Thursday 17 March 2022

PRINSIP CHI (QI) PADA KEDINAMIKAN MANUSIA

Prinsip Yin dan Yang menjadi pegangan kuat kepercayaan kuno orang China selama berabad-abad yang memiliki inti kepercayaan di dalam hukum keseimbangan Yin dan Yang.

Hal ini digambarkan secara jelas dalam I Ching (Kitab Perubahan) yang dimiliki oleh orang China selama berabad-abad. Prinsip Yin Yang ini menekankan akan keharmonian dari alam semesta atau kosmologi (Jung Young Lee, 1996).

Dari prinsip Yin Yang ini muncul energi atau energi “penggerak” dari semua perubahan yang terjadi di dalam alam semesta ini yang disebut dengan “ch’i”. Ch’i inilah yang dianggap nafas atau jiwa manusia yang menjadikan manusia itu hidup dan dinamik.

Konsep pemikiran China tentang Chi dikembangkan oleh para ahli filsuf mereka seperti Lao-tzu, Kong Fu Tzu (Konfusius), Men Zi (Mencius) dan lainnya antara abad enam dan empat sebelum Masehi (Lee, J. Y. 1996). Menurut Kamus Besar China-Indonesia, ch’i (qi) berarti gas, udara, nafas, bau, hawa/cuaca, sikap, semangat, jiwa, kemarahan, dan hina (Mah, 2004).

Menurut Simpkins & Simpkins (2004), kata ch’i sama dengan kata Yunani Pneuma dan kata Sansekerta Prana yang berarti napas, pernapasan, angin, dan spirit yang vital, jiwa. Menurutnya, segala sesuatu di alam semesta, baik yang bergerak dan tidak bergerak, merupakan bagian dari samudra luas ch’i. Segala sesuatu adalah ch’i baik materi padat maupun energy (Kamus Besar China – Indonesia. 1995).

Sedangkan menurut Skinner (2002), “Ch’i, merupakan tenaga yang vital, mengisi dunia pemikiran pengikut filosofi China. Ch’i adalah Tenaga Kosmik yang menghidupkan dan menginfus (memberi nafas) semua hasil cipta alam, memberikan energi kepada manusia, kehidupan kepada alam, pergerakan kepada air dan pertumbuhan kepada tanaman.

Dinamika manusia adalah karena adanya Chi (Qi), sedangkan Ch’i berada di dalam diri orang (Simpkins & Simpkins, 2004).

Menurut Rossbach (1984) ada dua macam Chi (Qi). Dia menyatakan bahwa dalam tulisan Cina Chi membawa dua makna iaitu kosmik dan manusia. Chi kosmik mengandung air, wap, gas, cuaca, dan daya (force). Chi pada manusia pula termasuklah nafas, aura, adab dan tenaga. Kedua-dua jenis Chi ini tidak terpisahkan. Chi pada manusia dipengaruhi oleh langit dan bumi.

Lee (1996) memberikan pengertian Chi bahwa Chi dari segi kosmik dinyatakan sebagai pemikiran Chi, tenaga penting yang merupakan kuasa dan intipati badan. Chi hampir sama dengan ruh, dalam Hebrew dikatakan sebagai “ruach” dan dalam Greek dikatakan sebagai “pneuma” kedua-duanya diterjemahkan sebagai angina atau nafas.

Dari beberapa definisi di atas, maka penulis mengambil kesimpulan bahwa ch’i dapat diartikan sebagai nafas, angin, roh atau jiwa. Chi ini juga menunjuk kepada nafas atau jiwa manusia dan Ruh Kosmis yang menghidupkan dan memberikan energi di dalam mempertahankan kehidupan di dalam dunia ini.

DrIsbah, Teras Jernang,19-03-2022.

Rujukan

Jung Young Lee, J. Y. 1996. The Trinity in Asian Perspective. Nashville : Abingdon Press.

Kamus Besar China – Indonesia. 1995. Beijing : Pustaka Bahasa Asing, ms. 673.

Mah, Yeow-Beng. 2004. “Living in Harmony with One’s Environment : A Christian Response to Feng Shui” dalam The Asia Journal of Theology Volume 18 No. 2, Oktober 2004, 344.

Rossbach, S. 1984. Feng Shui. London : Rider, ms. 23.

Simpkins, C. A. & Simpkins, Annellen. 2004. Belajar Tao dalam Sepuluh Langkah. Yogyakarta : Ar-ruzsz Media Yogyakarta, ms. 106.

Skinner, S. 2002. Feng Shui.Semarang : Dahara Prize, 2002, ms. 39.

Yun, D. C. 1981. Philosophical Taoisme dalam Dictionary of Living Religions (Ed. Keith Crim; Nashville : Abingdon, ms. 738.

38 NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

Dalam buku Imam Al-Ghazali yang bertajul, “Jalan Orang Bijak”, terbitan tahun 2016 oleh Penerbit Zaman, Jakarta Imam Al-Ghazali memberikan kita 38 nasihat.

Buku setebal 332 mukasurat dan berukuran 19cm (Panjang) dan 13cm (lebar) sebaiknya menjadi panduan bagi kita umat Islam agar menjadi panduan hidup di dunia dan mendapat keampunan Allah di akhirat.

Secara ringkas, saya turunkan nasihat-nasihat Imam Al-Ghazali tersebut agarnya ianya menjadi ingatan buat kita bersama.

1. Jangan terlalu leka dengan urusan dunia sehingga lupa akan adanya kematian.

2. Jangan panjang angan-angan. Hiduplah pada dunia nyata dan hadapi reality.

3. Jadilah orang yang kanaah (merasa cukup) dengan pemberian Allah.

4. Rezeki Allah dimakan, tetapi tidak pernah bersyukur kepada-Nya.

5. Jangan meremehkan taubat. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

6. Manusia dicipta untuk mengabdi diri kepada Allah. Teruskan berada pada jalan Allah.

7. Jangan mengutamakan harta benda dalam hidup, utamakan Allah daripada segala-galanya.

8. Allah mencipta manusia bukan sia-sia, manusia diminta bersabar dalam hidup.

9. Jangan melaknat makhluk kerana laknat itu akan kembali kepada yang melaknat.

10. Berbuat baik dan bersilaturahim dengan semua orang, bukan terhadap orang yang berbuat baik kepada kita saahaja.

11. Jangan tertipu dengan kilauan dunia kerana ianya memang mempersonakan, tetapi tempat kembali yang sebenarnya ialah Allah.

12. Penuhilah janji apabila berbuat janji, jangan sekali-kali ingkar janji yang telah dibuat.

13. Jangan ikuti hawa nafsu kerana hawa nafsu jahat tidak mendekatkan kita kepada Allah.

14. Hampirilah Allah pada setiap Ketika dan jangan sekali-kali durhaka kepada-Nya.

15. Baiki agama setiap masa kerana pahala Allah akan bergantung kepada kekuatan pegangan kita kepada Allah.

16. Dalam menyeru orang lain berbuat baik dan meninggalkan maksiat, maka diri sendiri mestilah terlebih dahulu berbuat demikian.

17. Lakukan apa yang Allah perintahkan dan hindarilah apa yang Allah larang.

18. Mengadu apa-apa masalah hanya kepada Allah dengan memanjatkan doa dan pengampunan.

19. Banyak bersabar dan bersikap tawadhu dalam hidup, pati Allah akan memudahkan jalan-jalan kehidupan kita.

20. Jangan ganggu orang lain, Allah muliakan orang yang baik akhlaknya.

21. Hindari segala dosa walau sekecil mana sekali pun. Hidup akan lebih bahagia apabila kita senentiasa melakukan kebaikan.

22. Belajar kemuliaan daripada orang-orang yang mulia dan memuliakan Allah.

23. Selalulah berzikir kepada Allah, ingat segala nikmat yang telah Allah berikan.

24. Musuhilah syaitan kerana dia adalah musuh yang nyata dalam hidupmu.

25. Anutilah Islam kerana Islam adalah satu-satunya agama yang Allah redhai.

26. Banyakkan bekalan untuk menuju akhirat kerana kematian akan menutup segala pintu berbuat baik.

27. Bayangkan betapa panasnya neraka. Ini akan membuat kita menghindari maksiat dan dosa.

28. Bayangkan betapa indahnya syurga bagi orang-orang yang beriman dan berbuat baik di dunia.

29. Ruh adalah milik Allah, segala apa yang kita dapati di dunia hanyalah pinjaman dari Allah.

30. Jangan mati kecuali dalam kedaan bertakwa kepada Allah dan mengharap balasan syurga dari-Nya.

31. Cinta Allah dan cinta dunia tidak akan pernah Bersatu, oleh itu ambillah dunia untuk keperluan mencintai Allah semata-mata.

32. Bersabarlah sebentar di dunia sementara menunggu kesenangan yang kekal di akhirat.

33. Jangan mencari kemasyhuran melalui amal, buat amal secara ikhlas semata-mata bagi mendapat redha Allah.

34. Berwaspada terhadap amalan yang kita buat, jangan terlalu yakin diterima Allah. Bersifatlah dengan sikap takut dan harapan (khauf wa roja’).

35. Jangan terlalu menerima pujian kerana dalam pujian terselindung rasa ta’jub dan riya.

36. Jangan bermusuh denga utusan Allah (Nabi dan Rasul), siapa yang menentang utusan Allah, maka samalah menentang Allah.

37. Cintailah orang lain seperti mana kamu mencintai dirimu sendiri.

38. Kerjakan kebaikan dan hindari kerja buruk, kerana kerja kebaikan akan mengantar kita ke syurga.

Dekimianlah secara ringkas 38 nasihat Imam Al-Ghazali bagi kebaikan kita semua. Semoga kita dapat melaksanakan semua nasihat yang Imam Al-Ghazali berikan. Aamiin!!!...

DrIsbah, Teras Jernang, 18-3-2022.