Monday 5 April 2021

APAKAH KESIHATAN LESTARI?

Kesihatan Lestari ialah Kesihatan Yang Berpanjangan. Mungkin ada sedikit sakit ringan kadang-kadang, tetapi pada masa-masa yang lain kesihatan kita baik sepanjang masa. Bagaimana mencapainya?

Pada diri manusia ada dua unsur yang sangat penting iaitu jasad dan ruh. Kedua-duanya saling memerlukan. Penciptaan jasad dan peniupan roh ke dalam jasad tersebut dalam Surah As Sajdah (32), ayat 9.

“Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, ruh ciptaanNya, dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.” (As Sajdah (32) : 9).

Persoalan yang mendalam tentang kewujudan jasad dan ruh boleh dilihat dalam Agos Mustafa (2014). Beliau memberikan kupasan yang mendalam tentang jasad, jiwa (nafs) dan ruh, namun dalam tulisan ini kita hanya akan menyatakan bahwa jasad dan ruh adalah ciptaan Allah SWT.

Dalam Surah Al-Isra (17) ayat 85, Allah menyatakan bahwa informasi tentang ruh hanya sedikit sahaja diberikan kepada manusia, sementara dalam Surah Az Zumar (39), ayat 42, Allah menyatakan tentang jiwa. Allah memegang jiwa ketika seseorang itu mati dan Dia melepaskan jiwa yang lain ketika bangun dari tidur. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan bahwa terdapat perbezaan antara ruh dan jiwa. Istilah ruh dalam Al-Quraan hanya muncul beberapa kali sementara istilah jiwa muncul ratusan kali (Agos Mustafa, 2014, mukasurat 205).

Menurut Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir (2003), nafs (jiwa) dalam khazanah Islam memiliki banyak pengertian. Nafs dapat berarti jiwa (Soul, Psyche), nyawa dan lain-lain. Semua kekuatan yang ada pada nafs (jiwa) bersifat tersembunyi, tetapi manusia dapat menguasainya jika manusia mengusahakannya. Setiap komponen yang ada memiliki daya-daya tersembunyi yang dapat menggerakkan tingkah laku manusia. Secara nyata nafs (jiwa) membentuk kepribadian, yang perkembangannya dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

Ramai sekali ilmuwan Islam mencuba mengungkap rahasia tentang nafs (jiwa), salah seorangnya ialah Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali melalui karya agungnya Ihya Ulum al-Din. Tulisan ini tidak bermaksud untuk mengupas secara mendalam mengenai karya Imam Al-Ghazali, kita hanya akan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan jiwa yang memberikan dinamisma kepada manusia.

Ruh secara pengertian biologis, ialah benda halus yang bersumber dari darah hitam di dalam rongga hati yang berupa daging yang berbentuk seperti pohon cemara. Benda halus ini tersebar melalui nadi dan pembuluh balik pada seluruh bagian tubuh. Ruh jasmaniah ini mampu menjadikan manusia hidup dan bergerak serta merasakan berbagai rasa. Ruh ini dapat diumpamakan sebagai lampu yang mampu menerangi setiap sudut organ. Inilah yang disebut nyawa. Dalam pengertian ini ianya bermaksud jiwa atau nafs seperti yang disebut dalam Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir (2003). Ia dapat berfikir, mengingat, mengetahui dan sebagainya, ia juga penggerak bagi keberadaan jasad manusia, sifatnya ghaib.

Jiwa atau nafs ini dapat dikatakan sebagai fitrah asal yang menjadi esensi (hakekat) struktur manusia. Fungsinya berguna untuk memberikan motivasi dan menjadikan dinamisasi tingkah lakunya. Ruh ini membimbing kehidupan spriritual nafsani manusia.

Dalam Misykah Al-Anwar karya Imam Al-Ghazali yang telah diterjemahkan oleh M. Baqir (Al-Ghazali, 1993) menceritakan perihal ruh secara lebih mendalam dan tulisan ini tidak menjurus ke situ.

Kadang-kadang kata jiwa (al-nafs) dimaksudkan darah dan pada nyawa (hidup). Kata akal kadang-kadang dimaksudkan pada tempat berpikir, iaitu otak, dan jangan dimaksudkan pada kecerdasan dan pengertian dari pengatur badan, semua itu berhubungan dengan otak (Said Hawwa, 1995). Itulah substansi jiwa yang sebenarnya, sesuatu yang halus (lathifah) ketuhanan (Rabbaniyah) dan keruhanian (Ruhaniyah) murni, iaitu jiwa kecil (mikrokosmos) yang berfungsi untuk mengimbangi jiwa alam yang besar (makrokosmos).

Agos Mustafa (2014) pada mukasurat 205 membuat kesimpulan bahwa manusia tersusun dari tiga (3) lapisan kewujudan iaitu badan (jasad), jiwa (nafs) dan ruh. Badan adalah sesuatu benda yang ujud, jiwa adalah tenaga dan ruh adalah system maklumat. Badan dan jiwa ialah sesuatu yang mati, ianya hidup disebabkan adanya system maklumat yang bekerja padanya. Kalau tidak ada system maklumat yang menggerakkannya, badan dan jiwa akan menjadi alat-alat yang tidak mempunyai daya atau mati.

Ruh merupakan sesuatu yang dikurniakan Allah kepada manusia, makhluk ciptaanNya. Ruh membawa bersamanya sifat-sifat ketuhanan seperti hidup, berkehendak, mendengar, melihat, berbuat, kreatif, berbicara, dan lain-lain.

Dalam Surah Asy Syams (91) ayat 7 hingga 10, Allah menerangkan bahwa jiwa itu boleh diarahkan kepada ketakwaan dan juga boleh diarahkan kepada kefasikan bergantung kepada keinginan atau pilihan manusia itu sendiri.

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya)” (Asy Shams, ayat 7). “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa” (Asy Shams, ayat 8) “Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Asy Sahms, ayat 9), “Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu kusut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” (Asy Shams, ayat 10).

Jiwa perlu dididik kearah ketakwaan melalui ruh yang dibekalkan Allah kepada kita agar hidup ini menuju kepadaNya dan tidak menuju kepada yang lain. Jika Allah mematikan system maklumat sepadu yang dinamakan ruh itu, maka badan dan jiwa tidak bermakna lagi kerana penggerak system maklumat sepadu itu sudah tidak ada.

Dialah Maha Mengetahui tentang ruh, namun tentang jiwa (nafs) boleh dikaji oleh ilmu kedoktoran. Terdapat perkaitan yang sangat rapat antara ruh dan jiwa.

Agar tidak menimbulkan kekeliruan, maka dalam tulisan ini kita memfokuskan kepada jiwa (an-nafs) sahaja sebagai alat yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk menjalankan kegiatan hidup sehingga Allah memanggilnya kembali untuk menghadapNya.

Juga dalam tulisan ini kita akan cuba menerangkan konsep Qi (disebut Chi) sebagai tenaga yang bergerak dalam diri manusia dan melalui meridian manakah pergerakan itu berlaku. Juga akan disentuh tentang psiologi manusia dan mencari perkaitan antara konsep-konsep tersbut.

Setiap manusia dari dulu hinggalah kini terdedah kepada gelombang geomagnetik yang datang dari luar bumi dan reaksi yang terjadi dalam diri manusia yang kita sebut sebagai biomagnetik. Badan akan berinteraksi dengan gelombang luar dengan menggunakan kekuatan biologi dalaman manusia. Senaman kesihatan lestari Waitankung berfungsi mengaktifkan Qi dalam badan manusia bagi menghadapi serangan luaran dan sekaligus memperkuatkan system pertahanan badan (body immune system) agar serangan luar dan juga serangan dari dalam badan dapat dipatahkan dan sekaligus mengekalkan kesihatan yang berpanjangan (lestari).

Juga akan dimuatkan testimony para pengamal senaman Waitankung tentang keberkesanan senaman waitankung terhadap kesihatan mereka. DrIsbah, Teras Jernang, 05-04-2021

Rujukan

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2003. Nuansa-nuansa Psikologi Islam. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada, Jakarta. Ms. 46

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2003. Op. cit., ms. 42

Abdul Mujib & Yusuf Mudzakir. 2003. Op. cit., ms. 52-53

Agos Mustafa (2014). Al-Quraan Inspirasi Sains. PADMA Press, Surabaya, Indonesia.

Ching, Julia. 1993. Chinese Religions. Maryknoll : Orbis Books, 1993, ms. 102

Hanna, D.B. 1995. Integrasi Psikologi dengan Islam, Pustaka Pelajar, Yogyakarta, ms. 78

Herlianto. 1990. Humanisme dan Gerakan Zaman Baru. Bandung : Kalam Hidup, ms. 70

Herlianto. 1999. Tenaga Dalam dan Penyembuhan Holistik – Tinjauan Iman Kristen. Bandung : Yabina, ms. 56

Imam Al-Ghazali, Ihya Ulum Al-Din, Juz III, Op. cit., ms. 3

Imam Al-Ghazali. 1993. “Misykat Cahaya-cahaya” (terj.M. Bagir, dari judul asli “Misykat Al-Anwar), penerbit Mizan, Bandung, Cet. IV, ms. 80-82.

Jung Young Lee, J. Y. 1996. The Trinity in Asian Perspective. Nashville : Abingdon Press

Kamus Besar China – Indonesia. 1995. Beijing : Pustaka Bahasa Asing, ms. 673

Mah, Yeow-Beng. 2004. “Living in Harmony with One’s Environment : A Christian Response to Feng Shui” dalam The Asia Journal of Theology Volume 18 No. 2, Oktober 2004, 344

Rossbach, S. 1984. Feng Shui. London : Rider, ms. 23

Said Hawwa. 1995. “Jalan Ruhani” (terj. Drs. Khairul Rafi’ M, Ibnu Thaha Ali, judul asli “Tarbiyatu Al-Ruhani”),Mizan, Bandung, ms. 48

Simpkins, C. A. & Simpkins, Annellen. 2004. Belajar Tao dalam Sepuluh Langkah. Yogyakarta : Ar-ruzsz Media Yogyakarta, ms. 106

Skinner, S. 2002. Feng Shui.Semarang : Dahara Prize, 2002, ms. 39.

Yun, D. C. 1981. Philosophical Taoisme dalam Dictionary of Living Religions (Ed. Keith Crim; Nashville : Abingdon, ms. 738

Kong, W. L. 2015. “Seminar Waitankung”. Sekinchan, Selangor.

No comments:

Post a Comment