Friday, 20 August 2021

Berpuasa mengaktifkan proses Autophagi dan Autolisis.

Melalui amalan berpuasa, proses Autophagi akan berlaku yang membuat tubuh kita lapar. Ada dua jenis puasa iaitu Puasa Kering (Cara Islam) dan Puasa Berkala (intermittent Fasting) atau Puasa Basah. Ketika tubuh seseorang lapar, maka sel-sel tubuhnya pun ikut lapar.

Puasa Kering ialah istilah yang digunakan bagi menggambarkan tiada makanan atau minuman yang boleh diambil semasa puasa itu dijalankan. Peraturan puasa ini yang diamalkan oleh sesiapa sahaja yang berpuasa menurut kaedah Islam.

Dalam Puasa Basah atau Puasa Berkala (Intermittent Fasting) peserta puasa dibenarkan minum air kosong atau kopi kalipeluru (bulletproof coffee). Kedua-duanya mengandungi kalori sifar.

Dalam proses Autophagi, sel-sel yang lapar ini akan memakan sel-sel dirinya yang sudah tidak beguna lagi atau sel-sel yang telah rusak atau sel mati, agar tidak menjadi sampah dalam tubuh.

Dengan demikian sel-sel mati ini tidak akan menghasilkan sesuatu yang boleh membahayakan tubuh orang yang berpuasa. Jadi, tubuh orang yang berpuasa akan membersihkan dirinya sendiri!!!..

Seorang ilmuwan yang bernama Yoshinori Ohsumi telah membuktikan dan menemukan bahwa ketika seseorang lapar (berpuasa) dalam jangka waktu tidak kurang dari 8 jam dan tidak lebih dari 16 jam, maka tubuh akan membentuk protein khusus di seluruh tubuh yang disebut autophagisom.

Autophagisom tersebut boleh diandaikan sebagai suatu penyapu raksasa yang mengumpulkan sel-sel mati yang tidak berguna dan boleh membahayakan tubuh untuk dikeluarkan daripada tubuh. Sel-sel mati ini banyak dihasilkan oleh sel kanser dan sel berbentuk kuman (virus atau bakteri) penyebab penyakit.

Protein autophagisom tersebut menghancurkan dan memakan sel-sel berbahaya tersebut, lalu mengeluarkannya.

Sebagai kesimpulan dari penyelidikan ini, dokter Yoshinori Ohsumi menyarankan agar seseorang boleh menjalani proses melaparkan diri (berpuasa) dua atau tiga kali dalam seminggu.

Ini sesuai dengan suruhan Nabi Muhammad SAW agar kita amalkan berpuasa Isnin dan Khamis. Jika berupaya puasa Isnin dan Khamis ditambah dengan puasa pertengahan bulan pada tanggal 13, 14, dan 15 atau 14,15, dan 16 setiap bulan. Jika berupaya lagi boleh amalkan Puasa Daud iaitu puasa selang sehari. Ini bermakna konsep AUTOPHAGI sesungguhnya sudah dicadangkan sejak 15 abad yang lalu oleh Rasulullah SAW.

Penyelidikan ini telah memenangkan penghargaan NOBEL KEDOKTERAN kepada dokter Yoshinori Ohsumi atas penyelidikan yang beliau namakan sebagai AUTOPHAGI.

Bersamaan dengan proses Autophagi terdapat satu proses lagi yang terjadi ialah proses AUTOLISIS, yang pembuangan sel-sel yang mati atau rusak di dalam tubuh kita.

Ketika kita berpuasa, apa yang kita makan ketika bersahur akan dicerna tubuh dalam masa kurang daripada 8 jam, jadi sekitar jam 12.00 tengahari sehingga jam 6.00 petang badan kita akan tidak terdaya. Ketika itulah proses autophagi dan proses autolisis sedang berlaku. Jika kita faham keadaan ini, maka kita mestilah bersyukur kepada Allah bahwa secara semulajadi badan kita sedang dicuci dan bahan-bahan yang dicuci itu akan dikeluarkan melalui peluh atau air kencing.

Jika kita bersahur jam 5.00 pagi, makan jam 12.00 tengahari makanan yang kita makan waktu sahur sudah habis dicernakan oleh badan dan seterusnya proses autophagi dan autolisis akan berlaku.

Cuba bayangkan pada masa kita tidak berpuasa, jam 7.00 pagi kita bersarapan, maka jam 3.00 petang baru badan kita selesai mencerna makanan sarapan yang kita makan 8 jam yang lalu. Badan tak siap proses kita tambah lagi makan sekitar jam 12.00 tengahari. Ini akan menggangu proses autophagi dan juga proses autolisis.

Paling baik kita setkan jam agar jarakmasa (duration) kita makan itu selama 8 jam atau lebih supaya proses autophagi dan autolisis boleh berfungsi bagi membersihkan tubuh badan kita.

Hebat. Inilah sebabnya kenapa berpuasa itu sihat, bahkan In Syaa Allah boleh mengobati banyak penyakit seperti gastrik, diabetes, buah pinggang, dan kanser. Makin banyak puasa, makin bersih tubuh kita dan makin sihat kita.

Maka bahagialah kita diperintahkan puasa. Selamat berpuasa. Semoga kita semakin cinta menjalankan puasa dan sihat selalu. Aamiin.

DrIsbah, Teras Jernang, 21-08-2021

Rujukan; https://www.nobelprize.oryg/prizes/medicine/2016/press-release/

Bagaimana Umat Islam dikalahkan

Allah menyebut dengan jelas bahwa orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selama-lamanya terhadap orang-orang Islam sehingga orang-orang Islam mengikut jalan hdup mereka.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120). Penjajah Inggeris, Belanda dan lain-lain memberi alasan mencari rempah ratus ketika mereka bergerak menakluki negara-negara di bahagian timur dunia, namun hakikat sebenarnya ialah mereka benci kepada perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan jayanya. Mereka ingin menghapuskan cahaya Islam yang dipegang teguh oleh Nabi Muhammad SAW dan menyekat penyebaran Islam agar tidak meluas.

Gerakan menentang Islam bermula sejak peristiwa perang Ahzab pada zaman Rasulullah SAW kerana kebenciaan dan permusuhan golongan Yahudi dan Nasrani yg tidak berpuashati dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yg berpengkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yg tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yg dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yang terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yg lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Kempen jahat mereka ini telah didedahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah An-Nisa', ayat 51 hingga 55 yg bermaksud: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada Jibt dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman." (An-Nisa':51)

Kini mereka membentuk golongan Ahzab versi baru yang bernama Zionis dengan peralatan teknologi dan kaedah yang lebih canggih dengan menguasai ICT, perniagaan dan politik dunia bersama Amerika Syarikat dan Negara-Negara Arab yang condong kepada pengaruh Zionis dan Barat.

Banyak syarikat besar di dunia seperti KFC, McD, Pizza Hut, dan ribuan yang lain-lain dikuasai oleh Yahudi terutamanya kelompok Zionis. Perniagaan ini sudah pun bertapak di Kota Mekah dan Madinah. Di Jeddah pun sudah diadakan konsert penyanyi Barat yang etika dan cara hidup mereka sangat bertentangan dengan Islam. Inilah serangan-serangan yang paling hebat yang sedang memecahbelahkan masyarakat Islam di dunia. Anak-anak muda Islam sudah banyak yang terpengaruh dengan budaya hidup Barat yang bertentangan dengan Islam.

Marilah kita menjaga setidak-tidaknya keluarga, sahabat handai dan jiran-jiran kita daripada terjebak dengan jerat-jerat Zionis yang sangat halus melalui pemakanan, gaya hidup, Pendidikan dan lain-lain aspek kehidupan. Mungkin kita terpaksa mengambil pengalaman pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang lari bersembunyi dalam gua agar keimanan mereka terjaga dengan baik. Semoga Allah memberikan kita kekuatan Iman dan Taqwa.

Baru-baru ini terbit berita agar senate Amerika meluluskan rang undang-undang Pada 5 Februari 2019, Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Bagaimanapun, penerimaannya masih belum dapat dipastikan kerana dewan perwakilan dikuasai parti Demokratik, terutama dikalangan ahli parlimen liberal yang cukup sensitif dengan pendekatan yang melanggar hak kebebasan bersuara.

Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi terbabit.

Penaja utama langkah itu, Senator Republikan Marco Rubio, berkata beliau memperjuangkan apa yang disifatkannya sebagai satu “kempen perang diskriminasi ekonomi terhadap Israel.”

Ramai sudah maklum bahwa politik Amerika sangat dipengaruhi oleh para pelobi Isreal, terutamanya peranan Zionis Rothchild yang berkeliaran dalam pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat. Hampir semua Presiden Amerika yang menang mesti ada peranan Zionis di belakangnya. Kesan Peperangan Ahzab yang berlaku pada Zaman Rasulullah semakin menjadi-jadi kini kerana negara-negara Islam tidak bersatu melawan Zionis Israel. Sampai bila kes begini akan berlanjutan?

Pada zaman moden ini Perdana Menteri, Winston Churchill mendedahkan teknik orang kafir mengalahkan Umat Islam. Suatu ketika, Winston Churchill berdiri di hadapan kolam depan Istana, beliau dikelilingi panglima-panglima perangnya yang terbaik. Dia memerintahkan 10 orang tenteranya yg terbaik untuk menangkap ikan didalam kolam. Berkali-kali, mereka cuba menangkap, tetapi mereka tetap gagal. Ikan amat tangkas dalam air dan sentiasa lepas dari tangan.

Setelah tentera tersebut kepenatan dan masih gagal menangkap ikan, maka Winston Churchill berdiri dan mengatakan bahwa "ikan tersebut tidak akan berjaya ditangkap atau dibunuh jika ikan tersebut TETAP berada didalam air."

Kemudian Winston Churchill perintahkan "keringkan kolam dengan gayung". Maka tentera berkenaan segera mengambil gayung dan dengan perlahan-lahan kolam itu kering. Walaupun memakan waktu yang lama, tapi akhirnya ikan tersebut menggelepar, laksana “Fish out of water". Hanya menunggu masa untuk ditangkap dan menunggu saat kematiannya.

Begitulah cara Winston Churchill, seorang lagenda pahlawan perang dunia ke-2, mengajar umat Kristian yang lebih ramai dari umat Islam bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan umat Islam yg mengamalkan keIslamannya.

Mereka yang mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya, yang menjadikan mereka mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap dunia, bahkan melebihi cinta terhadap diri sendiri dengan menjadikan syahid sebagai impian.

Dia melanjutkan, untuk menghancurkan Islam itu amat mudah, "keringkan air nya!". Keringkan "akidahnya". Keringkan "keimanannya". Keringkan "ilmunya". Keringkan "ekonominya,". Keringkan "amalannya". Jauhkan mereka dari al-Quran, jauhkan mereka dari as-Sunnah, jauhkan dari masjid dan jauhkan dari menteladani Rasulullah, jauhkan dari majlis ilmu.

Muslim yang sudah terpesong akidah, jauh dari al-Quran, jauh dari as-Sunnah, jauh dari solat, jauh dari rukun Islam, jauh dari rukun Iman, jauh dari masjid, dan jauh dari majlis ilmu, bagaikan ikan yg sedang menggelepar kekeringan. Umat Islam hanya menunggu saat kematian yang amat HINA. Dan itulah yang sudah terjadi sekarang ini...!!! Astaghfirullah...

Moga kita semua insaf dan kembali kepada janji-janji kita kepada Allah swt. Ingat semula, kita telah bersumpah dan berjanji setiap hari bahawa : "sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji bahawa aku akan mengikut semua perintah Allah yang tertulis didalam Al-Quran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, susah dan senang, siang dan malam, sehingga mati." itulah makna sumpah dan janji kita ketika mengucapkan dua kalimah syahadat.

#jatidirimelayuislam

DrIsbah, Teras Jernang, 20-08-2021

Wednesday, 28 July 2021

Musim Haji 1442H tidak terkesan COVID-19

Berikut saya mengutip tulisan Uttiek dari Jakarta yang menceritakan tentang Musim Haji 1442H yang tidak terkesan dengan pandemic COVID-19. Jumlah kes COVID-19 di Olimpik Tokyo telah meningkat menjadi 133. Hal ini telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Olimpik Tokyo pada hari Ahad, 25 Julai 2021.

Menurut Jawatankusa Pelaksana Olimpik Tokyo 2020, kes COVID-19 terakhir adalah 10 orang yang datang untuk Temasya Olimpik dinyatakan positif terkena virus. Salah seorang atlet yang didiagnosis dengan virus ditempatkan di Daerah Olimpik Tokyo.

Di antara yang terkena virus COVID-19 ialah enam pegawai, seorang ahli peniagaan (kontraktor), dan seorang wartawan. Menurut Surat Khabar Republika bertarikh 26 Julai 2021, semua mereka dikarantin.

Ini sebenarnya tidak mengejutkan. Sejak awal mereka sudah merasakan bahwa penyelenggaraan olahraga terbesar di dunia akan terkesan dengan virus COVID-19, kerana berlangsung di tengah pandemik yang masih menghantui dunia.

SOP kesihatan dan pembatasan jumlah peserta maupun pengunjung sudah dilakukan dengan ketat. Namun masih ada juga yang terkena COVID-19 dan jumlahnya pun sudah lebih dari 100 orang.

Bukan bermaksud membandingkan, karena masing-masing memikili situasi, kondisi dan kepentingan yang berbeza. Tapi di waktu yang hampir bersamaan, ada perhimpunan besar jamaah haji yang lebih ramai terlibat dan baru berakhir minggu lalu yang mendapat pujian dunia kerana tiada yang terkena virus COVID-19! Allahu akbar!

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al Rabiah, mengumumkan tidak ada kes COVID-19 yang terdapat di antara jamaah. "Haji kali ini berhasil, tanpa COVID-19 atau penyakit epidemi lainnya yang dilaporkan,” jelasnya seperti yang dilaporkan dalam Asharq Al-Awsat, pada Jumaat, 23 Julai 2021.

Untuk kedua kalinya Kerajaan Arab Saudi berhasil menyelenggarakan muktamar terbesar dunia, iaitu ibadah haji tanpa ada kes COVID-19.

Tahun 1441H, jumlah jamaah haji sangat dibatasi hanya 1,000 jamaah, tetapi tahun ini 1442H jumlah itu dilipatkan 60 kali menjadi 60,000 jamaah.

Pada puncak pelaksanaan haji yakni wuquf, mereka mesti berkumpul di lokasi yang sama, di waktu yang sama. Setelah itu mereka harus bergerak bersama-sama untuk mabit di Muzdalifah dan selanjutnya ke Mina untuk melempar jumrah.

Walaupun ada 60,000 manusia (belum termasuk petugas dan pihak yang berkepentingan lainnya) berkumpul dan bergerak bersama, namun Allah tak izinkan mahluknya yang berwujud virus untuk mendekati tamu-tamuNya.

Dunia mencatat, tidak ada satu negarapun yang memiliki kemampuan mengadakan sebuah event besar, di mana pada kondisi normal jutaan orang berkumpul bersama, yang dilakukan secara rutin setiap tahun.

Sebagai perbandingan, peristiwa dunia semacam Olimpik atau Piala Dunia Bola Sepak hanya diadakan 4 tahun sekali dengan tuan rumah yang bergiliran antar negara. Itu pun tak sampai 1 juta penonton datang ke negara penyelenggara. Terakhir Olimpik Rio “hanya” dikunjungi oleh 500 ribu penonton.

Untuk diketahui, pada penyelenggaraan haji sebelum pandemik, seratus ribu polis dan askar dikerahkan untuk pengawasi selama wuquf. Dua kali ganda dari jumlah petugas keamanan di Olimpik London.

Ribuan ambulans dan ratusan helikopter medis maupun militer disediakan. Ada 550 CCTV terpasang khusus untuk area Arafah. Jutaan gallon air minum disiapkan secara percuma.

Apa yang membezakan haji dengan peristiwa besar dunia lainnya?

Satu jawapan yang pasti ialah Keberkatan. Berkat yang membuat peristiwa haji ini berlangsung secara aman tanpa halangan, kerana Allah yang menjaganya. Allah tak akan menyia-nyiakan tamu yang diundangNya. Allah menjamu dengan sangat istimewa.

Semoga kita semua mendapat perlindungan daripada Allah SWT terhadap apa yang kita lakukan kerana Allah SWT menjaga agama Islam dan umatNya yang beriman lagi ikhlas. Aamiin!!!....

#Allahjagakita

#islamAllahjaga

DrIsbah, Teras Jernang, 28-07-2021

Monday, 5 April 2021

Prinsip Chi (Qi) pada manusia

Prinsip Yin dan Yang menjadi pegangan kuat kepercayaan kuno orang China selama berabad-abad yang memiliki inti kepercayaan di dalam hukum keseimbangan Yin dan Yang.

Hal ini digambarkan secara jelas dalam I Ching (Kitab Perubahan) yang dimiliki oleh orang China selama berabad-abad. Prinsip Yin Yang ini menekankan akan keharmonian dari alam semesta atau kosmologi (Jung Young Lee, 1996).

Dari prinsip Yin Yang ini muncul energi atau energi “penggerak” dari semua perubahan yang terjadi di dalam alam semesta ini yang disebut dengan “ch’i”. Ch’i inilah yang dianggap nafas atau jiwa manusia yang menjadikan manusia itu hidup dan dinamik.

Konsep pemikiran China tentang Chi dikembangkan oleh para ahli filsuf mereka seperti Lao-tzu, Kong Fu Tzu (Konfusius), Men Zi (Mencius) dan lainnya antara abad enam dan empat sebelum Masehi (Lee, J. Y. 1996). Menurut Kamus Besar China-Indonesia, ch’i (qi) berarti gas, udara, nafas, bau, hawa/cuaca, sikap, semangat, jiwa, kemarahan, dan hina (Mah, 2004).

Menurut Simpkins & Simpkins (2004), kata ch’i sama dengan kata Yunani Pneuma dan kata Sansekerta Prana yang berarti napas, pernapasan, angin, dan spirit yang vital, jiwa. Menurutnya, segala sesuatu di alam semesta, baik yang bergerak dan tidak bergerak, merupakan bagian dari samudra luas ch’i. Segala sesuatu adalah ch’i baik materi padat maupun energy (Kamus Besar China – Indonesia. 1995).

Sedangkan menurut Skinner (2002), “Ch’i, merupakan tenaga yang vital, mengisi dunia pemikiran pengikut filosofi China. Ch’i adalah Tenaga Kosmik yang menghidupkan dan menginfus (memberi nafas) semua hasil cipta alam, memberikan energi kepada manusia, kehidupan kepada alam, pergerakan kepada air dan pertumbuhan kepada tanaman.

Dinamika manusia adalah karena adanya Chi (Qi), sedangkan Ch’i berada di dalam diri orang.( Simpkins & Simpkins, 2004)

Menurut Rossbach (1984) ada dua macam Chi (Qi). Dia menyatakan bahwa dalam tulisan Cina Chi membawa dua makna iaitu kosmik dan manusia. Chi kosmik mengandung air, wap, gas, cuaca, dan daya (force). Chi pada manusia pula termasuklah nafas, aura, adab dan tenaga. Kedua-dua jenis Chi ini tidak terpisahkan. Chi pada manusia dipengaruhi oleh langit dan bumi.

Lee (1996) memberikan pengertian Chi bahwa Chi dari segi kosmik dinyatakan sebagai pemikiran Chi, tenaga penting yang merupakan kuasa dan intipati badan. Chi hampir sama dengan ruh, dalam Hebrew dikatakan sebagai “ruach” dan dalam Greek dikatakan sebagai “pneuma” kedua-duanya diterjemahkan sebagai angina atau nafas.

Dari beberapa definisi di atas, maka penulis mengambil kesimpulan bahwa ch’i dapat diartikan sebagai nafas, angin, roh atau jiwa. Chi ini juga menunjuk kepada nafas atau jiwa manusia dan Ruh Kosmis yang menghidupkan dan memberikan energi di dalam mempertahankan kehidupan di dalam dunia ini.

DrIsbah, Teras Jernang, 05-04-2021

Rujukan

Jung Young Lee, J. Y. 1996. The Trinity in Asian Perspective. Nashville : Abingdon Press

Kamus Besar China – Indonesia. 1995. Beijing : Pustaka Bahasa Asing, ms. 673

Mah, Yeow-Beng. 2004. “Living in Harmony with One’s Environment : A Christian Response to Feng Shui” dalam The Asia Journal of Theology Volume 18 No. 2, Oktober 2004, 344

Rossbach, S. 1984. Feng Shui. London : Rider, ms. 23

Simpkins, C. A. & Simpkins, Annellen. 2004. Belajar Tao dalam Sepuluh Langkah. Yogyakarta : Ar-ruzsz Media Yogyakarta, ms. 106

Skinner, S. 2002. Feng Shui.Semarang : Dahara Prize, 2002, ms. 39.

Yun, D. C. 1981. Philosophical Taoisme dalam Dictionary of Living Religions (Ed. Keith Crim; Nashville : Abingdon, ms. 738

APAKAH KESIHATAN LESTARI?

Kesihatan Lestari ialah Kesihatan Yang Berpanjangan. Mungkin ada sedikit sakit ringan kadang-kadang, tetapi pada masa-masa yang lain kesihatan kita baik sepanjang masa. Bagaimana mencapainya?

Pada diri manusia ada dua unsur yang sangat penting iaitu jasad dan ruh. Kedua-duanya saling memerlukan. Penciptaan jasad dan peniupan roh ke dalam jasad tersebut dalam Surah As Sajdah (32), ayat 9.

“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, ruh ciptaanNya, dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.” (As Sajdah (32) : 9).

Persoalan yang mendalam tentang kewujudan jasad dan ruh boleh dilihat dalam Agos Mustafa (2014). Beliau memberikan kupasan yang mendalam tentang jasad, jiwa (nafs) dan ruh, namun dalam tulisan ini kita hanya akan menyatakan bahwa jasad dan ruh adalah ciptaan Allah SWT.

Dalam Surah Al-Isra (17) ayat 85, Allah menyatakan bahwa informasi tentang ruh hanya sedikit sahaja diberikan kepada manusia, sementara dalam Surah Az Zumar (39), ayat 42, Allah menyatakan tentang jiwa. Allah memegang jiwa ketika seseorang itu mati dan Dia melepaskan jiwa yang lain ketika bangun dari tidur. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan bahwa terdapat perbezaan antara ruh dan jiwa. Istilah ruh dalam Al-Quraan hanya muncul beberapa kali sementara istilah jiwa muncul ratusan kali (Agos Mustafa, 2014, mukasurat 205).

Menurut Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir (2003), nafs (jiwa) dalam khazanah Islam memiliki banyak pengertian. Nafs dapat berarti jiwa (Soul, Psyche), nyawa dan lain-lain. Semua kekuatan yang ada pada nafs (jiwa) bersifat tersembunyi, tetapi manusia dapat menguasainya jika manusia mengusahakannya. Setiap komponen yang ada memiliki daya-daya tersembunyi yang dapat menggerakkan tingkah laku manusia. Secara nyata nafs (jiwa) membentuk kepribadian, yang perkembangannya dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

Ramai sekali ilmuwan Islam mencuba mengungkap rahasia tentang nafs (jiwa), salah seorangnya ialah Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali melalui karya agungnya Ihya Ulum al-Din. Tulisan ini tidak bermaksud untuk mengupas secara mendalam mengenai karya Imam Al-Ghazali, kita hanya akan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan jiwa yang memberikan dinamisma kepada manusia.

Ruh secara pengertian biologis, ialah benda halus yang bersumber dari darah hitam di dalam rongga hati yang berupa daging yang berbentuk seperti pohon cemara. Benda halus ini tersebar melalui nadi dan pembuluh balik pada seluruh bagian tubuh. Ruh jasmaniah ini mampu menjadikan manusia hidup dan bergerak serta merasakan berbagai rasa. Ruh ini dapat diumpamakan sebagai lampu yang mampu menerangi setiap sudut organ. Inilah yang disebut nyawa. Dalam pengertian ini ianya bermaksud jiwa atau nafs seperti yang disebut dalam Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir (2003). Ia dapat berfikir, mengingat, mengetahui dan sebagainya, ia juga penggerak bagi keberadaan jasad manusia, sifatnya ghaib.

Jiwa atau nafs ini dapat dikatakan sebagai fitrah asal yang menjadi esensi (hakekat) struktur manusia. Fungsinya berguna untuk memberikan motivasi dan menjadikan dinamisasi tingkah lakunya. Ruh ini membimbing kehidupan spriritual nafsani manusia.

Dalam Misykah Al-Anwar karya Imam Al-Ghazali yang telah diterjemahkan oleh M. Baqir (Al-Ghazali, 1993) menceritakan perihal ruh secara lebih mendalam dan tulisan ini tidak menjurus ke situ.

Kadang-kadang kata jiwa (al-nafs) dimaksudkan darah dan pada nyawa (hidup). Kata akal kadang-kadang dimaksudkan pada tempat berpikir, iaitu otak, dan jangan dimaksudkan pada kecerdasan dan pengertian dari pengatur badan, semua itu berhubungan dengan otak (Said Hawwa, 1995). Itulah substansi jiwa yang sebenarnya, sesuatu yang halus (lathifah) ketuhanan (Rabbaniyah) dan keruhanian (Ruhaniyah) murni, iaitu jiwa kecil (mikrokosmos) yang berfungsi untuk mengimbangi jiwa alam yang besar (makrokosmos).

Agos Mustafa (2014) pada mukasurat 205 membuat kesimpulan bahwa manusia tersusun dari tiga (3) lapisan kewujudan iaitu badan (jasad), jiwa (nafs) dan ruh. Badan adalah sesuatu benda yang ujud, jiwa adalah tenaga dan ruh adalah system maklumat. Badan dan jiwa ialah sesuatu yang mati, ianya hidup disebabkan adanya system maklumat yang bekerja padanya. Kalau tidak ada system maklumat yang menggerakkannya, badan dan jiwa akan menjadi alat-alat yang tidak mempunyai daya atau mati.

Ruh merupakan sesuatu yang dikurniakan Allah kepada manusia, makhluk ciptaanNya. Ruh membawa bersamanya sifat-sifat ketuhanan seperti hidup, berkehendak, mendengar, melihat, berbuat, kreatif, berbicara, dan lain-lain.

Dalam Surah Asy Syams (91) ayat 7 hingga 10, Allah menerangkan bahwa jiwa itu boleh diarahkan kepada ketakwaan dan juga boleh diarahkan kepada kefasikan bergantung kepada keinginan atau pilihan manusia itu sendiri.

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya)” (Asy Shams, ayat 7). “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa” (Asy Shams, ayat 8) “Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Asy Sahms, ayat 9), “Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu kusut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” (Asy Shams, ayat 10).

Jiwa perlu dididik kearah ketakwaan melalui ruh yang dibekalkan Allah kepada kita agar hidup ini menuju kepadaNya dan tidak menuju kepada yang lain. Jika Allah mematikan system maklumat sepadu yang dinamakan ruh itu, maka badan dan jiwa tidak bermakna lagi kerana penggerak system maklumat sepadu itu sudah tidak ada.

Dialah Maha Mengetahui tentang ruh, namun tentang jiwa (nafs) boleh dikaji oleh ilmu kedoktoran. Terdapat perkaitan yang sangat rapat antara ruh dan jiwa.

Agar tidak menimbulkan kekeliruan, maka dalam tulisan ini kita memfokuskan kepada jiwa (an-nafs) sahaja sebagai alat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk menjalankan kegiatan hidup sehingga Allah memanggilnya kembali untuk menghadapNya.

Juga dalam tulisan ini kita akan cuba menerangkan konsep Qi (disebut Chi) sebagai tenaga yang bergerak dalam diri manusia dan melalui meridian manakah pergerakan itu berlaku. Juga akan disentuh tentang psiologi manusia dan mencari perkaitan antara konsep-konsep tersbut.

Setiap manusia dari dulu hinggalah kini terdedah kepada gelombang geomagnetik yang datang dari luar bumi dan reaksi yang terjadi dalam diri manusia yang kita sebut sebagai biomagnetik. Badan akan berinteraksi dengan gelombang luar dengan menggunakan kekuatan biologi dalaman manusia. Senaman kesihatan lestari Waitankung berfungsi mengaktifkan Qi dalam badan manusia bagi menghadapi serangan luaran dan sekaligus memperkuatkan system pertahanan badan (body immune system) agar serangan luar dan juga serangan dari dalam badan dapat dipatahkan dan sekaligus mengekalkan kesihatan yang berpanjangan (lestari).

Juga akan dimuatkan testimony para pengamal senaman Waitankung tentang keberkesanan senaman waitankung terhadap kesihatan mereka. DrIsbah, Teras Jernang, 05-04-2021

Rujukan

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2003. Nuansa-nuansa Psikologi Islam. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, Jakarta. Ms. 46

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2003. Op. cit., ms. 42

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2003. Op. cit., ms. 52-53

Agos Mustafa (2014). Al-Quraan Inspirasi Sains. PADMA Press, Surabaya, Indonesia.

Ching, Julia. 1993. Chinese Religions. Maryknoll : Orbis Books, 1993, ms. 102

Hanna, D.B. 1995. Integrasi Psikologi dengan Islam, Pustaka Pelajar, Yogyakarta, ms. 78

Herlianto. 1990. Humanisme dan Gerakan Zaman Baru. Bandung : Kalam Hidup, ms. 70

Herlianto. 1999. Tenaga Dalam dan Penyembuhan Holistik – Tinjauan Iman Kristen. Bandung : Yabina, ms. 56

Imam Al-Ghazali, Ihya Ulum Al-Din, Juz III, Op. cit., ms. 3

Imam Al-Ghazali. 1993. “Misykat Cahaya-cahaya” (terj.M. Bagir, dari judul asli “Misykat Al-Anwar), penerbit Mizan, Bandung, Cet. IV, ms. 80-82.

Jung Young Lee, J. Y. 1996. The Trinity in Asian Perspective. Nashville : Abingdon Press

Kamus Besar China – Indonesia. 1995. Beijing : Pustaka Bahasa Asing, ms. 673

Mah, Yeow-Beng. 2004. “Living in Harmony with One’s Environment : A Christian Response to Feng Shui” dalam The Asia Journal of Theology Volume 18 No. 2, Oktober 2004, 344

Rossbach, S. 1984. Feng Shui. London : Rider, ms. 23

Said Hawwa. 1995. “Jalan Ruhani” (terj. Drs. Khairul Rafi’ M, Ibnu Thaha Ali, judul asli “Tarbiyatu Al-Ruhani”),Mizan, Bandung, ms. 48

Simpkins, C. A. & Simpkins, Annellen. 2004. Belajar Tao dalam Sepuluh Langkah. Yogyakarta : Ar-ruzsz Media Yogyakarta, ms. 106

Skinner, S. 2002. Feng Shui.Semarang : Dahara Prize, 2002, ms. 39.

Yun, D. C. 1981. Philosophical Taoisme dalam Dictionary of Living Religions (Ed. Keith Crim; Nashville : Abingdon, ms. 738

Kong, W. L. 2015. “Seminar Waitankung”. Sekinchan, Selangor.

Thursday, 14 May 2020

ISLAH NEGARA, BANGSA DAN AGAMA

Bagaimana kita membudayakan kebaikan (Islah) dalam masyarakat Malaysia? Kita ingin sangat agar dapat kita membudayakan kebaikan di kalangan masyarakat terutamanya dengan menhapuskan rasuah, ketidakadilan, menyemai nilai murni, akhlak yang mulia dan segala jenis kebaikan (Islah).

Dalam proses membudayakan kebaikan agar ianya menjadi kebiasan bagi segenap lapis masyarakat menghormati semua yang baik demi kemakmuran negara, jangan ada yang mementingkan diri sendiri dan keluarga dengan melakukan rasuah. Mengaut kekayaan negara dengan cara yang hina.

Jangan ada yang mengutamakan kepentingan diri melebih kepentingan negara, bangsa dan agama. Ini nampak jelas dalam isu menjual paspot antarabangsa Malaysia kepada warga asing. Ini suatu pengkhianatan terhadap negara. Juga kes lompat parti merupakan pengkhianatan kepada mandate yang rakyat umum berikan kepada parti tertentu.

Semua tindakan rasuah, menjual negara, lompat parti dan lain-lain fasad menggambarkan keadaan teruk akhlak masyarakat terhadap negara, bangsa, dan agama. Di mana jatidiri mereka terhadap masyarakat?

Mari kita mengislahkan masyarakat agar kita tidak kehilangan akhlak yang mulia dan berpada-padalah dalam mencari kehidupan dengan tiada rasuah dan menjual kepentingan negara kepada bukan warganegara. Sambil itu kita sama-sama menilai diri sendiri dalam bulan yang mulia ini apa lagi dalam 10 malam terakhir Ramadhan.


Tuesday, 6 February 2018

Empat belas panduan berbicara

Pepatah Melayu ada bermadah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata besar padahnya”. Melalui pepatah ini kita disuruh berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Juga ada yang bermadah, “terbakar hutan boleh dilihat, terbakar hati siapa yang tahu”.

Banyak yang mengenal ungkapan seperti ini: اللسان ليسات الجو فاء allisan laysat aljawafa'

“Lidah itu memang tidak bertulang”. Ini sesuai dengan salah satu firman Allah SWT, yang memiliki arti: “Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” (QS. Al Ahzab : 70)

Jadi, apa saja adab berbicara dalam Islam yang perlu kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari? Di sini dihuraikan empat belas (14) adab yang perlu dipatuhi bagi menjaga hubungan antara manusia:

1. Sebaiknya berpikir dahulu sebelum berbicara.

Ini sesuai dengan sebuah hadits dalam Bukhari-Muslim, menyebutkan bahwa: “Lisan orang memiliki akal timbul dari hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, lebih dahulu dia kembalikan kepada nuraninya. Jika ada manfaat bagi dirinya, dia berbicara dan jika berbahaya, maka dia menahan diri. Sementara itu, hati orang bodoh berada di mulutnya, dia berbicara sesuai apa saja yang dia mau.”(HR. Bukhari-Muslim)

2. Sebaiknya berbicara jelas dan tak berlarut-larut.

Hal ini sesuai dengan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud. “Bahwasanya perkataan Rasulullah saw itu selalu jelas dan dapat dipahami oleh orang yang mendengarnya.” (HR. Abu Daud)

3. Tidak berbicara yang mengandung kebatilan.

Ini sesuai dengan apa yang terdapat dalam sebuah hadits. “Sesungguhnya seorang hamba berkata satu kata yang Allah SWT ridhai dan dia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat Allah SWT, keridhoan-Nya bagi orang tersebut hingga nanti di hari Kiamat. Dan seorang lelaki berkata satu kata yang Allah SWT murkai yang tidak dikiranya akan berkata demikian, maka Allah SWT mencatat yang demikian itu hingga hari Kiamat.” (HR. Tirmidzi)

4. Tidak mencela dan berkata keji

Adab berbicara dalam Islam lainnya adalah menghindarkan diri kita dari kebiasaan mencela dan berkata keji kepada orang lain. “Bukanlah seorang mukmin jika dia suka mencela, melaknat serta mengucapkan kata-kata keji.” (HR. Tirmidzi)

5. Hindari banyak bicara dan tidak sombong.

“Dan sesungguhnya manusia yang paling aku benci dan paling jauh dari aku nanti di hari Kiamat adalah orang yang banyak bicara, orang pura-pura fasih dan orang yang mutafaihiqun”. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulllah, apa itu mutafaihiqun? Nabi menjawab: “Orang-orang yang sombong”. (HR. At-Tirmidzi)

6. Hindari berkata-kata penuh dusta.

Setiap muslim sebaiknya mencirikan seseorang yang jujur dalam setiap perkataan dan perbuatan. Hindari pembicaraan yang mengandung dusta di dalamnya. “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia bicara berdusta, jika dia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah dia berkhianat.” (HR. Bukhari)

7. Hindari ghibah, berkata tentang aib orang dan memanggi; dengan nama yang buruk.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda: “Ghibah adalah kamu menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang dibenci.” Orang itu kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika sesuatu yang diceritakan tersebut memang benar ada padanya ?” Rasulullah SAW kemudian menjawab, “Kalau memang benar, itu namanya ghibah. Bila tidak benar, maka engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ahmad)

8. Minimalkan bercanda dan tertawa.

Allah SWT memperingatkan untuk tidak bercanda dan tertawa yang terlalu berlebihan. Di sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi Allah SWT kelak di hari Kiamat adalah orang-orang yang sering membuat manusia tertawa.” (HR. Bukhari)

9. Jauhi perdebatan sengit yang tidak bermanfaat.

“Aku menjamin rumah di dasar surga untuk orang yang menghindari berdebat walaupun dia benar, dan aku menjamin rumah di tengah surga untuk yang menghindari dusta sekalipun bercanda, dan aku menjamin rumah di puncak surga untuk yang akhlaknya baik.”(HR. Abu Daud)

10. Mengulangi perkataan yang memang penting.

Anas RA telah berkata : “adalah Rasulullah SAW bila berkata maka beliau mengulanginya hingga 3 kali sampai semua yang mendengarkan menjadi paham, dan jika Rasulullah SAW datang ke rumah seseorang maka beliau pun mengucapkan salam 3 kali.” (HR. Bukhari)

11. Sebaiknya adil dan berhati-hati ketika memuji.

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: “Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad dengan berlebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang tersebut, kemudian berkata: Nabi SAW memerintahkan kepada kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang suka memuji.” (HR. Muslim)

12. Tenang dalam berbicara.

Aisyah RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW jika membicarakan suatu perkataan, jika ada orang yang menghitungnya, niscaya dia dapat menghitungnya.” (Mutta-faq’alaih)

13. Hindari membicarakan semua yang didengar.

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw telah bersabda, “Cukup menjadi sebuah dosa untuk seseorang yaitu jika dia membicarakan semua apa yang sudah didengar”. (HR. Muslim)

14. Hindari menguasai pembicaraan dan memotong pembicaraan orang lain.

Jika lawan bicara sedang berbicara, tunggulah sampai dia menyelesaikan pembicaraannya. Sebaiknya tidak langsung memotong atau menyela apa yang dia ucapkan. Ini untuk menjaga perasaan lawan bicara kita agar tidak tersinggung dan kesal. Orang lain akan menganggap diri kita tidak memiliki etika jika terus menyela pembicaraan. Itulah empat belas adab berbicara dalam Islam yang hendaknya kita fahami dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Nukilan Dr Ismail Abdullah, isbah88@yahoo.com, 6 Feb 2018.