Model Malaysia Madani?

Cara-cara lama dalam membuat perubahan tidak lagi dapat digunakan dalam zaman pascanormal yang bercirikan kerumitan (complexity), huru-hara (chaos) dan percanggahan (contradictions), juga terdapat bersamanya 4S iaitu Speed (kelajuan), Simultaneous (Serentak), Scope (Skop), dan Scale (Big Scale). Contoh terbaik ialah COVID-19 yang terjadi dengan cepat (speed), berlaku serentak di seluruh dunia (Simultaneous), skopnya luas (Scope) dan skala besar (Scale).

Jadi, Masyarakat kita perlu kreatif dalam membuat perubahan (change) terhadap cara lama dan diganti dengan cara baru (mungkin belum ada sebelum ini).

Malaysia Madani adalah sebuah konsep terangkuman (inclusive), bukan sahaja aspek fizikal tetapi juga membina modal insan yang berlandaskan *Enam Tonggak*. Enam tonggak itu disingkatkan menjadi SCRIPT (Sustainability, Care & Compassion, Respect, Innovation, Prosperity, and Trust).

Memandangkan kepelbagaian bangsa, kebudayaan, dan agama rakyat Malaysia, maka konsep Malaysia Madani perlu mengambilkira aspek ini agar pembinaan negara bangsa dapat dilakukan dengan teratur dan licin. Tidak berlaku pengabaian terhadap sesuatu bangsa, budaya dan agama.

Kita huraikan apakah SCRIPT? (Rujukan [7]). Secara ringkas SCRIPT ialah visi menyeluruh dan kerangka polisi bagi masa depan Malaysia yang berdaya maju, dinamik dan keterangkuman (a wholistic vision and policy framework for a viable, dynamic and inclusive Malaysia future).

1. *Sustainabilty (Kemampanan):* membangun polisi dan model bagi membangun kelangsungan hidup kemanusiaan; apa keperluan Masyarakat kini dan masa depan, membina persekitaran yang kondusif, berkongsi kemudahan, termasuk fauna dan flora alam dan berinteraksi secara berterusan (langeng).

2. *Care and Compassion (Ihsan):* membangun kemudahan Kesihatan dan Kebajikan untuk rakyat; merasakan penderitaan orang lain di sekitar kita, membantu mereka yang memerlukan, dan membina emosi yang stabil.

3. *Respect (Hormat):* menghormati pendapat, kehendak, dan hak orang lain; mengakui kekuatan individu, kesetiaan, kebolehpercayaan, dan etika (adab).

4. *Innovation (Daya Cipta):* menerima idea, produk, dan proses baru melalui proses daya cipta; cara berkesan perlu difikirkan, berkesan dari segi kos dan sasaran, menggalakkan inovasi, dan menghargai inovasi.

5. *Prosperity (Kesejahteraan):* keadaan hidup yang baik dan selesa; kejayaan dan cukup kewangan, selesa dan selamat, kejayaan melalui kerja keras, tidak perlu lagi memikirkan tentang keperluan kebendaan dan kewangan (mencukupi), dan kekayaan negara dikongsi Bersama Masyarakat.

6. *Trust (Keyakinan):* mempunyai keyakinan diri yang tinggi; menghargai kebenaran, meyakini Keputusan yang bijak dalam urusan harian, mempunyai Semak dan imbang (check and balance) yang mantap, keadilan dilaksanakan, kebenaran disanjung dan fitnah dimusnahkan.

*SCRIPT* ini hanyalah permulaan kepada Model Masyarakat Madani, kita percaya apabila rakyat semakin faham dengan konsep madani, hal-hal yang lebih baik mungkin dapat dijanakan kemudian. Semua aspek SCRIPT dilihat bersama dengan konsep 3C dan 4S seperti yang disebut dalam zaman pasca-norma (Post-Normal Time).

*Bagaimana Jepun Bangun Selepas Pengeboman Nagasaki dan Hiroshima?*

Meiji Restoration: menurut [5], sebuah reformasi politik sejak 1868 hingga 1889, dinamakan sebagai Restorasi Meiji dalam politik, ekonomi, dan perubahan social.

Menurut [3], dua kota besar Jepun dibom pada 6 (Hiroshima) dan 9 (Nagasaki) Ogos 1945, Ketika Perang Dunia kedua. Menurut [4], anggaran kematian, 237,000 di Hiroshima, dan 135,000 di Nagasaki.

Sejak tahun 1958, Pembangunan Kembali rancak dengan penduduk mencecah 410,000 orang (sama dengan keadaan pra-perang dunia kedua).

Selepas itu, Jepun memulakan pemodenan (modernization) dan pembaratan (Westernization).

Menurut [5], bagaimana Jepun boleh membangun semula (reconstruction), dan mencapai kesetabilan (stability)?: (1) membangun ekonomi mampan (economic sustainability) dengan memperbanyakkan barangan ekspot, mereka diberi nasihat oleh Joseph Dodge (American Banker), (2) Peranan Kerajaan dan Swasta dipergiatkan dalam semua bidang perniagaan dipergiat, lama-lama peranan Kerajaan beralih kepada swasta, (3) mempergiatkan bidang pertanian dan peternakan sehingga pengeluaran mencukupi untuk rakyat dan boleh juga diekspot, (4) membangun hydoelectrical power untuk industri dan keperluan rakyat, (5) menghasilkan produk (kereta, alat perkilangan, alat-alat keperluan rumah dan lain-lain) untuk ekspot, (6) Finance dan Banking diperkemas dan dimajukan, (7) membangun infrastruktur pengangkutan (jalanraya, keretapi, dan lapangan terbang) yang terhubung, orang Jepun suka jalan kaki, (8) membangun kemudahan Pelabuhan bagi tujuan impot dan ekspot, (9) membina jaringan telekomunikasi yang mantap (telefon, dan internet), (10) mengamalkan budaya kesopanan dan beragama (Shinto, Buddha, Christianity dan Islam).

Bagi mencapai matlamat Konsep Malaysia Madani, Kerajaan Madani atau Kerajaan Perpaduan melaksanakan hal berikut:

1. PMX menetapkan tata kelola dan pentadbiran secara berkesan yang menekan kepada pemerkasaan ekonomi, dan budaya yang berteraskan kepada nilai, etika atau akhlak.

2. Negara Malaysia dicemarkan dengan pemimpin yang berakhlak rendah dengan amalan rasuah, nepotisma, dan tata kelola kewangan yang lemah.

3. Malaysia Madani akan mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan yang akan menjadi asas penting dalam Falsafah Negara Madani.

4. Konsep Madani meletakkan agama Islam pada kedudukan tertinggi buat umat manusia.

5. Dalam konsep madani berlakunya Keseimbangan dan Kemampanan. Keseimbangan ini memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

6. Malaysia Madani menggunakan konsep keterangkuman yang bermakna bukan Sahaja Pembangunan fizikal ditekankan, malah Pembangunan modal insan diutamakan.

7. Malaysia Madani menumpukan kepada Pembangunan Masyarakat (rakyat marhaen) menuju kepada peradaban manusia (civilized society).

8. Dalam [6], juga disebut enam (6) tonggak utama dalam Model Malaysia Madani yang dapat diringkaskan menjadai *MADANI* iaitu M (KeMampanan), A (KesejahterAan), D (Daya cipta), A (hormAt), N (keyakinaN), dan I (Ihsan).

9. Banyak masalah perlu ditangani iaitu Rasuah, Gejala Sosial, Kemiskinan, dan Kemusnahan Alam Sekitar. Maka, kita perlu menjalankan tata Kelola pelaksanaan yang baik dan berintegriti.

10. Melalui konsep madani juga, kita ingin melihat kematangan politik ahli-ahli politik. Jangan ashik ingin menjatuhkan kepimpinan negara walaupun dengan cara yang tidak beretika.

11. Alhamdulillah, pemukiman (tarbiyah) para Menteri sudah diadakan bagi menyelaraskan vision, dan tindakan agar sesuai dengan konsep Malaysia Madani.

12. Semua konsep madani perlu diperturunkan kepada Masyarakat agar semua dapat seiring dalam menjayakan model Masyarakat madani yang sungguh indah ini.

13. Jentera sokongan pada setiap peringkat perlu diadakan (diwujudkan) agar kita bersama-sama dapat menjayakan idea murni Masyarakat Madani Malaysia. Ini akan menonjolkan keunggulan Malaysia di peringkat dunia.

*Kesimpulan*

1. *Perubahan Minda:* Bagi menjayakan model Masyarakat madani, seluruh rakyat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama perlu merubah minda (mindset) kepada kemajuan, bukan sahaja dalam hal kebendaan, juga mestilah merubah sikap kepada kebaikan (islah).

2. *Ubah cara interaksi sesama:* perubahan juga perlu dilakukan dalam pergaulan (interaksi) harian, jauhi sikap mementingkan bangsa sendiri dan ditukar kepada meletakkan idealisma negara pada tempat yang paling atas.

3. *Pemimpin dan rakyat* perlu didedahkan segera dengan konsep Masyarakat madani supaya kefahamannya merata.

Semoga rakyat Malaysia cuba bersabar dengan konsep Malaysia Madani yang nampaknya kompleks tetapi menjangkau jangka Panjang demi kemajuan Malaysia mengikut acuannya sendiri. Aamin…

DrIsbah, Teras Jernang, 21-02-2024 / 11-SYB-1445H.

Rujukan:

[1] https://politisimuslim.wordpress.com/2007/04/18/an-nahdhah-kebangkitan/

[2] https://www.utusan.com.my/rencana/2023/01/memahami-konsep-malaysia-madani/

[3] https://thepatriots.asia/semangat-gila-jepun-yang-berjaya-membina-hiroshima-dan-nagasaki-semula/

[4] https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengeboman_atom_Hiroshima_dan_Nagasaki

[5] https://www.britannica.com/money/topic/economy-of-Japan

[6] Anwar Ibrahim (2022), “Membangun Negara Madani – Visi dan Kerangka Dasar Reformasi”, Shah Alam: IDE.

[7] Anwar Ibrahim (2022), “SCRIPT For a Better Malaysia – An Empowering Vision and Policy Framework for Action”, Shah Alam: IDE.

[8] Mark Trowell (2023), “Anwar Triumphs”, Marshall Cavendish Int. Pte. Ltd.

[9] Ronifira Rejab (2023),”PMX Memimpin Negara Di Zaman Pascanormal”, Shah Alam: Jagat Media.

[10] Ziauddin Sardar (2018), “The Postnormal Times Reader”, UK: IIIT.

[11] Mustaffa Kamil Ayob (2023), “Malaysia Madani Langkah Pemantapan Kehadapan”, kertaskerja RAPAT (Persatuan Rapat Rakyat).

Thursday 19 October 2023

SEMBILAN FATWA MENGENAI ISU PALESTIN

Berikut diturunkan Sembilan fatwa para ulama semasa tentang Palestin khususnya pada zaman-zaman sekarang ini, yang umat sangat memerlukan bashirah atau penjelasan dan hikmah. Diantara kumpulan fatwa-fatwa tersebut adalah:

Pertama, fatwa para ulama Al-Azhar, Kairo, Mesir pada tahun 1947 tentang wajibnya berjihad membebaskan Palestin dan melindungi Masjid Al-Aqsa. Para Ulama tersebut telah mengarahkan seruan mereka kepada putra-putri Islam akan wajibnya jihad membebaskan Palestin dari tangan-tangan Yahudi dan menjaga Masjid Al-Aqsa. Ini terjadi setelah keluarnya resolusi PBB tentang pembagian Palestin yang disetujui oleh Majelis umum PBB pada 29 November 1947 yang isinya ialah memutuskan berdirinya dua negara di bumi Palestin iaitu Negara Yahudi (Israel) dan negara Palestin. Resolusi tersebut kini menjadi dasar bagi legalitas Internasional atas berdirinya negara Yahudi di Palestin. Fatwa tersebut ditandatangani oleh 26 ulama Al-Azhar, Mesir yang diantara mereka adalah Syaikh Muhammad Hasanein Makluuf رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Abdul Majid Salim رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Mahmut Syalthut رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Muhammad Darras رَحِمَهُ اللهُ dan selain mereka dari orang-orang yang memiliki ilmu, keutamaan dan agama.

Didalam fatwa tersebut perkataan para ulama, sesungguhnya keputusan PBB adalah suatu keputusan dari suatu lembaga yang tidak ikut memiliki Palestin sedikitpun. Oleh kerana itu ia adalah suatu keputusan yang batil dan zalim serta tidak sedikitpun mengandung kebenaran dan keadilan. Palestin adalah milik bangsa Arab dan Kaum Muslimin, mereka telah mengorbankan jiwa mereka yang mahal dan darah mereka yang suci untuk membebaskan Palestin. Maka Insya Allah Palestin akan tetap menjadi milik bangsa Arab dan kaum Muslimin meskipun para penjahat telah berkolaborasi. Tidak ada seorangpun, siapapun dia, yang boleh menggeser kaum Muslimin di Palestin atau membagi Palestin.

Kedua, pada tanggal 20 Syawwal 1353H telah terlaksana pertemuan besar para ulama, da’i dan mufti/penasehat agama di Palestin, mereka secara sepakat mengeluarkan fatwa terkait dengan menjual tanah di Palestin kepada Yahudi. Ditegaskan bahwa menjual tanah kepada Yahudi secara langsung ikut mewujudkan tujuan-tujuan kaum Zionis dalam meYahudikan negeri Islam yang suci ini serta mengusir penduduknya dan menghapus jejak-jejak Islam di bumi Palestin. Perbuatan itu sama dengan menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat suci Islam lainnya sebagaimana hal itu telah terjadi di desa-desa yang telah dijual kepada kaum Yahudi sehingga penduduk-penduduknya diusir dari wilayahnya. Para Ulama dan Mufti tersebut bersepakat bahwa orang yang menjual dan perantara dalam jual beli tanah di Palestin kepada Yahudi telah berkerja dan membantu musuh-musuh Allah untuk mengeluarkan kaum muslimin dari kampung halaman mereka dan telah menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebut didalamnya nama Allah serta berusaha menghancurkannya. Juga ia telah mengangkat kaum Yahudi sebagai kawan dekat kerana membantu mereka menghadapi kaum muslimin dan berarti telah menyakiti Allah dan RasulNya serta kaum muslimin, ia termasuk berkhianat kepada Allah, RasulNya, dan amanah.

Ketiga, Penjelasan yang dikeluarkan oleh Majelis fatwa di Amman, Jordan. Penjelasan tersebut keluar ketika muncul keputusan dari Dewan Kongres Amerika yang memutuskan Al-Quds sebagai ibukota bagi Yahudi. Fatwa tersebut telah ditandatangani oleh sebelas ulama Jordan. Mereka menolak keras dan mengingkari keputusan kongres yang sangat bertentangan hak-hak manusia tersebut. Disebuntukan didalamnya bahwa keputusan kongres amerika yang memutuskan Al-Quds sebagai bagian dari wilayah Yahudi merupakan suatu bentuk permusuhan yang jelas terhadap aqidah setiap Muslim di muka bumi. Dalam hal ini amerika serikat dianggap ikut serta dalam tindak kezaliman dan permusuhan yang dipraktekan oleh Israel. Tersebut pula dalam penjelasan itu Al-Quds yang mulia adalah bagian dari aqidah setiap Muslim yang akan senantiasa dijaga sebagaimana ia menjaga agamanya. Kemudian disebutkan pula sebab-sebab kenapa Al-Quds merupakan bagian dari aqidah kaum Muslimin, fatwa tersebut juga memuat keharusan berjihad melawan Yahudi dan memboikot mereka dalam perdagangan dan muamalat.

Keempat, fatwa yang dikeluarkan dalam rentang waktu dari Jumadil Awwal 1409H hingga Rabiul Akhir 1410H. fatwa ini ditandatangani oleh 63 Ulama, da’i dan pemikir Islam diantara mereka adalah Syaikh Muhammad Al-Ghazali رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Dr. Yusuf Qardhawi Yahfadzhuhullah, Syaikh Dr. Hammam Sa’id رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Al-Mujahid Dr. Abdullah Azzam رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Prof. Dr. Wahbah Azzuhaili حفظه الله, Syaikh Dr. Abdurrahman Abdul Khaliq حفظه الله, Syaikh Shadiq Abdul Majid حفظه الله, Syaikh Hafidz Salamah رَحِمَهُ اللهُ, Syaikh Dr. Isham Bashir حفظه الله, Syaikh Musthafa Masyur رَحِمَهُ اللهُ, dan sekelompok dari tokoh-tokoh Islam. Risalah tersebut berjudul ‘Fatwa Ulama Islam tentang haramnya merelakan sebagian dari wilayah Palestin untuk Musuh’. Dipermulaan fatwa tersebut mereka jelaskan bahwa kaum Yahudi adalah musuh paling keras bagi kaum mukminin, mereka juga berkata jihad adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestin. Bagaimanapun juga tidak boleh ada pengakuan terhadap Negara Yahudi meskipun dengan sejengkal dari bumi Palestin. Tidak ada seorangpun mengizinkan kaum Yahudi bermukim dibumi Palestin. Sesungguhnya pengakuan semacam ini adalah penghianatan terhadap Allah dan RasulNya serta amanah yang diembankan kepada kaum Muslimin untuk menjaganya.

Kelima, fatwa Samahatush Syaikhuna Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz رَحِمَهُ اللهُ, dimana beliau berfatwa tentang wajibnya jihad melawan kaum Yahudi yang merampas bumi Palestin. Beliau berkata, ”Yang wajib atas kaum muslimin adalah mempertahankan agama, jiwa, keluarga, dan anak-anak mereka serta mengusir musuh mereka iaitu kaum Yahudi maupun sekutunya dari bumi mereka dengan segenap kekuatan mereka yang mereka miliki, ”Beliau juga berkata, ” Yang juga wajib atas Negara-negara Islam dan kaum Muslimin lainnya adalah mendukung mereka berjihad dan membela mereka untuk dapat membebaskan diri dari musuh-musuh mereka serta agar mereka mampu kembali ketanah air mereka”. Kemudian juga dijelaskan tentang orang-orang yang menjual atau yang menjadi perantara dalam penjualan tanah-tanah Palestin kepada kaum Yahudi. Beliau berkata, ” Mereka itu tidak layak disholati apabila meninggal, tidak juga dikuburkan dipemakaman kaum muslimin. Wajib dikucilkan dan diboikot serta direndahkan urusan mereka, tidak boleh berkasih sayang atau menjalin kedekatan dengan mereka meskipun mereka itu adalah orang tua atau anak atau saudara atau isteri. Dan sesungguhnya berdiam diri atas perbuatan-perbuatan mereka dan ridho terhadap perbuatan mereka tersebut adalah sesuatu yang sangat jelas disayangkan.

Keenam, Sekumpulan ulama Islam telah mengingatkan akan bahaya kerjasama dengan kaum zionis dan menjadi mata-mata untuk mereka dalam menghadapi kaum muslimin. Para ulama tersebut menjelaskan bahwa intel yang memberikan petunjuk kepada musuh dalam menghadapi kaum mujahidin sehingga membuat kerusakan di muka bumi jika orang tersebut telah diketahui dan pekerjaannya dapat dipastikan yakni tidak diragukan lagi maka ia harus dibunuh. Orang yang membunuhnya mendapatkan pahala. Adapun jika perbuatan orang itu belum boleh dipastikan maka urusannya diserahkan kepada penguasa kaum Muslimin dan Ahlul halli wal Aqdi. Jika mereka berpendapat orang itu harus dijatuhkan sangsi maka boleh dihukum, yang jelas penguasa kaum Muslimin memilih apa yang paling mashlahat bagi kaum muslimin dalam hal ini. Ini semua terkait dengan musuh-musuh umat seperti kaum Yahudi dalam menghadapi kaum Muslimin yang berjihad, lalu bagaimana halnya dengan mereka yang bekerja sama dengan kaum Yahudi lewat jalur diplomasi sehingga mengorbankan prinsip-prinsip umat yang tetap dan bumi mereka yang disucikan serta hak-hak umat yang sah di Palestin?

Ketujuh, Penjelasan dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Fadhilatush Syaikh Dr. Abdul Rahman Abdul Khaliq حفظه الله (Ulama Madinah, Penulis Kitab Ibnu Taimiyah wa ‘amalul jama’i) tentang perjanjian damai dengan kaum Yahudi dan bagaimana sikap muslim terhadapnya. Beliau berbicara dalam fatwanya itu tentang permusuhan kaum Yahudi terhadap umat Islamdan tipu daya serta maker mereka. Beliau juga menyebuntukan tentang bahaya perjanjian damai tersebut yang mana telah disepakati oleh sebagian penguasa negeri-negeri Islam dengan kaum Yahudi pada masa yang silam. Ringkasan Fatwa tersebut adalah bahwa perjanjian damai yang langgeng dengan kaum Yahudi berjalan diatas syarat-syarat yang batil diantaranya adalah:

• Perjanjian itu akan menghentikan perang selama-lamanya antara umat Islam dan Yahudi dan ini merupakan syarat yang batil.

• Menghilangkan sebab-sebab permusuhan dan kebencian antara kaum muslimin dan Yahudi serta menghapuskan nash-nash syariat yang mengharuskan adanya permusuhan tersebut. Dan ini juga syarat yang batil kerana menyelisihi pokok-pokok iman.

• Perjanjian tersebut membiarkan kaum Yahudi yang telah merampas wilayah Islam secara zalim dan ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh.

• Perjanjian itu ditetapkan tanpa musyawarah umat Islam. Setiap perjanjian yang menyangkut nasib umat Islam jika ditetapkan tanpa kerelaan mereka maka itu adalah perjanjian yang batil. Syaikh juga menegaskan tentang bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh perjanjian tersebut yang tidak hanya merusak agama kaum muslimin tetapi juga merusak dunia mereka. Syaikh Abdulrahman Abdul Khaliq Hafidzhahullah juga menyebutkan tentang kerugian-kerugian yang menimpa kaum muslimin akibat adanya perjanjian tersebut. Pada akhir fatwa tersebut beliau menyebutkan tentang kewajiban kaum muslimin terhadap perjanjian damai tersebut, iaitu meyakini ketidak absahannya dan bahwa perjanjian itu tidak mengikat mereka, bahkan harus diambil langkah-langkah untuk membatalkannya. Umat Islam juga wajib bersatu untuk menumpas kesombongan Yahudi di muka bumi.

Kedelapan, Darul Ifta al-Mishriyah atau lembaga komisi fatwa Mesir telah pula mengeluarkan fatwa sejak waktu yang lama tentang bolehnya mengeluarkan zakat untuk rakyat Palestin yang berjihad, kerana mereka termasuk golongan fi sabilillah (dijalan Allah). Teks Fatwa tersebut berbunyi: ” Saudara-saudara kita di Palestin ialah golongan yang paling memperlukan semacam bantuan ini untuk menguatkan mereka dalam bertahan menghadapi sang agressor yang kejam dan zalim yang dilengkapi dengan persenjataan dan perbekalan serta alat-alat perang modern. Maka tidak lagi diragukan bahwa saudara-saudara kita di Palestin termasuk dalam maksud firman Allah Tabarokta wa Ta’ala wa fi sabilillah dan untuk mereka yang sering di ungkapkan dengan para pasukan perang “.

Kesembilan, telah keluar penjelasan dari Rabithah ulama Palestin tentang masalah para pengungsi Palestin. Mereka menjelaskan didalamnya bahwa kembalinya para pengungsi dan orang-orang yang diusir dari Palestin adalah hak yang ditetapkan oleh syariat dan sejarah. Tidak boleh ada sikap mundur atau melepaskan hak tersebut dalam konteks kesepakatan atau perjanjian apapun. Rabithah ulama tersebut menutup penjelasannya dengan menegaskan bahwa pembebasan Palestin dan Al-Quds serta mengembalikan jutaan pengungsi yang telah diusir darinya tidak mungkin akan terwujud dengan jalan perundingan-perundingan damai yang hina, akan tetapi harus lewat jalan jihad dan perlawanan. Jihad akan terus berjalan sampai hari kiamat, tidak akan digugurkan oleh kezaliman orang yang zalim.

Demikianlah beberapa fatwa-fatwa penting tentang masalah Palestin. Di samping itu masih ada ratusan lagi bahkan lebih fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama Rabbani yang memiliki keutamaan dan kedudukan yang tinggi. Kerana tulisan risalah ini hanya bersifat liputan maka tidak mungkin untuk menampung atau memuat lebih dari ini. Yang jelas telah disebuntukan sebagian fatwa yang itu cukup mengisyaratkan tentang pentingnya masalah ini. WAllahu Waliyyut-Tauhid, BarakAllahu’ fiikum.

Rujukan: Dr. Abu Fayadh Muhammad Faisal Al-Jawy al-Bantani melalui tulisan beliau dalam “Bantahan Terhadap Riyadh Bajrey pendukung Fatwa Al Albani Rahimahulloh Yang Menyuruh Hijrah dari Palestin.”

DrIsbah, Teras Jernang, 20-10-2023.

Friday 29 September 2023

PENGAJARAN DARI KISAH PEMBINAAN MASJID DHIRAAR

Masjid Dhiraar ialah sebuah masjid orang munafik yang sengaja dibangun oleh orang munafik bagi menentang Islam pada zaman awal Rasulullah saw., ketika baginda berhijrah ke Madinah, padahal pada ketika itu sudah berdirinya Masjid Quba yang dibangun oleh Rasulullah saw..

Pembinaan Masjid Dhiraar membawa empat (4) tujuan iaitu (1) menimbulkan kemudharatan, (2) kufur kepada ajaran Nabi, (3) memecahbelah kaum muslimin, dan (4) menjadikan masjid itu sebagai benteng menentang Islam (Allah dan Nabi).

Ketika Nabi saw. hijrah ke Madinah, tempat pertama yang beliau singgah ialah Quba dan mendatangi Kultsum bin al-Hadm pemimpin Bani Amru bin Auf yang menjadi suku majoriti dari golongan Anshar. Quba adalah sebuah desa yang berjarak sekitar dua batu (sekitar 3 kilometer) dari arah selatan Madinah, dan Rasulullah saw. tinggal di sini dari hari Isnin sampai Jum'aat dan beliau mendirikan Masjid Quba.

Maksud firman Allah SWT melalui ayat 107 hingga 110 dapat diperturunkan sebagai berikut:

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (at-Taubah (9) : 107).

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (at-Taubah (9) : 108).

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (at-Taubah (9) : 109).

(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah (9) : 110).

Setelah Allah SWT menyebutkan sifat-sifat orang munafik dan jalan mereka yang berbeda-beda dalam kemunafikan itu, Allah SWT berfiman (وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مَسۡجِدٗا ضِرَارٗا) (Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang Mukmin)).

Adapun sebab turunnya ayat-ayat ini, ulama tafsir berpendapat bahwa sesungguhnya Bani Amru bin Auf mereka adalah dari golongan Aus telah mendirikan Masjid Quba. Mereka pun mendatangi Rasulullah saw. dan meminta kepada beliau untuk mendatangi mereka, dan beliau mendatangi mereka serta shalat di masjid itu. Saudara-saudara mereka dari Bani Ghunmun bin Auf dari golongan Khazraj iri hati kepada mereka dan berkata, "Kita akan mendirikan sebuah masjid dan kita utus kepada Nabi saw. dan membawanya ke sini mendatangi kita dan dia shalat bersama kita di dalamnya seperti dia shalat di masjid saudara-saudara kita, dan Abu Amir ar-Raahib akan shalat di dalamnya sekembalinya dia dari Syam." Mereka pun mendatangi Nabi saw yang sedang menyiapkan perjalanan beliau ke Tabuk dan berkata, "Wahai Rasulullah, kami membangun sebuah masjid untuk orang-orang yang punya hajat dan keperluan serta malam-malam yang banyak hujan. Kami ingin engkau shalat bersama kami di masjid itu dan mendoakan keberkatan untuk kami."

Nabi saw menjawab, “Aku akan melakukan perjalanan perang dan sedang sibuk, jika kami telah kembali nanti kami akan mendatangi kalian dan kami shalat bersama kalian di sana."

Ketika Nabi saw. pulang dari Perang Tabuh mereka mendatangi beliau dan mereka telah selesai membangun masjid tersebut, dan mereka telah melaksanakan shalat di masjid tersebut pada hari fum'at Sabtu, dan Ahad, beliau pun meminta baju untuk dipakai dan segera mendatangi mereka, lantas turunlah ayat Al-Qur'an kepada beliau memberitakan perihal Masjid Dhiraar.

Nabi saw. memanggil Malik bin Dukhsyum, Ma'nun bin'Uday, Amir bin Sakan dan Wahsyi, pembunuh Hamzah, beliau berkata kepada mereka, "Pergilah kalian ke masjid yang warganya zalim ini. Hancurkan dan bakar masjid itu."

Mereka segera dan cepat pergi, Malik bin Dukhsyum keluar dari rumahnya dengan membawa obor api. Mereka bergegas dan membakar masjid itu serta menghancurkannya. Orang yang membangun masjid itu berjumlah dua belas orang.

Adapun Abu Amir ar-Raahib, dia adalah seorang dari golongan Khazraj yang awalnya beragama Nasrani dan mempunyai kedudukan tinggi di tengah ahlul kitab. Ketika Nabi saw datang hijrah ke Madinah, orang-orang Islam bersatu bersama beliau dan kalimat Islam semakin meninggi, Abu Amir lari dan pergi ke Mekah. Dia memprovokasi kaum musyrikin Mekah untuk memerangi kaum Muslimin dalam Perang Uhud. Setelah orang-orang selesai dari Perang Uhud, dia lari dan pergi ke Heraclius raja Romawi meminta bantuannya. Raja itu menjanjikan dan memberinya bantuan.

Abu Amir menulis kepada orang-orang dari golongannya ahli nifaq bahwa dia akan membawa pasukan yang akan memerangi Muhammad dan mengalahkannya, dia pun memerintahkan mereka untuk mendirikan sebuah benteng yang dapat menjadi tempat berlindung bagi orang-orang yang menyampaikan surat-suratnya dan boleh juga menjadi tempat mengintai baginya jika dia datang kepada mereka setelah itu.

Kesimpulannya, masjid ini dibangun oleh dua belas orang dari golongan orang-orang munafik atas usulan dan saran Abu Amir ar-Raahib, kemudian timbul di dalam diri saudara-saudara Bani Amru bin Auf untuk menandingi mereka dalam pembangunan Masjid Quba dan menyamainya, dan boleh sebagai tempat tinggal bagi Abu Amir jika dia datang untuk menjadi pemimpin mereka.

Sebab turunnya ayat (فِيهِ رِجَالٞ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ) Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah berkata, “Ayat ini diturunkan berkenaan dengan warga Quba (فِيهِ رِجَالٞ) dia berkata, "Mereka sedang beristinja dengan air; jadi ayat ini diturunkan berkenaan dengan mereka."

Ibnu Jarir meriwayatkan dari ‘Atha' mengatakan bahwa satu kaum dari warga Quba berhadats, kemudian berwudhu dengan air; jadi ayat ini diturunkan berkenaan dengan mereka (فِيهِ رِجَالٞ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِينَ).

Ibnu Abbas berkata, "Ketika ayat ini diturunkan (فِيهِ رِجَالٞ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ) Rasulullah saw. mendatangi Awim bin Sa'idah dan bertanya, "Kesucian apa yang telah Allah puji atas kalian ini? Dia menjawab, "Wahai Rasulullah, tidak ada di antara kita baik laki-laki atau perempuan yang keluar dari tandas (toilet) kecuali dia mencuci farajnya atau dia berkata "kemaluannya." maka Nabi saw berkata, "Begitulah memang."

Ada yang mengatakan bahwa ketika ayat ini diturunkan, Rasulullah saw berjalan bersama dengan orang-orang Muhajirin sampai beliau berdiri di depan Masjid Quba. Saat itu orang-orang Anshar sedang duduk-duduk, beliau pun bertanya, “Apakah kalian orang Mukmin?" Mereka diam, dan beliau mengulang pertanyaannya, dan Umar berkata, "Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Mukmin dan aku bersama mereka, Rasulullah saw. bertanya, “Apakah kalian ridha dengan qadha dan qadar?" Mereka menjawab, "Ya." Beliau berkata, “Apakah kalian sabar atas segala musibah?" Mereka menjawab, "Ya." Beliau bertanya lagi, “Apakah kalian bersyukur dalam kebahagiaan?" Mereka menjawab, "Ya." Lalu Rasulullah berkata, "Bererti kalian adalah orang-orang beriman dan demi Tuhan Pemilik Ka'bah." Lantas beliau duduk kemudian berkata, "Wahai kaum Anshar, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah memuji kalian, maka apa sajakah yang kalian lakukan pada saat berwudhu dan ketika buang air besar?" Mereka menjawab, "Wahai Rasulullah, kami setelah buang air besar membersihkannya dengan tiga batu kemudian setelah membersihkan dengan batu kami menggunakan aiq, maka beliau membaca ayat (فِيهِ رِجَالٞ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ).

Tafsir dan Penjelasan.

Dari orang-orang munafik yang telah kita sebutkan, mereka adalah kelompok yang telah mendirikan Masjid Dhiraar di samping Masjid Quba. Jumlah mereka seramai dua belas orang dari kaum munafik Aus dan Khazraj, pendirian masjid tersebut memiliki empat alasan sebagai berikut. 1. Membuat kemudharatan bagi warga Masjid Quba yang telah didirikan oleh Nabi saw pada saat awal kedatangan beliau ke Madinah.

2. Sebagai sikap kekafiran kepada Nabi saw. dan kepada apa yang beliau bawa, membuat fitnah terhadap beliau dan Islam, dan menjadikan masjid yang mereka bangun itu sebagai tempat untuk melakukan tipu daya dan konspirasi busuk terhadap kaum Muslimin sehingga masiid itu menjadi pusat fitnah dan kemunafikan serta tempat pelarian orang-orang munafik untuk lari dari kewajiban melaksanakan shalat. Hal itu adalah kekafiran karena kafir boleh terjadi pada keyakinan dan perbuatan yang keduanya boleh menghapus keimanan.

3. Memecah-belah antara orang-orang Mukmin yang selalu shalat di belakang Rasulullah saw. di satu masiid. Apabila sebagian mereka ada yang shalat di Masjid Dhiraar; akan teriadi perpecahan dan hilang kasih sayang serta kesatuan umat. Untuk itu pada dasarnya umat Islam hendaknya shalat dalam satu masiid dan memperbanyak masjid tanpa keperluan boleh menghilangkan tujuan utama agama.

4. Sebagai tempat untuk memantau atau menunggu kedatangan orang yang sedang dimusuhiAllah dan Rasul-Nya juga sebagai kantor serta tempat bagi kelompok orangorang siap perang bersamanya, mereka adalah orang-orang munafik yang mendirikan Masjid Dhiraar.

Maksud orang yang sedang dimusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti yang disebutkan dalam sebab turunnya ayat adalah Abu Amir ar-Raahib dari golongan Khazraj, ayah dari Hanzhalah yang telah dimandikan oleh malaikat. Rasulullah saw. telah menamakan Abu Amir sebagai orang fasiq, pada zaman jahiliyah dia beragama Nasrani dan pernah belajar tentang kepasturan untuk menjadi seorang pastur. Ketika Rasulullah saw. keluar untuk hijrah, dia pun tetap memusuhi beliau karena dia telah kehilangan kepemimpinannya, dia pernah berkata kepada Rasulullah saw. pada peristiwa Perang Uhud, "Tidak ada satu kaum yang akan memerangi kamu kecuali aku akan memerangi kamu bersama mereka." dan dia tetap memerangi beliau sampai peristiwa Perang Hunain, ketika dia kalah bersama kaum Hawazin, dia lari ke Syam agar boleh membawa pasukan kaisar Romawi untuk memerangi Rasulullah saw. dia mati seorang diri di Qinnasrin (sebuah negeri di utara Syria). Ada yang mengatakan bahwa dia pernah mengumpulkan tentara perang pada peristiwa Perang Ahzab. Ketika mereka kalah, dia pergi ke Syam.

Kepergian Abu Amir ke Heraclius, kemungkinan terjadi setelah peristiwa Perang Uhud atau setelah Perang Hunain atau setelah Perang Ahzab (Khandaq) sesuai dengan apa yang diisyaratkan dalam beberapa riwayat.

Orang-orang munafik bersumpah, "Kami tidak menghendaki dari pendirian masjid ini selain kebaikan, iaitu dengan berbelas kasihan kepada kaum Muslimin, untuk mempermudah shalat berjamaah bagi warga yang lemah dan yang tidak mampu dan dapat digunakan pada saat-saat turun hujan." Sumpah itu dilontarkan agar Rasulullah saw memercayai mereka dan agar beliau mau shalat bersama mereka di dalamnya, sebagai dukungan bagi kaum Muslimin lainnya. Allah SWT Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya mereka adalah pembohong dan pendusta dalam keimanan dan pengakuan mereka. Mereka adalah orang-orang munafik dalam perbuatan mereka dan hal itu telah diberitahukan kepada, Rasulullah saw.. Erti dari firman Allah (وَٱللَّهُ يَشۡهَدُ) bahwa sesungguhnya Dia Maha Mengetahui kebusukan jiwa dan hati mereka serta kedustaan sumpah mereka.

Sebagaimana mereka membangun masjid itu untuk tujuan kemudharatan dan keburukan, Allah SWT melarang dengan wahyu-Nya melalui Jibril untuk shalat di dalamnya, kemudian umat Islam mengikuti larangan itu, Allah SWT berfirman (لَا تَقُمۡ فِيهِ أَبَدٗاۚ) Allah mengungkapkan shalat dengan ungkapan a1-qiyaam mendirikan seperti dikatakan, "fulaan yaquumul laila" (Fulan mendirikan shalat malam), dari sini ada hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari,

"Barangsiapa yang mendirikan shalat malam di bulan Ramadhan oleh dasar keimanan dan mengharapkan pahala, dia akan diampuni segala dosa yang terdahulunya." (HR Bukhari).

Dapat diperhatikan penggunaan keterangan waktu (أَبَدٗاۚ) yang mencakup semua waktu yang akan datang karena kata ini dihubungkan dengan laa naafiyah yangbererti umum.

Kemudian, Allah memerintahkan beliau untuk shalat di Masjid Quba karena dua perkara. Pertama, karena masjid itu didirikan atas dasar takwa dengan ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul-Nya sejak hari pertama didirikan untuk menyatukan kesatuan orang-orang Mukmin dan tempat berlindung bagi Islam dan pemeluknya, Allah berfirman (َّمَسۡجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقۡوَىٰ) maksudnya adalah takwa kepada Allah, dengan ikhlas beribadah kepada-Nya, dapat menyatukan orang-orang Mukmin dalam cinta kepada Rasulullah saw dan menyatukan persatuan umat Islam, lebih layak dan lebih utama bagimu wahai rasul untuk shalat di dalamnya.

Maksudnya adalah seperti yang disebutkan dalam Shahih Bukhari dan seperti makna yang terkandung dalam konteks dan kisah ini iaitu Masjid Quba, untuk disebutkan dalam hadits shahih bahwa Rasulullah saw. bersabda,

"Shalat di Masjid Quba seperti umrah." (HR Bukhari).

Akan tetapi Imam Ahmad, Muslim, dan Nasa'i meriwayatkan bahwa Nabi saw. pernah ditanya tentang hal ini, beliau menjawab bahwa yang dimaksud adalah masjid beliau yang di Madinah. Tentunya tak ada masalah jika yang dimaksudkan dua masjid itu karena keduanya sama-sama dibangun atas dasar takwa sejak awal dimulai pendiriannya.

Kedua, sesungguhnya di dalam masjid ini terdapat orang-orang yang cinta membersihkan diri, baik kebersihan maknawi berupa bersih dari dosa dan kesalahan juga kebersihan nyata berupa kebersihan baju dan tubuh dengan berwudhu dan mandi dan dengan menggunakan air dalam beristinja setelah menggunakan batu. Contoh akhir dari pembicaraan ini adalah pendapat mayoritas ulama tafsir; namun yang lebih utama adalah keduaduanya, dari kebersihan tersebut.

Allah mencintai orang-orang yang bersih iaitu mereka yang benar-benar bersih baik jiwa maupun raga mereka, dan mereka adalah orang yang sempurna di antara manusia. Al-Baidhawi berkata, "Di dalamnya ada orang-orang yang cinta membersihkan diri mereka dari segala kesalahan dan perbuatan yang tercela demi mencari keridhaan Allah SWT" dan ada yang mengatakan, "Bersih dari hadats besar dan mereka tidak tidur dalam keadaan junub.” Allah mencintai dan ridha kepada orang-orang yang bersih. Mereka akan didekatkan di sisi Allah SWT seperti dekatnya seorang kekasih kepada orang yang dicintainya.

Al-Kasysyaf berkata bahwa kecintaan mereka kepada kebersihan iaitu bahwa mereka lebih mengutamakannya dan selalu menjaganya sebagaimana seorang yang cinta, akan menjaga sesuatu yang diidam-idamkannya dengan mengutamakan dan memprioritaskannya. Kecintaan Allah SWT kepada mereka adalah Allah ridha kepada mereka dan akan berlaku baik kepada mereka, layaknya seorang kekasih bersikap kepada orang yang dicintainya (Tafsir al-Kasysyaf (2 /58)).

Kecintaan Allah kepada para hamba-Nya ertinya keridhaan, qabul, dan kedekatan karena Allah SWT Mahasuci dari penyerupaan sifat-sifat-Nya. Kecintaan-Nya pun tidak seperti kecintaan kita, namun merupakan sesuatu yang layak dengan Maha Kesempurnaan-Nya, seperti yang disebutkan dalam hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari,

“Apabila seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah, aku pun akan mencintainya, dan jika aku telah mencintainya. Aku menjadi pendengarannya dimana dia mendengar, dan menjadi penglihatannya di mana dia melihat." (HR Bukhari).

Kecintaan Allah SWT dalam ayat ini sama seperti kecintaan-Nya dalam kesucian keluarga Nabi saw iaitu firman Allah SWT,

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (al-Ahzaab: 33).

Kemudian Allah SWT membedakan antara maksud dan tujuan pendirian kedua masjid itu, Allah berfirman (أَفَمَنۡ أَسَّسَ بُنۡيَٰنَهُ) tidak sama orang yang mendirikan bangunannya atas dasar takwa keridhaan Allah iaitu atas dasar yang kukuh dan penuh manfaat di dunia dan akhirat dengan orang yang mendirikan masjid bertujuan untuk kemudharatan dan kekafiran, dan untuk memecah-belah orang-orang Mukmin serta sebagai tempat menanti orang yang sebelumnya telah dimusuhi Allah dan Rasul-Nya, melainkan mereka mendirikan bangunan mereka di tepi jurang yang runtuh. Kalimatiurufun ertinya jurang yang terlubangi dengan air; maksudnya di tepi lubang dengan dasar pondasi yang lemah dan hancur serta akan segera runtuh. Apabila runtuh, runtuhnya ke dasar neraka Jahannam. Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim iaitu tidak memperbaiki perbuatan orang-orang yang melakukan kerusakan dan tidak menunjukkan mereka ke jalan kebenaran, jalan keadilan yang benar yang di dalamnya ada kemaslahatan dan keselamatan mereka.

Ar-Razi (Tafsir ar-Razi (16/197)) berkata, "Kita tidak melihat di dunia ini sebuah contoh yang lebih padan dan tepat tentang perkara orang-orang munafik dari contoh ini." Inti pembicaraan ini adalah salah satu dari dua bangunan itu, yang satu tujuan pendirian dan pembangunannya adalah takwa kepada Allah dan mencari ridha-Nya, sementara yang satunya lagi, tujuan dari pembangunannya itu adalah maksiat dan kekafiran, untuk itu bangunan pertama adalah mulia dan wajib untuk dipertahankan, sementara yang kedua adalah hina dan wajib dihancurkan.

Firman Allah (فَٱنۡهَارَ بِهِۦ فِي نَارِ جَهَنَّمَۗ) lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengannya ke dalam neraka Jahannam. Ada yang mengatakan bahwa itu memang yang sebenarnya, iaitu tempat tersebut menjadi salah satu tempat neraka, dan ada yang mengatakan bahwa itu adalah kiasan yang maknanya adalah bangunan itu masuk ke neraka, jadi seakan-akan bangunan itu runtuh dan masuk ke dalam neraka.

Kemudian Allah SWT menjelaskan maksud yang terselubung dari pembangunan Masjid Dhiraar yang dilakukan oleh orang-orang munafik dan mempunyai makna yang buruk yang terus tertanam sepanjang sejarah, dan Allah SWT berfirman (لَا يَزَالُ بُنۡيَٰنُهُمُ) maksudnya bangunan mereka dan penghancurannya senantiasa menjadi pangkal keraguan mereka terhadap agama Islam dan terus menambah kemunafikan mereka; hal itu karena memang pembangunannya justu mengukuhkan kemunafikan dan kekafiran mereka serta mewariskan kepada mereka kemunafikan di dalam hati, sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kecintaan para penyembah ‘ijl (patung anak sapi) mendarah daging dalam diri mereka, menjadi karakteristik mereka yang tidak hilang dari hati mereka. Hal seperti ini terus menjadi sikap mereka dalam segala hal kecuali jika hati mereka hancur dicincang menjadi bagian-bagian kecil, dimana mereka sudah tidak boleh lagi menerima pengetahuan atau dengan jalan kematian mereka, Ini merupakan puncak mubalaghah (hal yang sangat berlebihan) tentang kekafiran dan kemunafikan mereka, sementara ada istitsnaa' (pengecualian) dari zaman yang lebih umum.

Yang dimaksud adalah bangunan ini menjadi kegembiraan mereka dan sumber ilham keraguan mereka terhadap agama Islam, serta menjadi penampakkan akan mendarah dagingnya kekafiran dan kemunafikan dalam diri mereka. Ketika Rasulullah saw. memerintahkan untuk menghancurkannya, mereka merasa berat hati dan menambah kedengkian dan kemarahan mereka kepada beliau, juga menambah keraguan mereka atas kenabian beliau. Semakin besarnya rasa takut mereka, mereka meragukan perkara mereka, apakah mereka akan dibiarkan atau mereka akan dibunuh? Pada hakikatnya bangunan-bangunan itu sendiri memang sebuah keraguan karena menjadi sebab dan sumber keraguan, sebab dan sumber keraguannya telihat jelas dengan dihancurkan dan dibinasakannya.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui amal perbuatan makhluk ciptaan-Nya, Mahaadil dan Bijaksana dalam memberikan balasannya baik berupa kebaikan atau kejahatan, dan dari hikmah Allah SWT adalah menjelaskan keadaan orang-orang munafik serta memperlihatkan apa yang terselubung dari perkara mereka untuk mengetahui hakikat kebenarannya.

Fiqih Kehidupan atau Hukum-Hukum.

Ayat-ayat ini menunjukkan pada hal berikut ini:

1. Di antara orang-orang munafik ada satu golongan yang membangun Masjid Dhiraar di sebelah Masjid Quba dengan empat tujuan, iaitu upaya untuk menimbulkan kemudharatan, kafir kepada Nabi saw dan kepada apa yang diturunkan kepada beliau, memecah belah kaum Mukminin, menjadikan masjid itu sebagai benteng bagi orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya.

Maksud dari adh-dhiraar (kemudharatan) masjid itu adalah orang yang membangunnya dan bukan bangunan masjidnya.

2. Keimanan mereka untuk berniat baik dan tujuan yang benar adalah bohong belaka. Ulama mazhab Maliki berpendapat bahwa setiap masjid yang dibangun dengan tujuan kemudharaan atau riya atau mencari populeritas, hukumnya sama dengan Masjid Dhiraar dan tidak boleh shalat di dalamnya. Tidak dibolehkan membangun sebuah masjid di sebelah masjid yang lain dan wajib dihancurkan dan dilarang pembangunannya agar tidak mengalihkan perhatian warga masjid yang pertama. Dengan demikian masjid itu menjadi kosong. Terkecuali jika kampung itu besar dan penduduknya banyak, sementara dengan satu masjid tidak boleh menampung mereka semua, diperbolehkan membangunnya. Tidak harus dalam satu kampung membangun dua atau tiga masjid jami', dan wajib hukumnya melarang pembangunan masjid yang kedua, dan siapa yang shalat Jum'aat di masjid itu hukumnya tidak boleh (Tafsir al-Qurthubi (8/254)).

3. Para ulama berpendapat bahwa jika ada yang pernah mengimami orang zalim tidak boleh shalat bermakmum di belakangnya, kecuali jika orang itu telah memperlihatkan permintaan maafnya atau bertaubat. Sesungguhnya Umar bin Khaththab pada masa kekhalifahannya tidak mengizinkan Mujammi' bin Jariyah menjadi imam shalat di Masjid Quba karena dia pernah menjadi imam di Masjid Dhiraar. Kemudian Umar mengizinkannya setelah terlihat bahwa pada saat itu dia memang tidak tahu apa yang dirahasiakan orang-orang munafik.

4. Sebuah masjid yang digunakan untuk shalat dan ibadah dihancurkan jika memang hal tersebut mengandung kemudharatan bagi orang lain. Setiap apa saja mengandung kemudharatan harus dibinasakan dan dihancurkan, seperti orang yang membangun oven pembakaran atau penggilingan atau lubang sumur atau lainnya yang boleh menimbulkan kemudharatan bagi orang lain. Yang menjadi patokan adalah barangsiapa yang mendatangkan kemudharatan kepada saudaranya atau tetangganya harus dicegah. Hal ini yang dinamakan dalam istilah modern oleh para praktisi hukum sebagai teoridispotic dalam penggunaan hak. Ternyata para ulama mazhab Malikiyah dan lainnya telah lebih dahulu menentukan teori ini.

5. Kufur 'amali; Ibnu Arabi berkata, "Ketika keyakinan mereka menyatakan tidak ada kesucian pada Masjid Quba dan juga pada Masjid Nabi saw mereka telah kafir dengan keyakinan seperti ini."

6. Firman Allah SWT (وَتَفۡرِيقَۢا بَيۡنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ) menunjukkan bahwa tujuan utama dari adanya jamaah adalah menyatukan hati dan persatuan mereka untuk taat kepada Allah SWT sehingga mereka saling mengasihi dan menyayangi dengan berbaur dan membersihkan hati dari kedengkian.

Imam Malik mengambil hukum dari ayat ini bahwa tidak boleh dua jamaah dengan dua imam shalat bersamaan (berbarengan) dalam satu masjid, berbeda dengan pendapat para ulama lainnya.

7. Firman Allah (وَلَيَحۡلِفُنَّ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّا ٱلۡحُسۡنَىٰۖ) maksudnya iaitu apa yang kami inginkan dari pembangunannya tak lain hanyalah demi kebaikan, namun pekerjaan itu berbeda dengan maksud dan tujuan hakikinya.

8. Diharamkan untuk shalat di Masjid Dhiraar dengan firman Allah SWT (لَا تَقُمۡ فِيهِ أَبَدٗاۚ) Janganlah kamu shalat dalam masjid itu selama-lamanya maksudnya iaitu Masjid Dhiraar.

9. Masjid yang didirikan atas takwa lebih utama untuk shalat di dalamnya dan takwa adalah perbuatan yang boleh menyelamatkan dari siksa Allah SWT.

10. Anjuran Islam dalam hal kebersihan ruhani (bersih dari perasaan dengki, bersih jiwa dan keimanan yang benar) dan kebersihan jasmani (dengan berwudhu dan mandi serta membersihkan najis dari pakaian, badan dan tempat) karena sesungguhnya Allah SWT dalam ayat ini memuji orang yang cinta pada kesucian dan selalu mengutamakan kebersihan.

Dalam hal membersihkan najis, para ulama mempunyai tiga pendapat. Pertama, hal itu merupakan wajib dan fardhu. Sesungguhnya shalat tidak sah bagi orang yang melaksanakannya dengan memakai pakaian yang bernajis, baik dia sadari atau lupa. Hal itu adalah pendapat Imam Syafii dan Ahmad dan diriwayatkan juga dari Imam Malik. Kedua, jika najis itu sebesar uang koin dirham, shalatnya harus diulang. Ukuran uang koin dirham adalah kiasan dari besarnya dubur manusia. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf. Ketiga, menghilangkan najis dari pakaian dan badan hukumnya sunnah dan bukan fardhu. Ini adalah pendapat lain bagi Imam Malik dan para sahabatnya.

Al-Qurthubi berkata bahwa pendapat pertama adalah yang paling benar in syaa Allah kerana sesungguhnya Nabi saw. seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim – pernah melintasi dua kuburan seraya beliau bersabda,

"Sesungguhnya keduanya pasti sedang diazab, dan keduanya bukan diazab karena perbuatan dosa besar, adapun yang satu orangnya sering mengumpat-umpat dan yang lainnya tidak membersihkan kencingnya." (HR Bukhari dan Muslim).

Tentunya seseorang tidak diazab jika bukan karena meninggalkan yang wajib. Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah, Imam Ahmad, Ibnu Majah, dan Hakim dari Abu Hurairah dari Nabi saw. bersabda,

"Kebanyakan azab kubur itu disebabkan oleh kencing." (HR Abu Syaibah, Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Ulama yang lain berdalil bahwa Nabi saw melepas sandal beliau di waktu shalat setelah Jibril a.s. memberitahukan bahwa pada sepasang sandal beliau ada najis dan kotoran. Hadits diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya dari Abu Sa'id al-Khudri. Dan ternyata beliau meneruskan shalatnya hal itu menunjukkan bahwa menghilangkan najis adalah sunnah dan shalat beliau sah, dan akan mengulanginya selama masih dalam waktunya untuk mencari kesempurnaan.

11. Ayat (أَفَمَنۡ أَسَّسَ) menunjukkan bahwa setiap sesuatu itu dimulai dengan niat takwa kepada Allah SWT dan tujuan Ii wajhillaahil kariim (untuk Allah Yang Maha Pemurah) itulah yang akan kekal dan membuat pelakunya bahagia, perbuatan itu akan sampai kepada Allah dan akan diterima oleh-Nya,

"tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (al-Kahf: 46).

12. Masjid Dhiraar menjadi sebab dan bukti bagi keraguan orang-orang munafik. Ketika mereka membangunnya, kegembiraan mereka semakin besar dan ketika Rasulullah saw. memerintahkan untuk menghancurkannya, hati mereka semakin berat. Kemarahan mereka kepada beliau dan keraguan mereka kepada kenabian beliau semakin bertambah. Keraguan itu terus melekat dalam hati mereka sampai meninggal.

Kesimpulan: beberapa kesimpulan yang dapat kita ambil daripada tajuk ini ialah:

1. Sekelompok orang-orang munafik yang telah disebutkan sebelum ini, telah mendirikan Masjid Dhiraar di samping Masjid Quba. Jumlah mereka seramai dua belas orang dari kaum munafik Aus dan Khazraj, pendirian masjid tersebut memiliki empat alasan.

2. Alasan pertama, membuat kemudharatan bagi warga Masjid Quba yang telah didirikan oleh Nabi saw Ketika kedatangan baginda ke Madinah.

3. Kedua, sengaja memperlihatkan sikap kekafiran kepada Nabi saw. dan kepada apa yang beliau bawa, membuat fitnah terhadap beliau dan Islam, dan menjadikan masjid yang mereka bangun itu sebagai markaz untuk melakukan tipu daya dan konspirasi busuk terhadap kaum Muslimin, sehingga masjid itu menjadi kilang fitnah mereka.

4. Ketiga, memecah-belah antara orang-orang Mukmin yang selalu shalat di belakang Rasulullah saw. di satu masjid, dan sebagian yang lain shalat di Masjid Dhiraar.

5. Keempat, sebagai tempat untuk memantau atau menunggu kedatangan orang yang sedang dimusuhi Allah dan Rasul-Nya juga sebagai pejabat (kantor) serta tempat bagi kelompok orang-orang siap perang bersamanya, mereka adalah orang-orang munafik yang mendirikan Masjid Dhiraar.

6. Kaum munafik memperdaya orang-orang yang beriman dengan mengatakan bahwa mereka mendirikan masjid Dhiraar hanya untuk kebaikan, dan memohon belas kasihan umat Islam dan mereka-reka alasan palsu bagi melindungi niat sebenar mereka.

7. Allah mewahyukan kepada Nabi saw. melarang umat Islam bersolat di dalam Masjid Dhiraar, dan Rasulullah saw. mengarahkan untuk menghancurkan masjid Dhiraar.

8. Dilarang solat di dalam masjid Dhiraar atau masjid yang seumpama dengannya buat selama-lamanya.

9. Tidak dibolehkan membangun sebuah masjid di sebelah masjid yang lain dan wajib dihancurkan dan dilarang pembangunannya agar tidak mengalihkan perhatian warga masjid yang pertama. 10. Para ulama berpendapat bahwa jika ada yang pernah mengimami orang zalim tidak boleh shalat bermakmum di belakangnya (penzalim), kecuali jika orang itu telah memperlihatkan permintaan maafnya atau bertaubat.

11. Tujuan utama dari adanya jamaah adalah menyatukan hati dan persatuan mereka untuk taat kepada Allah SWT sehingga mereka saling mengasihi dan menyayangi dengan bergaul (berbaur) dan membersihkan hati dari kedengkian.

12. Imam Malik mengambil hukum dari ayat ini bahwa tidak boleh dua jamaah dengan dua imam shalat pada masa yang sama dalam satu masjid.

13. Masjid yang didirikan atas takwa lebih utama untuk shalat di dalamnya dan takwa adalah perbuatan yang boleh menyelamatkan dari siksa Allah SWT.

14. Dengan hancurnya Masjid Dhiraar, orang-orang munafik semakin marah dan menolak dakwah Nabi Muhammad saw. dan sifat kemunafikan mereka makin menebal sehinggalah mereka meninggal dunia.

Dr. Ismail Abdullah, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, 29-09-2023.

Rujukan:

[1] Tafsir Al-Munir Jilid 6 - Juzuk 11 & 12 (Bahasa Indonesia), dari mukasurat 60 hingga 70.

Tuesday 19 September 2023

TIGA SIKAP ORANG BERIMAN TERHADAP ORANG MUNAFIK

Orang munafik adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang berpura-pura menjadi baik, jujur, atau salih, tetapi sebenarnya mereka memiliki niat atau perilaku yang bertentangan dengan tindakan mereka tersebut. Dalam konteks agama Islam, istilah ini sering digunakan untuk merujuk pada seseorang yang berpura-pura beriman tetapi sebenarnya tidak beriman. Istilah ini juga dapat digunakan dalam konteks umum untuk menggambarkan seseorang yang tidak konsisten dalam kata dan tindakan mereka, atau seseorang yang berpura-pura menjadi sesuatu yang sebenarnya tidak mereka yakini atau dukung.

Orang yang bersifat munafik ini berada di mana-mana dalam Masyarakat. Pada bila-bila masa mereka boleh menjadi musuh dalam selimut, pepat di luar rencong di dalam dan cakap tidak serupa bikin dalam Bahasa biasa.

Dalam ayat 83 hingga 85 (at-Taubah), Allah SWT menyatakan sikap-sikap tegas yang diambil terhadap orang-orang munafik setelah selang waktu yang cukup lama yang diberikan kepada mereka dan setelah mereka disikapi secara zhahir sebagai orang-orang Muslim. Sikap-sikap tegas orang-orang beriman dan para pejuang kebenaran ada tiga.

Pertama, mereka dilarang pergi berjihad bersama orang-orang Muslim. Kedua, mayat mereka tidak dishalatkan dan tidak boleh tertipu oleh harta dan anak-anak yang mereka banggakan. Ketiga sikap tersebut menunjukkan bahwa mereka adalah sekelompok orang kafir yang mengingkari Allah dan Rasul-Nya.

Adapun sikap pertama, maka ia hanya dilakukan terhadap orang-orang munafik, karena, orang-orang yang tidak ikut berperang dan menetap di Madinah ketika itu tidak semuanya munafik, akan tetapi diantara mereka ada orang-orang yang mempunyai uzur dan orang-orang yang tidak punya uzur. Kemudian, Allah mengampuni dan menerima taubat mereka, seperti tiga sahabat yang tertinggal dari peperangan.

Sikap yang kedua, adalah tidak menganggap mereka sama sekali. Karena, menshalatkan mayat dan berdiri di sisi kubur untuk mendoakannya adalah penghormatan dan pemuliaan terhadap mereka, sedangkan orang kafir tidak layak mendapatkan penghormatan tersebut, Sikap ini jauh sekali dengan sikap yang dilakukan terhadap orang-orang yang beriman. Terhadap mayat orang-orang Mukmin, Nabi saw segera menshalatkannya, karena shalat beliau adalah syafaat dan ketenangan. Beliau juga memerintahkan orang-orang Mukmin untuk mendoakan dan memintakan ampun untuk mayat orang-orang Mukmin sebagai pemuliaan dan penghormatan.

Abu Dawud, al-Hakim dan al-Bazzar meriwayatkan dari Utsman r.a., dia mengatakan bahwa, "Rasulullah saw. setelah selesai mengubur mayat, beliau berdiri di sisi kubur lalu bersabda,

"Mohonlah ampun untuk saudara kalian dan mohonkanlah keteguhan untuknya, karena sesungguhnya saat ini dia sedang ditanya." (HR Abu Dawud, al-Hakim, dan al-Bazzar).

Ayat di atas merupakan nash tentang larangan untuk menshalatkan orang-orang kafir dan larangan berdiri di sisi kubur mereka, ketika proses penguburan juga larangan untuk ikut menguburkannya. Di dalamnya tidak ada dalil tentang perintah untuk menshalatkan orang-orang Mukmin. Akan tetapi, kewajiban menshalatkan mayat seorang Mukmin diambil dari hadits-hadits shahih, seperti hadits yang diriwayatkan Muslim dari Jabir bin Abdullah, dia mengatakan bahwa, "Rasulullah saw. bersabda,

"Sesungguhnya seorang saudara kalian telah meninggal dunia, maka shalatilah dia." Jabir bin Abdullah mengatakan bahwa, "Lalu kami bangkit kemudian kami membuat dua shaf' yang dimaksud beliau adalah raja Najasyi.” (HR Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. menyampaikan berita duka kepada orang-orang ketika Najasyi meninggal dunia. Lalu beliau pergi ke tempat shalat dan melakukan shalat ghaib dengan empat kali takbir.

Kaum Muslimin sepakat (berijma') bahwasanya mayat orang-orang Muslim tidak boleh dibiarkan saja tanpa tidak dishalatkan. Hal ini sebagai sebuah amalan yang diwarisi dari Nabi saw, baik berupa sabda maupun perbuatan beliau.

Sebagian ulama juga memasukkan dalam kewajiban ini menghantarkan jenazah kaum Muslimin. Dengan mafhum mukhaalafah atau dalil khithab, dari ayat diatas dapat difahami tentang disyari'atkannya berdiri di sisi kuburan orang Muslim hingga selesai dikuburkan. Hal ini dilakukan oleh Nabi saw.. Beliau berdiri di sisi kubur hingga mayat seseorang selesai dikuburkan dan beliau mendoakan agar mayat tersebut diberi keteguhan. Dan Ibnu az-Zubair r.a., jika ada kerabatnya meninggal dunia, dia terus berdiri di sisi kuburnya hingga selesai dikuburkan.

Di dalam Shahih Muslim juga disebutkan bahwa Amr bin al-Ash r.a., ketika akan meninggal dunia mengatakan bahwa, "Jika kalian selesai menguburkan saya, maka taburkanlah tanah di atas kuburku. Kemudian tetaplah berada di sisi kuburku selama tempoh orang menyembelih unta dan membagikan dagingnya, agar saya merasa tenang dengan keberadaan kalian dan saya dapat berfikir tentang jawaban yang saya berikan kepada para utusan Tuhanku."

Jumhur ulama berpendapat bahwa takbir untuk dalam shalat jenazah adalah empat kali. Ad-Daruquthni meriwayatkan dari Ubay bin Ka'b r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda,

"Ketika para malaikat menshalati Adam, mereka bertakbir empat kali dan mengatakan bahwa, "Ini adalah sunnah kalian wahai anak cucu Adam." (HR ad-Daruquthuni).

Menurut pendapat yang masyhur dalam Madzhab Malik, di dalam shalat jenazah tidak ada bacaan AI-Qur'an. Demikian juga dalam pendapat Abu Hanifah dan ats-Tsauri. Hal ini berdasarkan sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Abu Hurairah, bahwa beliau bersabda, "Jika kalian menshalati mayat, maka ikhlaskanlah doa untuknya." (HR Abu Dawud).

Adapun, asy-Syafi'i, Ahmad, Dawud dan sejumlah ulama berpendapat bahwa di dalam shalat jenazah dibaca surah al-Faatihah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi saw. yang diriwayatkan oleh al-Jamaa'ah (Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah) dari Ubadah bin Shamit,

“Tidak sah shalat bagi orang yang tidak membaca al-Faatihah." (HR al-Jamaah).

Mereka membawa keumuman makna hadits ini pada shalat jenazah.

Juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan al-Bukhari dari Ibnu Abbas r.a., bahwa dia menshalati jenazah lalu membaca al-Faatihah dan dia mengatakan bahwa, “Agar kalian tahu bahwa ini adalah Sunnah (tuntunan Rasulullah saw.)."

Bagi imam, disunnahkan untuk berdiri di dekat kepala jenazah laki-laki dan di Tengah-tengah badan jenazah perempuan. Ini adalah pendapat asy-Syafi'i, berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Anas r.a., bahwa suatu ketika dia menshalati jenazah. Lalu, al-Ala' bin Ziyad bertanya, "Wahai Abu Hamzah, apakah Rasulullah saw dahulu menshalati jenazah seperti shalatmu; bertakbir empat kali dan berdiri di sisi kepala jenazah laki-laki dan di sisi tengah badan perempuan?" Anas menjawab, " Ya."

Imam Muslim meriwayatkan dari Samurah bin fundub, dia mengatakan bahwa, "Saya melakukan shalat di belakang Nabi saw. ketika beliau menshalati Ummu Ka'b yang meninggal dunia ketika melahirkan. Ketika itu Rasulullah saw. berdiri di sisi tengah badannya.

Adapun sikap ketiga terhadap orang-orang munafik, sebagaimana ditunjukkan oleh ayat di atas, adalah larangan tertipu oleh harta dan anak-anak mereka, serta peringatan untukyangkedua kalinya tentang hal tersebut, mengingat jiwa manusia sangat senang dengan kedua hal tersebut. Hal ini juga untuk membuat manusia agar menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang abadi dan meminta ampunan dari Allah SWT. Disebutkannya ayat ini setelah sebelumnya disebutkan ayat yang serupa di dalam ayat 55, adalah untuk menunjukkan penegasan dan kesungguhan yang sangat di dalam peringatan tersebut Hal ini sebagaimana Allah SWT juga menyebutkan dua kali firman-Nya di dalam surah an-Nisaa',

“Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki." (an-Nisaa': 116).

Begitu tegas sekali sikap orang beriman terhadap orang munafik kerana mereka sebenarnya para pengacau perjuangan.

Semoga kita dapat mengenali orang-orang munafik di mana pun mereka berada dan menghindari bencana yang mereka datangkan terhadap misi dan perjuangan Islam. Aamiin…

Rujukan: Tafsir al-Munir, Wahbah Zuhaili, ayat 83 hingga 85 Surah at-Taubah.

Dr. Ismail Abdullah @DrIsbah, Teras Jernang, 19-09-2023.

Wednesday 13 September 2023

Allah SWT membantu tentera Islam dalam Perang Badar Secara Psikologi

Salah satu cara Allah SWT membantu tentera Islam dalam peperangan ialah melalui cara psikologi iaitu menampakkan banyaknya jumlah kaum beriman di Perang Badar dalam pandangan kaum musyrikin dan sedikitnya jumlah kaum musyrikin dalam pandangan kaum beriman.

Prof Wahbah Zuhaili dalam Tafsir al-Munir beliau ketika membahas ayat 42 hingga 44 menghuraikan hal ini.

(Iaitu) ketika kamu berada di tepi lembah yang dekat (ke Madinah) dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh (dari Madinah), sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut). Dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya. Akan tetapi (pertemuan angkatan kamu dengan angkatan mereka yang tidak disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya, iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfaal (8) : 42).

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (Al-Anfaal (8) : 43).

Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al-Anfaal (8) : 44).

Pembicaraan dalam ayat ini masih mengenai Perang Badar. Setelah Allah SWT menjelaskan hukum pembagian ghanimah, Dia kemudian menjelaskan beberapa peristiwa yang terjadi di hari al-Furqaan tersebut, posisi kedua barisan dan perkemahan kedua pasukan tersebut Hal itu diielaskan untuk mengingatkan orang beriman pada nikmat terbesar yang Allah limpahkan kepada mereka. Atas karunia-Nya mereka menang menentang musuh yang lebih kuat.

Ingatlah wahai orang-orang beriman pertemuan yang menentukan antara kamu dengan orang-orang Musyrik itu syukurilah bantuan yang telah diberikan-Nya kepadamu ketika kamu berada dalam keadaan yang sangat menegangkan dengan musuh. Saat itu kamu berada di pinggir lembah yang dekat dengan Madinah. Tanah tempat itu lembek dan membuat kaki terbenam di dalamnya. Sementara itu, kaum Musyrik berada di pinggir lembah yang jauh dari Madinah ke arah Mekah. Tempat mereka dekat dengan air. Kafilah yang dipimpin oleh Abu Sufyan dengan seluruh dagangan yang mereka bawa berada di bawah darimu, iaitu di daerah dekat pantai. Ia datang dengan kafilahnya dari Syam bersama empat puluh orang Quraisy saja. Bersama pasukan dari Mekah mereka mempertahankan kafilah itu bermati-matian. Hal tersebut semakin menaikkan semangat mereka dalam perang.

Seandainya kamu membuat perjanjian dengan kaum Musyrik itu tentang pertempuran tentu kamu akan berbeza dalam menentukannya karena adanya ketakutan dari pihakmu disebabkan jumlahmu yang sedikit dan kekuatan serta jumlah musuhmu yang banyak. Di samping itu mereka sebenarnya juga takut menghadapi Rasulullah saw..

Akan tetapi, pertemuan kamu terjadi tanpa adanya perjanjian sebelumnya dan bahkan tanpa adanya keinginan untuk berperang. Semua itu karena Allah ingin menetapkan dan melakukan apa yang Dia inginkan dengan kekuasaan dan ilmu-Nya, iaitu memuliakan Islam dan menolong para pemeluknya serta menghinakan kemusyrikan dan membinasakan para pengikutnya. Di samping itu, Allah juga ingin menjadikan sesuatu yang sudah termaktub dan semestinya Dia lakukan, iaitu memenangkan para kekasih-Nya orang-orang beriman dan mengalahkan para musuh-Nya orang-orang kafir setelah perjumpaan itu. Dengan demikian, iman orang-orang beriman semakin bertambah dan mereka semakin patuh kepada perintah Allah serta menampakkan kesyukuran terhadap-Nya.

Pertemuan tersebut juga memiliki kesan lain yang lebih jauh, iaitu orang-orang kafir yang akhirnya mati dalam kekafiran. Ia mati setelah adanya bukti yang jelas yang ia saksikan langsung dengan mata kepalanya yang menjelaskan dan membuktikan kebenaran Islam. Orang yang hidup dari kalangan orang-orang beriman juga hidup dengan dasar dan hujjah yang telah ia saksikan ketika Allah SWT memuliakan agama-Nya sehingga tidak ada lagi alasan setelah itu. Sesungguhnya Perang Badar itu merupakan salah satu ayat dan tanda kebesaran Allah yang sangat jelas dan dapat memperdalam keimanan dan mendorong untuk beramal saleh. Dengan demikian terbuktilah firman Allah SWT,

"Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang." (al-Qamar: 45).

Kata (لِّيَهۡلِكَ) dan kata (وَيَحۡيَىٰ) juga boleh ditafsirkan sebagai sebuah isti'arah (peminjaman makna dalam bentuk metafora), iaitu dipinjamnya kata binasa dan hidup untuk kekafiran dan keIslaman. Jadi, maknanya adalah agar orang yang kafir memilih kekafiran setelah jelasnya kebenaran dan tampaknya tanda-tanda kebesaran Allah olehnya. Orang-orang yang memilih keimanan juga demikian. Ertinya, ia beriman setelah jelasnya kebenaran dan tampaknya tanda-tanda kebesaran Allah yang dapat dijadikan sebagai pelajaran. Dengan hal tersebut, Perang Badar memang benar-benar sebagai pembeza antara yang hak dengan yang batil. Telah jelas kebenaran bagi orang-orang beriman ketika mereka dimenangkan oleh Allah sebagaimana kabar gembira yang disampaikan oleh Nabi mereka. Telah jelas pula kebenaran di mata orang-orang kafir dengan kekalahan mereka karena mereka adalah pasukan kebatilan.

Untuk menjelaskan pengertian ayat ini lebih jauh, Allah SWT mengatakan bahwa tujuan Allah SWT mempertemukan kamu dengan musuhmu di satu tempat tanpa adanya kesepakatan sebelumnya adalah untuk memenangkan kamu terhadap mereka dan untuk meninggikan kalimat haq dari kalimat batil agar semua menjadi jelas dan kebenaran menjadi terang sehingga tidak ada lagi alasan atau kekeliruan bagi siapa pun. Setelah itu, biarlah binasa orang yang binasa, ertinya orang yang memilih bertahan dalam kekafiran yang pilihannya berangkat dari keyakinan bahwa ia berada dalam kebatilan karena kebenaran sudah jelas. Kebenaran yang tampak ini adalah sesuatu yang sangat aplikatif dan dapat ditangkap oleh indra manusia. Sementara itu, segala sesuatu yang dapat ditangkap oleh pancaindra atau yang berasal dari ujikaji biasanya lebih dalam pengaruhnya daripada hujjah yang bersifat teori atau logika semata.

(وَإِنَّ ٱللَّهَ لَسَمِيعٌ عَلِيمٌ) tak ada satu pun perkataan orang-orang kafir dan orang-orang beriman itu yang luput dari-Nya, dan tidak pula aqidah serta perbuatan mereka. Dia yang Maha Mendengar apa yang diucapkan oleh orang-orang kafir itu dan Maha Mengetahui semua keadaan mereka. Dia juga yang Maha Mendengar doa dan permohonan orang-orang beriman serta Maha Mengetahui keadaan mereka dan bahwa mereka berhak mendapatkan kemenangan terhadap musuh-musuh mereka. Dia yang akan membalas setiap yang Dia dengar dan yang Dia ketahui.

Ingatlah wahai Nabi ketika Allah memperlihatkan kepadamu di dalam tidurmu bahwa orang-orang kafir itu sedikit atau lemah lalu engkau sampaikan hal tersebut kepada para sahabatmu sehingga hati mereka menjadi kuat dan jiwa mereka menjadi tenteram. Seandainya Allah memperlihatkan kepadamu bahwa mereka banyak atau kuat secara psikologi tentu kamu akan merasa takut menghadapi mereka dan akan terjadi perbalahan antara kamu tentang peperangan tersebut, karena di antara mereka ada yang kuat imannya dan ada juga yang lemah imannya dan sangat memperhitungkan segala sesuatunya secara berlebihan.

Akan tetapi, Allah SWT menyelamatkanmu dari rasa takut dan berbeza pendapat dengan memperlihatkan padamu bahwa mereka sedikit. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersimpan di dalam dada dan apa yang terkandung di dalam jiwa berupa rasa takut dan lemah yang boleh saja mengakibatkan mundur dan tidak jadi berperang.

Ingatlah wahai Rasul serta orang-orang beriman ketika Allah memperlihatkan kepadamu sebelum perang terjadi bahwa orang-orang kafir itu berjumlah sedikit dalam pandangan mata agar kamu merasa berani dan semangat kamu pun berkobar. Dia juga memperlihatkan kamu dalam pandangan orang-orang kafir itu berjumlah sedikit agar mereka tertipu lalu mereka tidak melakukan persiapan yang maksimal untuk menghadapi kamu, sampai-sampai Abu Jahal mengatakan bahwa, "Para pengikut Muhammad jumlah mereka hanya sekali makan unta. Habisi mereka dan ikat mereka dengan tali." Maksudnya jumlah mereka sedikit ketika seekor unta cukup bagi mereka dalam sehari dan mereka akan kenyang dengan memakan daging seekor unta tersebut.

(لِّيَقۡضِيَ ٱللَّهُ أَمۡرٗا كَانَ مَفۡعُولٗا) Dia melakukan itu untuk memberi jalan terjadinya perang sehingga hal tersebut, pada pandangan Allah menjadi jalan (wasilah) untuk memenangkan kaum Muslimin; dan memuliakan Islam; mengalahkan kaum kafir; menghinakan kekufuran dan kemusyrikan.

Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir meriwayatkan dari lbnu Mas'ud, ia mengatakan bahwa, "Mereka ditampakkan sedikit dalam pandangan kami dalam Perang Badar. Sampai-sampai aku mengatakan bahwa kepada teman di sampingku, 'Kau lihat mereka hanya tujuh puluh orang?' Ia menjawab, 'Tidak, mereka berjumlah seratus orang.' Sampai ketika kami berhasil menangkap salah seorang dari mereka lalu kami tanyakan padanya berapa jumlah mereka ia menjawab,'Jumlah kami ada seribu."'

Ini semua terjadi sebelum perang dimulai. Ketika perang sudah terjadi, kaum kafir melihat kaum Muslimin dua kali ganda dari jumlah mereka agar timbul perasaan gentar di hati mereka serta semakin berkurang keberanian mereka sebagaimana firman Allah SWT,

"Sungguh, telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang berhadap-hadapan. Satu golongan berperang di jalan Allah dan yang lain (golongan) kafir yang melihat dengan mata kepala, bahwa mereka (golongan Muslim) dua kali ganda mereka. Allah menguatkan dengan pertolongan-Nya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan (mata hati)." (Aali'Imraan: 13).

Kemudian, Allah SWT berfirman, (وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ).

Peristiwa Perang Badar merupakan sesuatu yang ajaib, menakjubkan, dan kisah yang sangat menarik. Pada awalnya, pasukan Muslimin sangat lemah dan ketakutan karena jumlah yang sedikit dan persiapan yang tidak matang. Kedudukan mereka pun jauh dari air. Tanah di sekitar mereka adalah tanah pasir yang membuat kaki mereka terbenam. Sementara orang-orang kafir berada dalam keadaan yang sangat kuat karena jumlah dan persenjataan mereka yang cukup. Kedudukan mereka juga dekat dengan air. Tanah tempat mereka berada sangat baik untuk dilalui. Kafilah dagang berada di arah belakang mereka. Jadi, mereka boleh mengharapkan bantuan dari kafilah tersebut pada bila-bila masa saja.

Namun, perimbangan kekuatan berubah dan semua berbalik arah seratus delapan puluh derajah, Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum Muslimin dan kebinasaan kepada kaum kafir sehingga hal ini menjadi mukjizat yang sangat besar dan bukti yang sangat kuat terhadap kebenaran Nabi Muhammad saw. dalam setiap yang ia sampaikan dari Tuhannya berupa janji kemenangan bagi kaum Muslimin.

Ayat (لِّيَهۡلِكَ مَنۡ هَلَكَ عَنۢ بَيِّنَةٖ) memberi isyarat terhadap makna ini, iaitu bahwa orang-orang yang akhirnya binasa mereka binasa setelah menyaksikan langsung mukjizat tersebut. Orang-orang beriman yang masih hidup juga menyaksikan mukjizat besar tersebut. Jadi, yang dimaksud dengan bukti nyata dalam ayat ini adalah mukjizat tersebuts. Allah SWT juga menginginkan untuk kedua kelompok tersebut ilmu pengetahuan dan kebaikan, seperti yang dapat dipahami dari firman-Nya, (لِّيَهۡلِكَ) dan seterusnya.

Jadi, menampakkan mukjizat dan memberitahukan kepada kedua kelompok, baik Mukmin maupun kafir; dengan bukti yang kuat akan kebenaran Islam dan kebatilan syirik adalah nikmat pertama dari berbagai nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada ahli Badar. Nikmat kedua dapat ditarik dari firman-Nya, (إِذۡ يُرِيكَهُمُ ٱللَّهُ) menampakkan bahwa kaum kafir itu sedikit dalam pandangana kaum Muslimin agar mereka berani dan maju ke medan perang dengan semangat yang tinggi yang mampu mewujudkan kemenangan. Nikmat ketiga di hari Badar tampak dari firman Allah SWT, (وَإِذۡ يُرِيكُمُوهُمۡ) Maksudnya pertampakkan jumlah musuh yang sedikit di dalam tidur memang benar-benar terjadi Ketika sadar. Jadi, ini memang terjadi dalam sadar. Allah SWT menampakkan jumlah kaum musyrik itu sedikit dalam pandangan orang-orang beriman, dan Dia juga menampakkan jumlah kaum Muslimin sedikit dalam pandangan orang-orang Musyrik. Hikmah petampakkan sedikityang pertama (yang ditampakkan pada orang beriman) adalah pembenaran terhadap mimpi Rasulullah saw., penguatan hati orangorang beriman, dan menambah rasa berani dalam menghadapi musuh. Sementara itu, hikmah petampakan sedikit yang kedua [yang ditampakkan pada orang Musyrik) adalah ketika kaum Musyrikin melihat bahwa jumlah kaum Muslimin sedikit mereka tidak akan terlalu mempersiapkan diri. Ini merupakan salah satu faktor keberhasilan kaum Muslimin mengalahkan mereka.

Tujuan Allah SWT berfirman, (لِّيَقۡضِيَ ٱللَّهُ أَمۡرٗا كَانَ مَفۡعُولٗا) dalam dua tempat, yaitu pada ayat 42 dan ayat 44 adalah dalam tempat pertama disebutkan untuk menjelaskan bahwa Allah SWT melakukan hal tersebut adalah untuk memenangkan orang-orang beriman melawan orang-orang Musyrik dalam bentuk mukiizat yang bisa menjadi bukti kebenaran Rasul dan sebagai dorongan untuk teriadinya pertemuan dua pasukan. Sementara itu, penyebutannya di tempat kedua, yaitu untuk menampakkan jumlah kaum Muslimin sedikit dalam pandangan orang-orang Musyrik adalah untuk menjelaskan keinginan Allah yang melakukan itu semua, yaitu agar hal itu membuat orangorang Musyrik tidak begitu memedulikan kekuatan kaum Muslimin dan tidak melakukan persiapan yang memadai untuk menghadapi kaum Muslimin. Semua itu untuk sebuah tujuan utama, yaitu membunuh orang-orang Musyrik dan memuliakan agama.

Allah SWT melalui firman-Nya, (وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ) mengingatkan bahwa semua kondisi di dunia ini bukanlah menjadi tujuan secara asal, melainkan yang dituju dari semua itu adalah segala sesuatu yang bisa menjadi bekal untuk hari akhir nanti.

Di antara nikmat dan karunia Allah SWT yang merupakan bentuk keempat dari berbagai nikmat yang Allah SWT sebutkan dalam ayat ini adalah bahwa firman Allah, (وَيُقَلِّلُكُمۡ) adalah di awal pertempuran. Namun, ketika pertempuran berlangsung, kaum Muslimin begitu besar dan kuat dalam pandangan mereka sehingga seolah-olah kaum Muslimin menjadi banyak, sebagaimana firman Allah SWT,

"(golongan) kafir yang melihat dengan mata kepala, bahwa mereka (golongan Muslim) dua kali ganda mereka." (Aali'Imraan: 13).

Ayat-ayat ini masih berkaitan dengan perang Badar yang Allah menangkan tentera Islam. Kata-kata, “Allah bersama-sama kita…” merupakan kata-kata semangat yang sangat menguatkan semangat tentera Islam. Mereka berperang bersama dengan bantuan Allah, bukan kerana kekuatan mereka sendiri.

Cara psikologi yang Allah gunakan dalam perang Badar iaitu dengan menampakkan ramainya tentera Islam pada pandangan musuh, dan sedikitnya tentera musuh pada pandangan tentera Islam. Ini sangat menguatkan semangat tentera Islam.

Allah Maha Mendengar segala rintihan kita. Sama ad akita berada dalam senang atau susah. Mintalah kepada Allah segala apa yang kita mahu. Selalulah bersyukur kepada Allah atas segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada kita. Dalam perang Badar, musuh utama Nabi yang bernama Abu Jahal mati dibunuh oleh seorang pemuda belia. Cara menentukan jumlah musuh ialah dengan menghantar perisikan kepada tentera musuh bagi mengetahui persediaan musuh. Anggaran 1,000 tentera musuh berdasarkan berapa ekor unta digunakan untuk penyediaan makanan harian.

Menurut Tafsir Al-Azhar, karya Buya Hamka dalam ayat 42, 43 dan 44 Surah Al-Anfaal, Allah mengingatkan kembali kepada umat Islam. Pada ketika itu pasukan perang Islam berada dekat dengan Madinah (Utara), sedangkan pihak musuh (musyrikin Quraisy) berada di tepi laut Merah (Selatan), yang merupakan laluan dagang dari Syam ke Mekah.

Tentera Islam sebanyak 313 orang, dan pihak musuh 1,000 orang. Pihak pasukan dagang yang diketuai oleh Abu Sufyan mengarahkan musyrikin Mekah mengirim tentera untuk melindungi kafilah dagang Quraisy.

Allah bertujuan untuk membinasakan musyrikin Quraisy dengan memperlihatkan tentera musuh sedikit pada pandangan tentera Islam, juga Allah memperlihatkan kepada tentera Musyrikin yang tentera Islam itu ramai. Ini menggerunkan tentera Quraisy Mekah.

Memang Allah SWT membantu tentera Islam yang sedikit jumlahnya menang dalam perang Badar supaya Islam terus berkembang dan mendapat kembali sebahagian harta yang mereka tinggalkan di Mekah ketika hijrah dahulu. Juga, Allah ingin memusnahkan para penentang Nabi Muhammad saw. melalui kuasa-Nya yang hebat dan amat perkasa.

Allah SWT mengetahui apa yang ada didada setiap manusia termasuk tentera musuh dan juga tentera Islam. Perang psikologi yang Allah gunakan benar-benar menakutkan musuh Islam. Sebaliknya, Allah menaikkan semangat tentera Islam melalui turunnya hujan dan juga rasa mengantuk yang amat sangat sebelum terjadinya perang.

Kehadiran hujan memantapkan pentas perang, dan rasa mengantuk yang amat sangat membuat tentera Islam tenang dan mendapat rehat yang cukup bagi menghadapi perang Badar (perang pertama dalam Islam).

Beberapa kesimpulan yang dapat kita ambil daripada tajuk ini ialah:

1. Allah mengingatkan orang-orang yang beriman mengenai pertolongan Allah kepada mereka dalam perang Badar yang dimenangi oleh Islam terhadap musyrikin Quraisy.

2. Pada awalnya kaum muslimin berada pada kedudukan pasir yang lembek yang menyusahkan pergerakan serta tiada sumber air, sementara pihak musuh berada pada kedudukan yang selesa.

3. Allah memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam tidurnya bahwa tentera kafir adalah sedikit, dan baginda menyampaikan berita itu kepada tentera Islam supaya mereka bersemangat untuk berperang.

4. Ketika peperangan berlaku, tentera Islam berjumlah 100 orang, manakala tentera musyrikin ialah 1,000 orang. Tetapi Ketika perang berlaku kaum musyrikin melihat tentera Islam dua kali ganda daripada jumlah mereka, dan ini menggentarkan mereka.

5. Perang Badar ini memang Allah ingin memenangkan kaum Muslimin terhadap kaum kafir Quraisy sehingga yang haq it uterus hidup, sementara yang batil itu akan lenyap.

6. Pertolongan Allah SWT ini boleh dianggap sebagai satu mukjizat bagi kaum muslimin sehingga kaum kafir Quraisy mengalami kekalahan yang teruk. Banyak harta rampasan perang diperolehi oleh kaum muslimin. Ramai yang terbunuh termasuk pembesar-pembesar Quraisy dan ramai juga yang ditawan.

Semoga kita mencari fakta yang benar dan tidak menyeleweng fakta yang Allah turunkan melalui al-Quran. Aamiin!!!...

Pencatat & Pengkaji:

Dr. Ismail Abdullah, Teras Jernang, Bangi, Selangor, Malaysia.

Rujukan:

[1] Tafsir Al-Munir Jilid 5 - Juzuk 9 & 10 (Bahasa Indonesia), dari mukasurat 309 hingga 315.

[2] Tafsir Al-Azhar, Buya Hamka, ayat 42 hingga 44.

Friday 1 September 2023

KEJUJURAN DAN KEBENARAN NILAI HIDUP TERBAIK

Setelah Allah SWT, secara panjang lebar menjelaskan kondisi Perang Tabuk, dan kondisi orang-orang yang enggan pergi perang, dalam ayat ini Allah kembali menjelaskan apa yang tersisa dari hukum-hukumnya, dan ini merupakan uslub (susunan kalimat) Al-Qur'an dalam memisahkan ayat-ayatnya pada satu topik, hal itu demi untuk lebih membekas dalam jiwa dan untuk memperbaharui ingatan dan untuk mencegah rasa bosan dalam membacanya.

Tiga ayat berikut iaitu ayat 117, 118 dan 119 dari Surah at-Taubah (9), mengisahkan mengenai kejujuran dan kebenaran sebagai nilai hidup, khususnya mengenai keengganan orang-orang munafik di zaman Rasulullah saw. untuk ikut peperangan Tabuk.

لَّقَد تَّابَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلنَّبِيِّ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ ٱلۡعُسۡرَةِ مِنۢ بَعۡدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٖ مِّنۡهُمۡ ثُمَّ تَابَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّهُۥ بِهِمۡ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ

Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka. (at-Taubah (9) : 117).

وَعَلَى ٱلثَّلَٰثَةِ ٱلَّذِينَ خُلِّفُواْ حَتَّىٰٓ إِذَا ضَاقَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ وَضَاقَتۡ عَلَيۡهِمۡ أَنفُسُهُمۡ وَظَنُّوٓاْ أَن لَّا مَلۡجَأَ مِنَ ٱللَّهِ إِلَّآ إِلَيۡهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيۡهِمۡ لِيَتُوبُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (at-Taubah (9) : 118).

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّٰدِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (at-Taubah (9) : 119).

Ayat ini sangat relevan dengan ayat sebelumnya dalam hal larangan untuk istighfar dan memohon ampun bagi orang-orang musyrik, dan tentunya hal itu bagi Nabi saw lebih utama, sebagaimana pada sebagian para sahabat Nabi menjadi kesalahan Allah SWT menyebutkan di sini bahwa mereka telah dimuliakan dan Allah menerima taubat mereka dari kesalahan itu.

Sebab Turunnya Ayat.

Imam Bukhari dan lainnya meriwayatkan dari Ka'b bin Malik berkata, ”Aku tidak pernah enggan ikut Nabi dalam peperangan yang beliau lakukan kecuali Perang Badr; dan Perang Tabuk yang menjadi peperangan terakhir, dan beliau memberitahukan orang-orang untuk pergi, maka Allah menurunkan taubat kami dalam ayat (لَّقَد تَّابَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلنَّبِيِّ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ) sampai firman Allah (إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ) Dia berkata, Dan pada kami juga diturunkan ayat (ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّٰدِقِينَ).

Tafsir dan Penjelasan.

Allah SWTtelah memuliakan dan meridhai Nabi-Nya, dan menerima taubat para sahabat beliau yang beriman yang menemani dan ikut bersama beliau dalam Perang Tabuk di saat sulit dan susah yang dinamakan Ghazwatul 'Usrah - perang masa susah - dan pasukan tentaranya pun dinamakan pasukan susah yang dipersiapkan dan dibiayai Utsman bin Affan dan beberapa orang lainnya dari para sahabat Nabi. Mereka saat itu dalam kondisi serba kurang dan susah baik kendaraan, persediaan logistik, maupun air bersih. Bahkan sepuluh orang harus bergantian menaiki satu ekor unta dan dua orang harus saling berbagi satu buah kurma kering. Mereka harus menyembelih unta dan memeras kotoran yang ada diperutnya agar bisa membasahi lidah mereka, ditambah lagi kondisi cuaca yang sangat panas yang mengiringi keluarnya mereka pergi berperang. Jabir bin Abdullah berkata pada saat kesusahan dan kesulitan, "Susah unta, susah logistik dan susah air."

Taubat bagi Nabi; karena beliau telah mengeluarkan sesuatu yang bukan yang terbaik dan semestinya seperti mengizinkan orang-orang munafik untuk tidak ikut berperang berdasarkan dari hasil ijtihad beliau sendiri yang tidak disetujui Allah SWT karena yang lainnya lebih baik dari itu, Ibnu Abbas menafsirkan penerimaan taubat Nabi dan orang-orang Mukmin, dengan mengatakan bahwa penerimaan taubat Nabi karena beliau mengizinkan orang-orang munafik untuk tetap tinggal dan tidak ikut perang, dalilnya adalah firman Allah SWT,

“Allah memaafkanmu (Muhammad). Mengapa engkau memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang)." (at-Taubah: 43).

Penerimaan taubat orang-orang Mukmin karena kecenderungan hati sebagian mereka untuk enggan dari beliau. Penerimaan taubat para sahabat dari golongan Muhajirin dan Anshar karena adanya perasaan berat hati pada sebagian mereka untuk turut berperang, atau karena mereka mendengar dari orang-orang munafik yang mempengaruhi mereka berupa fitnah.

Taubat di sini mempunyai dua pengertian. Adapun bagi Nabi saw artinya keridhaan dan belas kasihan dan bagi para sahabat Nabi artinya diterimanya taubat mereka dan mereka mendapat taufiq dari Allah SWT.

Taubat ini terjadi pada orang-orang Mukmin setelah hampir saja sebagian mereka berpaling dari kebenaran dan keimanan. Mereka adalah orang-orang yang tidak ikut berperang bukan karena alasan kemunafikan, melakukan kebaikan dan juga keburukan. Mereka mengakui dosa-dosa mereka, Allah pun menerima taubat mereka. Setelah sebagian mereka ada timbul di hati mereka keraguan dengan apa yang mereka terima berupa kesusahan dan kesengsaraan dalam perjalanan mereka ke medan perang.

Kemudian Allah SWT menegaskan penerimaan taubat mereka, Allah SWT berfirman (ثُمَّ تَابَ عَلَيۡهِمۡۚ) artinya Allah memberikan mereka jalan taubat kepada Tuhan mereka dan kembali ke jalan yang teguh pada agama-Nya. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, Dia tidak akan meninggalkan mereka setelah mereka bersabar dalam berjihad di jalan Allah, bahkan Allah akan menghapus segala bahaya mereka dan memberikan manfaat kepada mereka. Inilah arti dari ra'fah iaitu usaha untuk menghapus bahaya dan rahmat artinya upaya untuk memberikan manfaat.

Faedah dari penegasan penyebutan taubat ini sekali lagi adalah sebuah penghormatan atas posisi mereka, dan untuk menghilangkan keraguan dari jiwa mereka, dan menghilangkan bisikan yang ada dalam hati mereka pada saat saat kesulitan.

Allah juga menerima taubat tiga orang yang ditangguhkan fpenerimaan taubat) kepada mereka atau karena mereka tidak mau ikut berperang bukan karena alasan kemunafikan, melainkan karena malas dan lebih memilih bersenang-senang dan duduk, tinggal di Madinah dan menjadi khalifah bagi orang-orang yang pergi perang. Perkara mereka pun ditangguhkan dari mereka yang munafik dan tidak diputuskan. Mereka menunggu sampai datang keputusan Allah pada perkara mereka. Mereka semua berasal dari golongan Anshar, iaitu Ka'b bin Malik si penyair, Hilal bin Umayya Al-Waqifi yang diturunkan berkenaan dengannya ayat li'an, dan Murarah bin ar-Rabi'al-Amiri.

Allah menyifati mereka bertiga itu dengan tiga sifat.

Sifat Pertama.

(حَتَّىٰٓ إِذَا ضَاقَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ) Iaitu bahwa taubat mereka ditangguhkan sampai mereka merasa bahwa bumi menjadi sempit bagi mereka padahal bumi luas dengan banyaknya manusia di atasnya karena mereka takut akan akibat itu. Mereka juga mengeluhkan penolakan Nabi saw. terhadap mereka. Beliau melarang orang-orang Mukmin untuk berbicara dengan mereka dan memerintahkan istri-istri mereka untuk menjauhi mereka. Mereka berada dalam kondisi seperti itu selama lima puluh hari atau lebih.

Sifat Kedua

(وَضَاقَتۡ عَلَيۡهِمۡ أَنفُسُهُمۡ) dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka karena keresahan dan kesusahan hati serta menjauhnya orang-orang yang mereka cintai, juga karena semua orang memandang mereka dengan pandangan penghinaan.

Sifat Ketiga

(وَظَنُّوٓاْ أَن لَّا مَلۡجَأَ مِنَ ٱللَّهِ إِلَّآ إِلَيۡهِ) serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja dan mereka yakin tidak ada tempat lari dari murka Allah kecuali dengan bertaubat dan beristighfar dan memohon rahmat-Nya.

(ثُمَّ تَابَ عَلَيۡهِمۡ) kemudian Allah menerima taubat mereka iaitu dengan diturunkan penerimaan taubat mereka.

(لِيَتُوبُوٓاْۚ) iaitu agar mereka kembali kepada-Nya setelah penolakan mereka atas hidayah-Nya dan mengikuti rasul-Nya Muhammad saw. dan sifat-sifat ini menjadi dalil atas taubat mereka dan kejujuran penyesalan mereka. Sesungguhnya Allah selalu menerima taubat orang-orang bertaubat, amat luas rahmat-Nya bagi orang-orang yang berbuat baik. Kisah diterimanya taubat mereka akan terlihat selanjutnya.

Kebanyakan ulama tafsir berkata, "Sesungguhnya mereka memang tidak pergi bersama Rasulullah saw. Ka'b berkata, "Rasulullah saw. senang ngobrol denganku." Ketika aku terlambat pergi bersama beliau, Nabi saw. bertanya, “Apa gerangan yang menghalangi Ka'b?" Ketika beliau datang ke Madinah, orang-orang munafik meminta maaf dan beliau memaafkan mereka, aku pun mendatangi beliau dan aku berkata, "Sesungguhnya kuda dan perbekalanku sudah siap, dan aku tertahan dengan dosaku, mohonkanlah ampunan untukku, dan Rasulullah saw. menolak itu."

Kemudian Rasulullah saw. melarang untuk berteman dengan mereka bertiga dan beliau memerintahkan untuk memisahkan mereka sampai memerintahkan hal itu kepada istri-istri mereka sehingga bumi ini yang luas ini terasa sempit bagi mereka. Datanglah istrinya Hilal bin Umayyah seraya berkata, "Wahai Rasulullah, Hilal menangis terus dan aku khawatir akan matanya, sampai setelah berjalan lima puluh hari.” Allah SWT menurunkan (لَّقَد تَّابَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلنَّبِيِّ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ) dan menurunkan juga firman-Nya (وَعَلَى ٱلثَّلَٰثَةِ ٱلَّذِينَ خُلِّفُواْ) dan langsung saja setelah itu Rasulullah saw. pergi ke kamarnya dan saat itu dia sedang bersama Ummu Salamah seraya beliau berkata “Allahu Akbar, Allah telah menerima uzur para sahabat kita." Selesai shalat Shubuh Hilal menyebutkan hal itu kepada para sabahatnya dan memberikan kabar gembira bahwa Allah telah menerima taubat mereka. Mereka pun segera pergi menuju Rasulullah saw. dan beliau membacakan kepada mereka apa yang diturunkan tentang mereka.

Ka'b berkata, "'Taubatku kepada Allah adalah dengan mengeluarkan semua hartaku untuk shadaqah.’ Beliau berkata, 'Jangan.' Aku bertanya, 'Setengahnya,’ Beliau menjawab, 'Tidak.' Aku bertanya lagi, 'Sepertiganya?' Beliau menjawab, 'Ya.' (Al-Kasysyaf (2/61)).

Setelah turunnya firman Allah SWT tentang penerimaan taubat mereka bertiga, Allah melarang melakukan perbuatan seperti yang dahulu iaitu enggan dari Rasulullah saw untuk berjihad, Allah berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar.” (at-Taubah: 119).

Maksudnya, bertakwalah kalian dan jauhilah apa yang tidak diridhai Allah iaitu dengan mengingkari Rasulullah saw.. Tetapi jadilah kalian bersama Rasulullah saw. dan para sahabat beliau dalam berbagai peperangan dan janganlah kalian enggan dari peperangan itu untuk duduk-duduk bersama orang-orang munafik di rumah. Jadilah kalian di dunia ini bersama orang-orang yang benar dan jujur dalam keimanan mereka dan dalam janji mereka, atau dalam agama Allah baik secara niat, kata, dan perbuatan. Hal itu menjadikan kalian di akhirat nanti bersama orang-orang benar di dalam syurga.

Ash-Shidq adalah ketetapan hati pada agama Allah dan syari'at-Nya, menjalankan perintah-perintah-Nya, dan taat kepada Rasulullah saw.. Kebenaran dan kejujuran mereka bertiga dalam penyesalan mereka atas apa yang telah mereka lakukan menjadikan taubat mereka diterima oleh Allah SWT. Karena itu, sesungguhnya kebenaran dan kejujuran dalam sikap merupakan jalan keselamatan dan kebahagiaan. Rasulullah saw. bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi secara marfu',

"Sesungguhnya kejujuran itu mengajak kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa ke syurga, dan sesungguhnya dusta itu mengajak kepada keburukan, dan keburukan itu membawa ke neraka, dan dikatakan kepada orang yang jujur: "jujur dan baik, sementara dikatakan kepada pendusta: bohong dan buruk, dan sesungguhnya orang itu selalu jujur sehingga dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang jujur, dan apabila dia selalu dusta sehingga dia dicatat oleh Allah sebagai pendusta." (HR Baihaqi).

Meninggalkan dusta seperti yang diwasiatkan oleh Nabi saw. merupakan jalan untuk meninggalkan semua maksiat seperti minuman keras (miras), berzina, mencuri, dan lainnya.

Tidak diperbolehkan untuk melakukan bohong kecuali dalam tiga perkara, iaitu dalam perang, pada saat menengahi orang yang berselisih, dan rayuan suami untuk menyenangkan hati istrinya, seperti dia mengatakan kepada istrinya, "Kamu adalah orang yang paling cantik dan orang yang paling aku sayangi, adapun selain itu seperti urusan kepentingan rumah tangga dan nafkah atau lainnya, tetap tidak boleh.

Ibnu Abi Syaibah dan Imam Ahmad meriwayatkan dari Asmaa' binti Yazid dari Nabi saw. bersabda,

"Semua dusta menjadi ketetapan dosa atas anak Adam kecuali seseorang yang berdusta dalam tipuan perang atau menengahi dua orang yang berselisih atau seseorang yang rnerayu istrinya untuk menyenangi hatinya." (HR Ibnu Abu Syaibah dan Ahmad).

Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Uday dan Baihaqi dari 'lmran bin Hashin, iaitu hadits dha'if,

“Sesungguhnya dalam bantahan sangat luas dari dusta."

Fiqih Kehidupan atau Hukum-Hukum.

Topik ayat-ayat ini adalah taubat dan kejujuran. Adapun taubat, itu diberikan menyeluruh kepada setiap orang yang ikut dalam Perang 'Usrah atau Perang Tabuk, hal itu sebagai karunia dan rahmat dari Allah setelah mereka mengalami kesulitan berat selama perang tersebut. Jabir berkata, "Terkumpul pada mereka, kesulitan kendaraan unta, kesulitan perbekalan makanan, dan kesulitan air bersih.”

Zamakhsyari mengatakan dalam hal firman Allah SWT (تَّابَ ٱللَّهُ عَلَى ٱلنَّبِيِّ) adalah firman Allah,

“Agar Allah memberikan ampunan kepadamu (Muhammad) atas dosamu yqng lalu dan yang akan datang." (al-Fath: 2).

Dan firman-Nya "dan mohonlah ampunan untuk dosamu." (al-Mu'min: 55).

Hal itu sebagai sugesti dan dorongan bagi orang-orang Mukmin untuk bertaubat, sesungguhnya tak ada seorang Mukmin pun kecuali dia perlu pada taubat dan istighfar sampai Nabi, orang-orang golongan Muhaiirin dan Anshar; dan sebagai keterangan atas kemuliaan taubat serta tingginya nilainya di sisi Allah SWT. Sesungguhnya sifat orang-orang taubat yang pertama merupakan sifat para nabi (Al-Kasysyaf (2/61)).

Taubat ini juga mencakup tiga orang yang enggan dari Perang Tabuk, iaitu mereka yang perkara ditangguhkan dari orang-orang munafik, tak ada keputusan tentang perkara mereka. Hal itu karena orang-orang munafik mereka taubatnya tidak diterima, dan ada beberapa kaum yang mengajukan uzur dan uzur mereka diterima, Rasulullah saw. menangguhkan status mereka sampai akhirnya turun ayat Al-Qur'an tentang mereka. Inilah yang benar seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari dan lainnya, Ka'b berkata seperti dalam riwayat Muslim, "Kami bertiga yang telah ditangguhkan dari perkara mereka yang diterima oleh Rasulullah saw pada saat mereka datang untuk bersumpah pada beliau. Beliau pun membaiat mereka dan memohon ampum bagi mereka, sementara beliau menangguhkan perkara kami sampai ada keputusan dari Allah, maka dari itu Allah Azzawa Jalla berfirman (وَعَلَى ٱلثَّلَٰثَةِ ٱلَّذِينَ خُلِّفُواْ) dan apa yang Allah sebutkan tentang penangguhan kami karena kami enggan dari perang itu, melainkan memang beliau meninggalkan kami dan menangguhkan perkara kami daripada orang-orang yang bersumpah pada beliau dan meminta maaf, beliau pun mereka hal itu (Tafsir Ibnu Katsir).

Sifat-sifat yang tiga yang telah Al-Qur'an sifati bagi mereka merupakan dalil atas kejujuran dan kebenaran mereka dalam bertaubat. Allah pun memerintahkan untuk jujur dan benar setelah tiga sifat ini, dan perintah ini menjadi umum bagi seluruh Mukmin yang di sana Allah memerintahkan untuk selalu dan tetap berada bersama golongan orang-orang yang jujur dan benar dan selalu berjalan di jalan mereka. Ayat ini mewajibkan kita untuk berlaku jujur dan benar. Ini adalah perintah yang baik setelah tiga kisah ini dimana kejujuran dan kebenaran membawa manfaat bagi mereka dan menjauhkan mereka dari golongan orang-orang munafik dan menjadi bukti betapa mulianya kejujuran serta kebenaran dan betapa tinggi derajatnya di sisi Allah.

Tidak diragukan lagi bahwa taubat nasuha menjadi ciri dan kriteria paling menonjol dalam hal kejujuran dan kebenaran. Tak ada pilihan bagi seorang yang berakal dan bertakwa kecuali terus berpegang pada kejujuran dan kebenaran dalam kata dan ucapan, dan selalu ikhlas dalam perbuatan, suci dalam segala keadaan. Barangsiapa yang mempunyai sifat-sifat seperti, dia akan bersama orang-orang baik dan akan mendapat keridhaan Allah Yang Maha Pengampun.

Dua sikap kejujuran dan keimanan sebagai perbandingan dengan orang-orang yang enggan.

Pertama

"Dari Abu Dzar al-Ghiffary bahwa untanya berjalan sangat lamban, maka diapun membawa barang-barangnya di atas belakangnya (punggungnya), dan dia berjalan mengikuti jejak langkah Rasulullah saw. maka ketika Rasulullah saw. melihat rombongannya beliau berkata, Jadilah Abu Dzar! Maka orang-orang berkata Itu dia orangnya, dan beliau berkata, “Allah merahmati Abu Dzan dia berjalan sendirian, dia akan meninggal dunia sendirian dan akan dibangkitkan sendirian,"

Kedua

Bahwa pernah Abu Khaitsamah al-Anshari mendatangi kebunnya. Istrinya yang cantik dan jelita pun menghamparkan tikar di bawah teduhan untuknya, kemudian sang istri membawakannya buah kurma dan air yang dingin. Dia melihatnya seraya berkata, "Tempat yang teduh, kurma yang masak, air yang dingin, dan istri yang cantik jelita, sementara Rasulullah saw. dalam suasana panas dan berangin, tentunya hal ini tidak baik. Dia pun segera pergi dengan untanya dengan membawa pedang dan tombaknya, lalu berjalan bagaikan angin. Rasulullah saw membentangkan surban beliau ke jalan dan ternyata ada seseorang di atas hewan tunggangannya yang terbayang-bayangi metamorgana. Beliau berkata, "Jadilah Abu Khaitsamah!" Ternyata memang dia dan Rasulullah saw pun senang dengannya dan beristighfar memohon ampun baginya (Al-Kasysyaf (2/61)).

Kesimpulan

Beberapa kesimpulan yang dapat kita ambil daripada kuliah ini ialah:

1. Allah SWTtelah memuliakan dan meridhai Nabi-Nya, dan menerima taubat para sahabat beliau yang beriman yang menemani dan ikut bersama beliau dalam Perang Tabuk Ketika keadaan sukar dan susah yang dinamakan Ghazwatul 'Usrah - perang masa susah - dan pasukan tentaranya pun dinamakan pasukan susah yang dipersiapkan dan dibiayai Utsman bin Affan dan beberapa orang lainnya dari para sahabat Nabi.

2. Nabi memohon ampun daripada Allah karena beliau telah mengizinkan orang-orang munafik untuk tidak ikut berperang berdasarkan dari hasil ijtihad beliau sendiri yang tidak disetujui Allah SWT.

3. Penerimaan tobat para sahabat dari golongan Muhajirin dan Anshar karena adanya perasaan berat hati pada sebagian mereka untuk turut berperang, atau karena mereka mendengar dari orang-orang munafik yang mempengaruhi mereka berupa fitnah.

4. Taubat di sini bererti Allah redha dan belas kasihan dengan Nabi dan para sahabat Nabi mendapat taufiq dari Allah SWT.

5. Allah SWT pun menerima taubat para mukminin Ketika keraguan timbul dalam hati mereka semasa ikut perang yang menempuh berbagai kesusahan dan kesengsaraan di medan perang.

6. Tujuan Allah SWT menyebut tentang penerimaan taubat ialah sebagai penegasan dan penghormatan agar hilang keraguan pada jiwa mereka, serta menghilangkan bisikan dalam hati mereka.

7. Ada tiga orang iaitu Ka’b bin Malik, Hilal bin Umayya Al Waqifi, dan Murarah bin ar-Rabi’ al-Amiri yang menyesali sikap mereka yang tidak pergi berperang kerana malas, lebih suka bersenang-senang dan duduk tinggal di Madinah. Mereka mengikat diri mereka di Masjid Nabi dan hanya mereka harapkan Nabi Sahaja yang membuka ikatan mereka. Mereka bertiga ini pun Allah ampunkan dosa mereka.

8. Allah memberikan mereka tiga sifat iaitu (a) mereka merasa bumi ini sempit dengan penyisihan para sahabat, dan isteri mereka, (b) jiwa mereka terasa sempit kerana susah hati, (c) mereka merasa tidak ada tempat lari dari siksa Allah atas perbuatan mereka.

9. Pengajaran Allah kepada mereka ialah bersamalah dengan Rasulullah saw. dan para sahabat beliau dalam berbagai peperangan dan janganlah kalian enggan dari peperangan itu untuk duduk-duduk bersama orang-orang munafik di rumah. Jadilah kalian di dunia ini bersama orang-orang yang benar dan jujur dalam keimanan mereka dan dalam janji mereka, atau dalam agama Allah baik secara niat, kata, dan perbuatan.

10. Kesimpulannya, kebenaran dan kejujuran mereka bertiga dalam penyesalan mereka atas apa yang telah mereka lakukan menjadikan taubat mereka diterima oleh Allah SWT. Karena itu, sesungguhnya kebenaran dan kejujuran dalam sikap merupakan jalan keselamatan dan kebahagiaan.

11. Meninggalkan dusta seperti yang diwasiatkan oleh Nabi saw. merupakan jalan untuk meninggalkan semua maksiat seperti minuman keras (miras), berzina, mencuri, dan lainnya.

12. Allah memerintahkan orang-orang mukmin untuk selalu dan tetap berada bersama golongan orang-orang yang jujur dan benar dan selalu berjalan di jalan mereka.

DrIsbah, Teras Jernang.

Rujukan:

[1] Tafsir Al-Munir Jilid 6 - Juzuk 11 & 12 (Bahasa Indonesia), dari mukasurat 81 hingga 88.